Wednesday, February 12, 2014

Super Nerd Gonna Win This



Sewaktu saya mengunyah Super Ring di dalam mulut, saya teringat kepada Super Nerd dan Super Cool. Persaingan dua pihak ini adalah tidak asing lagi.

Super Nerd berlagak bodoh tetapi sebenarnya genius dalam menganalisis maklumat dan bertindak secara tepat. Super Cool berlagak pandai tetapi sebenarnya bangang dalam melahirkan  reaksi yang rasional.

Seperti biasa, Super Cool akan sentiasa dengki dengan Super Nerd dan mula untuk melakukan aktiviti pelabelan kepada Super Nerd yang tidak bersalah. Super Nerd pula dengan dunia mereka yang tersendiri tanpa mengambil kisah sangat dengan realiti persekitaran.

Dari segi jangka masa panjang, Super Nerd akan menang. Kemenangan pada waktu ini adalah pantas buat Super Cool, namun Super Nerd perlu tenang.

Hati yang tidak tenang adalah musuh utama kepada Super Nerd.


Makanya, Super Nerd sekalian, mari bertenang, jangan bersedih dan terus jitu dalam menuju kejayaan. 




No comments:

Post a Comment