Saturday, February 8, 2014

Syiman's Review: Robocop



Robocop tidak mahu dikalahkan oleh Terminator. Robocop ingin menjadi antara spesis robot yang maju dalam kelas tersendiri. Dengan itu muncul lah Robocop sekali lagi pada tahun 2014.

Elemen yang dipapar dalam Robocop teradun dengan baik - Aksi, Emosi, Sinematografi. 

Semuanya bermula apabila seorang futurist melihat robot sebagai masa depan. Tujuan utama adalah satu, iaitu mahu rakyat Amerika menerima robot sebagai penjaga mereka. Sewaktu menanti penerimaan rakyat Amerika ini, beberapa eksperimen dilakukan di beberapa negara Arab bagi mengukur tahap keberkesanan penjagaan para robot.

Maka bermula lah propaganda oleh media yang cuba memujuk rakyat Amerika. Walaupun berpropaganda, peluang untuk pihak yang berbeza pendapat tetap diberi.

Futurist yang lagak seperti Steve Jobs tetiba mendapat inspirasi untuk mencari seseorang yang boleh dimasukkan ke dalam robot supaya tersisip sisi humanisasi untuk menambat hati rakyat Amerika.

Ya, langkah futurist ini berjaya menawan rakyat Amerika namun beberapa pihak menjadi mangsa.


Cinematografi: B+
Plot Citer: A
Pengarahan: A
Lakonan: B+



No comments:

Post a Comment