Thursday, March 27, 2014

Special Issue: Happy Edition for April


Pelbagai kes dramatik dan tragik menyebabkan kita dirundung kemurungan dan diselubung kesedihan. 

Maka, bulan April adalah bulan untuk blog ini menceriakan anda.

Kesedihan memang kadang-kadang dapat memuaskan nafsu emosi kita namun janganlah biarkan ia berlarutan. Justeru, lupakan kesedihan dan baca blog Syiman Syareman.

Sepanjang bulan April saya akan cuba menulis perkara gembira dan dalam masa yang sama dapat sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada anda. 

Saya mahu bergembira sepanjang bulan kelahiran saya (20 April). Saya juga mahu anda gembira bersama saya. 

Coming Soon, nantikan. ^_^



Tuesday, March 25, 2014

Analisis Individualistik


Harus ditekankan di sini bahawa menjadi seorang yang individualistik bukan bererti mementingkan diri sendiri. Individualistik bukan membawa maksud tidak menghiraukan orang lain lebih-lebih lagi kawan yang dah kenal lama. Individualistik juga bukan sinonim kepada sikap yang mengabaikan teamwork dalam kerja berkumpulan.

Kepada stranger yang tidak dikenali, orang yang individualistik akan menjadi pasif. Namun adakah kepada kawan yang dah kenal lama malah boleh dikatakan sebagai kawan baik pun nak jadi pasif dan menyendirikan diri? Kalau saya, saya tidak akan pasif kepada kawan yang dah kenal lama walaupun saya individualistik.

Orang yang individualistik masih mementingkan kerjasama dalam kumpulan. Beliau tidak akan buat kerja sendiri, tidak akan hantar kerja lambat dan tidak akan mengelak daripada perjumpaan kumpulan. Orang yang individualistik tidak akan menyalahkan pihak lain apabila sesuatu yang tidak kena berlaku, sebaliknya menuding diri sendiri.

Makanya, jangan tersalah konsep dalam membedakan antara individualistik dengan sikap pentingkan diri sendiri.

Individualistik berpegang teguh pada prinsip beliau lah yang bertanggungjawab pada sesuatu hasil kerja. Beliau masih mengangkat hukum moraliti yang positif walaupun menjadi seorang yang individualistik. Beliau bersosial seperti biasa, iaitu dengan kelompok kawan tersendiri, namun strangers akan cenderung untuk salah faham.


Pertembungan individualistik dan collectivism akan sentiasa berlaku. Yang paling penting, jangan tersalah konsep dalam memilih jalan anda. ^_^


Monday, March 24, 2014

Authoritarian Cultures: Pls dont be government hooker



Public Relations (Perhubungan Awam) yang diamalkan oleh kerajaan adalah pincang berdasarkan beberapa perkara yang boleh kita lihat.

Saya tertanya-tanya samada penasihat PM (public relations officers) yang dilantik PM ini adalah kurang bijak ataupun apa sebenarnya.

Pertama, respon dan tindakan Perdana Menteri yang kerap kali menggelikan hati persis Maharaja Lawak. PM kata rakyat tak payah nak mengadu sebab ada 999 ekor ayam yang dijual RM1 setiap satu (999 ekor ayam untuk 20 juta rakyat Malaysia. Seriously, PM?). Beliau cakap lagi yang rakyat perlu bersyukur sebab walaupun harga barang lain naik, tapi harga kankung dah turun. Respon kepada isu MH370 pula kelihatan sangat lemah; tidak berani berhadapan dengan wartawan lokal apatah lagi antarabangsa.

Kedua, kenyataan pak-pak Menteri yang tidak sejajar dengan tahap intelektual yang sihat. Kenyataan terbaru oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri; menuduh bangsa selain Melayu sebagai tidak prihatin dan sensitif kepada kes rogol kanak-kanak adalah kenyataan yang sangat racis dan sangat sengal. Belum lagi dikira kenyataan menteri yang sebelum ini berkaitan harga tol, harga minyak dan lain-lain.

Saya berpendapat yang sebab semua ini adalah bukan kebodohan orang Public Relations di bawah PM. Mereka sebenarnya bijak dan ingin bersuara namun disekat oleh authoritarian cultures yang diamalkan buat sekian lama oleh kerajaan. Mereka jadi takut untuk menegur bos mereka.

Authoritarian cultures ini jugalah yang menyebabkan tahap stress dalam kalangan penjawat awam jadi tinggi lalu dilepaskan kepada orang ramai yang tidak bersalah. Kualiti perkhidmatan mereka sangat mengecewakan; lembap, banyak cakap dan tidak cekap.

Makanya, authoritarian cultures perlu ditukar menjadi participative cultures; pembudayaan suasana tempat kerja yang menggalakkan perbezaan pendapat tanpa mengira status jawatan dan kedudukan.


PM, SPA and JPA, take notes pls. Thanks. 


Tuesday, March 18, 2014

Hukum membiarkan penindasan dan ketidakadilan


Penindasan dan ketidakadilan yang berlalu di sekeliling kita tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Malangnya, ramai orang yang hanya mampu melihat ketidakadilan dan penindasan. Ada dua faktor asas kepada sikap mereka; 1) mereka tak tau pun yang mereka ditindas dan 2) mereka takut.

Sangat menyedihkan golongan yang tidak tahu yang sebenarnya mereka bergelumang dalam ketidakadilan dan dilanyak penindasan. Mereka masih blur blur dan krik krik walaupun situasi tidak memihak kepada mereka. Mereka tidak membaca, tidak mendalami ilmu dan jadi pemalas lantas tak dapat membeza antara adil dan tidak adil.

Mereka cuba menjadi tenang dan berdiam namun akhirnya motivasi mereka terhakis sikit demi sikit. Maka teruslah penindas menjadi raja dan dia menjadi hamba.

Paling sedih adalah mereka tahu berlakunya penindasan dan ketidakadilan namun mereka takut. Takut untuk menghadapi kesan apabila melawan. Takut dilabel apabila menjawab. Takut dikutuk apabila berbeza pendapat. Takut diancam apabila bersuara. Golongan jenis ini ada masalah keyakinan diri yang kritikal sampai tidak berupaya untuk merangka strategi untuk berhadapan dengan penindasan dan ketidakadilan.

Mereka gagal untuk mencuba.


Bagi perspektif agama, tanyalah imam, paderi mahupun sami apakah hukum membiarkan penindasan dan ketidakadilan namun apa yang pasti menurut prinsip moraliti, adalah keji apabila hanya melihat penindas melakukan agenda penindasan dan ketidakadilan nya. 


Sunday, March 16, 2014

Persetankan segala diktator, kita bersuara.



Kita telah dilatih buat sekian lama untuk tidak melawan dan menjawab. Menjawab dilabel sebagai tidak menghormati. Berbeza pendapat dikatakan sebagai lawan tauke. Orang yang melawan dan menjawab akan dilanyak dengan penindasan dan ketidakadilan.

Maka kita terus menjadi pak turut yang diam seribu bahasa walaupun kita tahu benda itu salah.

Sebagai alternatif, kita dilatih menjadi pengampu dan pencacai. Siapa yang mahukan ganjaran lebih, maka dia wajib pandai mengampu dan mengipas diktator yang panas dengan dosa. Maka rasuah pun menjadi orang tengah.

Birokrasi yang diwujudkan oleh diktator buat sekian lama ini telah melunyaikan kita dalam kelembapan dan kebodohan. Minda kita tidak diasah dengan formula yang betul.

Ini bukan masanya lagi untuk kita terus melayan dan menjadi pelacur murahan kepada diktator yang sangap dengan nafsu setan. Ini adalah masanya untuk kita menelanjangkan diktator bagi menunjukkan audiens bahawa telah terbukti sistem di bawah telunjuk diktator tidak efektif dan efisien untuk membawa kita kepada kemajuan.

Produk-produk diktator di Malaysia seperti MAS, Proton, KFC dan UMNO terus menerus terpapar sebagai tidak kompetitif dalam arena yang menuntut persaingan.

Apa yang kita perlu sekarang adalah sistem di bawah kepimpinan demokrat tulen. Bukan demokrat palsu.


Persetankan segala diktator, kita jerkah mereka dengan hujah. 


Friday, March 7, 2014

Saya adalah Low Context


Let me explain myself one more time.

Saya adalah seorang yang “Low Context”. Maksudnya di sini, saya tak berminat sangat untuk bersusah payah mengesan benda-benda tersembunyi daripada perbuatan anda. Penat. Maksudnya juga adalah, saya adalah seorang yang direct to the point.

Anda tak perlu risau untuk berekspresi dengan saya. Apabila anda nak saya buat sesuatu, nak meluahkan perasaan tak suka kepada perbuatan dan perkataan saya, nak mengkritik saya dan juga lain-lain perkara; anda hanya perlu direct to the point dengan saya. Tak perlu nak berlapik-lapik. Tak perlu cakap belakang. Tak perlu takut. Tak perlu berselindung. Hanya perlu buka mulut dan say the words. Tak payah tunjuk ketidakpuasan hati anda melalui nonverbal communication. (Dan juga tak payah kecoh satu kelas).

Saya tidak akan melenting apabila anda direct to the point dengan saya secara berhemah. Kita bincang elok-elok. Saya sangat menghargai feedback daripada anda.


Sesungguhnya, saya adalah Low Context person