Tuesday, March 25, 2014

Analisis Individualistik


Harus ditekankan di sini bahawa menjadi seorang yang individualistik bukan bererti mementingkan diri sendiri. Individualistik bukan membawa maksud tidak menghiraukan orang lain lebih-lebih lagi kawan yang dah kenal lama. Individualistik juga bukan sinonim kepada sikap yang mengabaikan teamwork dalam kerja berkumpulan.

Kepada stranger yang tidak dikenali, orang yang individualistik akan menjadi pasif. Namun adakah kepada kawan yang dah kenal lama malah boleh dikatakan sebagai kawan baik pun nak jadi pasif dan menyendirikan diri? Kalau saya, saya tidak akan pasif kepada kawan yang dah kenal lama walaupun saya individualistik.

Orang yang individualistik masih mementingkan kerjasama dalam kumpulan. Beliau tidak akan buat kerja sendiri, tidak akan hantar kerja lambat dan tidak akan mengelak daripada perjumpaan kumpulan. Orang yang individualistik tidak akan menyalahkan pihak lain apabila sesuatu yang tidak kena berlaku, sebaliknya menuding diri sendiri.

Makanya, jangan tersalah konsep dalam membedakan antara individualistik dengan sikap pentingkan diri sendiri.

Individualistik berpegang teguh pada prinsip beliau lah yang bertanggungjawab pada sesuatu hasil kerja. Beliau masih mengangkat hukum moraliti yang positif walaupun menjadi seorang yang individualistik. Beliau bersosial seperti biasa, iaitu dengan kelompok kawan tersendiri, namun strangers akan cenderung untuk salah faham.


Pertembungan individualistik dan collectivism akan sentiasa berlaku. Yang paling penting, jangan tersalah konsep dalam memilih jalan anda. ^_^


1 comment: