Tuesday, March 18, 2014

Hukum membiarkan penindasan dan ketidakadilan


Penindasan dan ketidakadilan yang berlalu di sekeliling kita tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Malangnya, ramai orang yang hanya mampu melihat ketidakadilan dan penindasan. Ada dua faktor asas kepada sikap mereka; 1) mereka tak tau pun yang mereka ditindas dan 2) mereka takut.

Sangat menyedihkan golongan yang tidak tahu yang sebenarnya mereka bergelumang dalam ketidakadilan dan dilanyak penindasan. Mereka masih blur blur dan krik krik walaupun situasi tidak memihak kepada mereka. Mereka tidak membaca, tidak mendalami ilmu dan jadi pemalas lantas tak dapat membeza antara adil dan tidak adil.

Mereka cuba menjadi tenang dan berdiam namun akhirnya motivasi mereka terhakis sikit demi sikit. Maka teruslah penindas menjadi raja dan dia menjadi hamba.

Paling sedih adalah mereka tahu berlakunya penindasan dan ketidakadilan namun mereka takut. Takut untuk menghadapi kesan apabila melawan. Takut dilabel apabila menjawab. Takut dikutuk apabila berbeza pendapat. Takut diancam apabila bersuara. Golongan jenis ini ada masalah keyakinan diri yang kritikal sampai tidak berupaya untuk merangka strategi untuk berhadapan dengan penindasan dan ketidakadilan.

Mereka gagal untuk mencuba.


Bagi perspektif agama, tanyalah imam, paderi mahupun sami apakah hukum membiarkan penindasan dan ketidakadilan namun apa yang pasti menurut prinsip moraliti, adalah keji apabila hanya melihat penindas melakukan agenda penindasan dan ketidakadilan nya. 


No comments:

Post a Comment