Sunday, March 16, 2014

Persetankan segala diktator, kita bersuara.



Kita telah dilatih buat sekian lama untuk tidak melawan dan menjawab. Menjawab dilabel sebagai tidak menghormati. Berbeza pendapat dikatakan sebagai lawan tauke. Orang yang melawan dan menjawab akan dilanyak dengan penindasan dan ketidakadilan.

Maka kita terus menjadi pak turut yang diam seribu bahasa walaupun kita tahu benda itu salah.

Sebagai alternatif, kita dilatih menjadi pengampu dan pencacai. Siapa yang mahukan ganjaran lebih, maka dia wajib pandai mengampu dan mengipas diktator yang panas dengan dosa. Maka rasuah pun menjadi orang tengah.

Birokrasi yang diwujudkan oleh diktator buat sekian lama ini telah melunyaikan kita dalam kelembapan dan kebodohan. Minda kita tidak diasah dengan formula yang betul.

Ini bukan masanya lagi untuk kita terus melayan dan menjadi pelacur murahan kepada diktator yang sangap dengan nafsu setan. Ini adalah masanya untuk kita menelanjangkan diktator bagi menunjukkan audiens bahawa telah terbukti sistem di bawah telunjuk diktator tidak efektif dan efisien untuk membawa kita kepada kemajuan.

Produk-produk diktator di Malaysia seperti MAS, Proton, KFC dan UMNO terus menerus terpapar sebagai tidak kompetitif dalam arena yang menuntut persaingan.

Apa yang kita perlu sekarang adalah sistem di bawah kepimpinan demokrat tulen. Bukan demokrat palsu.


Persetankan segala diktator, kita jerkah mereka dengan hujah. 


No comments:

Post a Comment