Sunday, April 27, 2014

Lawak Bodoh Membodohkan Otak


1. Jika anda terus konsisten dengan lawak bodoh, maka anda terdedah dengan satu bahaya.

2. Sedar atau tidak, apabila kita berlawak bodoh; sebenarnya melatih minda berfikir secara bodoh.

3. Melayan lawak bodoh juga boleh dikatakan berlatih bersama dengan pelawak bodoh.

4. Daripada banyak-banyak jenis lawak di pasaran, mengapa perlu terus memilih lawak kategori bodoh?

5. Owh ya, mungkin kerana anda inginkan pengiktirafan daripada kawan-kawan yang anda adalah pelawak/penghibur. Jika ini kesnya, ini adalah persoalan kedua; Anda sanggup mengorbankan otak yang sihat hanya untuk mendengar ketawa kawan-kawan terhadap lawak bodoh anda?

6. Memiliki otak yang lemau akibat terlalu banyak berlawak bodoh adalah satu bahaya; kerana tidak menyumbang untuk kejayaan di dunia dan di akhirat. Malah, berpotensi untuk mencipta kerosakan dan kezaliman.

7. Anda sayangkan otak anda? Maka tolonglah jangan berlawak bodoh, dan melayan lawak bodoh.




Saturday, April 19, 2014

The End of Chaotic Lendu Season 3


Berakhirnya Chaotic Lendu season 3 menimbulkan kelegaan. Akhirnya, cuti bermula lagi! Sebelum itu mari kita sama-sama merangkum Chaotic Lendu season 3:

Psychology banyak mengajar tentang beberapa teori penting berkaitan emosi dan motivasi, lantas menyebabkan kita lebih pandai mengurus rasa sedih, gembira, marah malah nafsu. Instructional Communication walaupun bersimpang-siur disiplin ilmunya namun sangat berguna untuk kita menjadi lebih sistematik dalam mengatur satu-satu sistem. Public Relations dan News Writing tidak ketinggalan dalam mengisi kotak ilmu kita.

Chaotic Lendu season 3 mempunyai drama yang tersendiri. Drama kali ini lebih berorientasikan kepada egocentrism - perasaan mengangkat pandangan diri sendiri secara berlebihan dengan mengabaikan point of view orang lain. Dengan egocentrism inilah maka ada orang yang gagal menstabilkan emosinya hingga menjejaskan emosi orang lain. Ada juga orang bersikap individualistik yang tidak kena tempat lalu menyebabkan kerosakan pada hasil kerja berkumpulan. Ada yang obses pada konsep keseorangan hingga langsung tidak fleksibel pada perubahan sosial.

Apa yang boleh saya komen adalah show kali nie adalah agak over. Namun, saya bersyukur kerana pengakhiran kepada Chaotic Lendu Season 3 ini tidak mengorbankan jiwa mana-mana pihak. 

Maka, mari kita sama-sama mengambil pengajaran atas apa-apa yang berlaku dan seterusnya menjadi lebih baik daripada semalam. Mari buat persediaan untuk menempuh season terbaru Chaotic Lendu.

Happy holiday, happy summer. 



Saturday, April 12, 2014

Syiman Syareman's Top 7 Male Models 2014


Tidak senang untuk menjadi model untuk pasaran sekarang. Badan yang mantap, berketak-ketak dan muka yang kacak bukan lagi jaminan untuk model lelaki mendapat tempat dalam pasaran yang serba kompetitif kini. Mereka perlukan lebih dari itu; persona, aura dan strategi.

Ketujuh-tujuh model di bawah menunjukkan mereka terus menongkah arus permodelan dengan penampilan yang cuba mencairkan sesiapa yang melihat. 

Biarlah gambar-gambar ini yang menghurai secara sendiri tentang bagaimana mereka boleh termasuk di dalam senarai Top 7 Male Models 2014. 


7) Hendri Rachman



6) Bernardo Velasco


5) Hideo Muraoka



4) Francisco Lachowski





3) River Viiperi





2) Chris Fawcett




1) Marlon Teixeira





Friday, April 11, 2014

Syiman Syareman's Most Anticipated Movies 2014...So far!



1) Maleficent

Kak Jolie aka Angelina Jolie yang menawan lagi anggun itu akan membuat penampilan sebagai antagonis yang asal-usulnya adalah berhati suci. Namun disebabkan pengkhianatan, hati yang suci itu bertukar dendam yang tidak berkesudahan. 







2) X-Men: Days of Future Past

Asyik dok tengok abang-abang The Avengers beraksi, nak tengok jugak abang-abang dan kakak-kakak X-Men bermain dengan superpower mereka. Nak tengok Storm memanah petir, Professor X dengan kuasa minda, Magneto membaling magnet dan Wolverine mencakar-cakar dengan kuku besi. Bryan Singer kini kembali menjadi pengarah, menambah bonus kepada keghairahan untuk ke pawagam.








3) The Hunger Games: Mocking Jay part 1

Katnis Everdeen adalah harapan kepada golongan yang telah lama dilanyak penindasan oleh kerajaan yang tidak adil. Kita tidak akan melihat lagi perlawanan survival ala zaman batu sebaliknya Mocking Jay adalah futuristik dengan penggunaan teknologi canggih. Apakah cara Katnis menumpaskan kuasa jahat ini? Tak sabaq nak tengok!




4) The Hobbit: There and Back Again

Apakah pengakhiran kepada semua Hobbit yang terlibat dalam menyelamatkan Middle-Earth oleh kemusnahan oleh anasir kejam? Adakah Orlando Bloom akan berdarah dengan banyak? Adakah Gandalf dan Saruman akan sesama melempar magik hingga terlantun ke sana-sini? Banyak perkara masih menjadi persoalan besar. 



5) Guardians of The Galaxy

Marvel tahu yang kita masih belum puas dengan superhero yang ada sekarang. Guardian of The Galaxy mempelbagaikan lagi rangkaian superhero yang ada. Kalau dulu, superhero yang ada adalah terkenal. Kini Marvel semakin berani membawa superhero yang kurang popular. Tapi, siapa kisah? Yang penting superhero itu mantap dan seksi. 



Monday, April 7, 2014

Pleasure of the Month: April 2014


Ada beberapa benda yang Syiman nak highlite sepanjang 1 April hinggalah sekarang.

1) McD's GCB

Ayam salai yang dihimpit dua roti empuk dibasahkan dengan sos putih special ini memang dah lama saya nanti-nantikan. Dengar kata, McD nak jadikan GCB sebagai menu kekal sekaligus membolehkan menikmati GSB setiap hari tanpa menunggu musim per tahun lagi. 




2) Captain America: The Winter Soldier

Rotten Tomatoes bagi markah 89%. Metacritic bagi 69%. Syiman pulak bagi A-. Jalan cerita yang menarik, tak meleret dan diselit dengan aksi-aksi mantap dan melajukan adrenalin. Terdapat elemen politik dan sosial sebagai penambah perisa menyedapkan pengalaman menonton. Itu belum ditambah elemen seksi oleh Scarlett Johansson sebagai Black Widow.



3) Burger King's Ninja Burger

Roti hitam seperti arang (Charcoal Bun) namun rasa tidak seperti arang, sebaliknya rasa seperti bun panggang. Dengan harga lebih kurang RM13, berbaloi untuk disantap demi pengalaman menikmati burger hitam. Plus, Grape Lime adalah termasuk di dalam pakej sebagai beverage.




4) Secret Recipe's Frutilicious dan American Brownies

Fruitilicious seperti biasa sentiasa menjadikan lidah anda orgasm bagi setiap suapan. American Brownies yang dibeli oleh Mia yang sempat saya rasa juga tidak ketinggalan dalam memberi kesedapan. Empuk dan penuh dengan coklat. Aaaaaaahhhhhh..........Sangat orgasm!



5) Pokemon X

Syiman masih lagi meneruskan perjalanan sebagai Pokemon Trainer yang bertanggungjawab dengan melatih Pokemon sebagai persediaan mereka untuk dimasukkan ke dalam Competitive Team. So far, dah lawan dengan banyak Trainer lain terutamanya daripada Japan dan mencatat kemenangan sebanyak 25 kali. Antara Pokemon yang menjadi keutamaan untuk dilatih sekarang termasuk lah Lucario, Porygon-Z, Kangaskhan dan Espeon. 



6) Nutella

Walaupun harga minyak sawit dah naik dan sedikit sebanyak menaikkan harga Nutella, Syiman terus pasrah untuk membeli Nutella demi nama sebuah kesedapan. Nyum-nyum.



7) Kit-Kat

Yup, jangan dilupakan tentang Kit-Kat. Masih lagi rangup dan lazat dengan ramuan antarabangsa. 


Sunday, April 6, 2014

Syiman's Review - Captain America:Winter Soldier


Trailer Guardians of The Galaxy nampak best dan menjanjikan aksi-aksi mantap untuk disaksi. Apa-apa pun, yang paling best sekarang nie adalah Captain America: The Winter Soldier.

Black Widow semakin seksi, Nick Fury makin berkarisma. Captain America pulak makin sado.

Konspirasi di dalam SHIELD semakin membarah disebabkan orang dalam yang bermasalah. 

Aksi-aksi yang dipapar memang mantap, ditambah pulak dengan tambahan konflik Captain America yang jumpa balik ngan kawan lama yang rupa-rupanya belum mati. Tapi, kawan lama itu (Bucky) dah berpihak kepada pihak jahat (HYDRA) dengan gelaran Winter Soldier. 

Satu je spoiler yang Syiman nak gtau: Nick Fury mati dibunuh Winter Soldier.



Pengarahan: A
Lakonan: B+
Cinematography: B+
Plot Citer: A-






Saturday, April 5, 2014

How I Spent My RM250 Book Voucher


Saya tidak menebus baucar buku RM250 dengan wang tunai RM200 sebaliknya saya menggunakannya untuk membeli buku-buku yang sangat syok. 

Apakah buku-buku yang sangat syok itu?

Semestinya Quiet by Susan Cain, Don't Sweat The Small Stuff by Richard Carlson, The Art of Thinking Clearly by Rolf Dobelli dan Things We Forget: Little Reminders of What Matters Most. 




Quiet adalah tentang bagaimana memanfaatkan waktu bersendiri untuk menajamkan mental dan menjadi insan lebih baik dengan bermuhasabah. The Art of Thinking Clearly adalah bagaimana merasionalkan pemikiran yang matang dan jelas secara prinsip, Dont Sweat the Small Stuff adalah mengenai bagaimana menapis perkara-perkara remeh daripada prioriti dan fokus. Things We Forget pulak mengingatkan tentang prinsip-prinsip asas penting yang selalu kita lupa. 


Begitulah bagaimana saya menggunakan baucar buku sebanyak RM200. Sekarang dah tinggal RM50 saya mungkin akan gunakan untuk membeli Mandarin for Dummies. 

Oh yea, sebelum saya terlupa, sesiapa yang guna baucar buku RM150 di MPH akan dapat baucar diskaun untuk pelbagai jenama termasuk Watson, Body Shop dan pakej pelancongan. 

Gunalah baucar buku sebaik-baiknya.

Tuesday, April 1, 2014

1 April 2014


Agak rasa syok kan bila Mac dah berakhir? 

Yup, memang syok. Banyak benda yang mendukacita dan menyedihkan hati telah ditinggalkan; tuan rumah sewa yang tidak adil, golongan yang mementingkan diri sendiri dan orang yang pelik telah berada jauh daripada capaian mata mahupun zon peribadi.

BerAprilFools lah dengan penuh meriah namun ingat-ingat juga kita ada sebulan untuk dijalankan dengan penuh mantap sepanjang April ini.

Makanya, mari kita fokus kepada April yang bakal kita corakkan dengan kegembiraan. Cukup2 lah rasa sedih dan sakit hati. 

Bak kata Dr 'Aidh, Jangan Bersedih.