Saturday, April 5, 2014

How I Spent My RM250 Book Voucher


Saya tidak menebus baucar buku RM250 dengan wang tunai RM200 sebaliknya saya menggunakannya untuk membeli buku-buku yang sangat syok. 

Apakah buku-buku yang sangat syok itu?

Semestinya Quiet by Susan Cain, Don't Sweat The Small Stuff by Richard Carlson, The Art of Thinking Clearly by Rolf Dobelli dan Things We Forget: Little Reminders of What Matters Most. 




Quiet adalah tentang bagaimana memanfaatkan waktu bersendiri untuk menajamkan mental dan menjadi insan lebih baik dengan bermuhasabah. The Art of Thinking Clearly adalah bagaimana merasionalkan pemikiran yang matang dan jelas secara prinsip, Dont Sweat the Small Stuff adalah mengenai bagaimana menapis perkara-perkara remeh daripada prioriti dan fokus. Things We Forget pulak mengingatkan tentang prinsip-prinsip asas penting yang selalu kita lupa. 


Begitulah bagaimana saya menggunakan baucar buku sebanyak RM200. Sekarang dah tinggal RM50 saya mungkin akan gunakan untuk membeli Mandarin for Dummies. 

Oh yea, sebelum saya terlupa, sesiapa yang guna baucar buku RM150 di MPH akan dapat baucar diskaun untuk pelbagai jenama termasuk Watson, Body Shop dan pakej pelancongan. 

Gunalah baucar buku sebaik-baiknya.

No comments:

Post a Comment