Sunday, April 27, 2014

Lawak Bodoh Membodohkan Otak


1. Jika anda terus konsisten dengan lawak bodoh, maka anda terdedah dengan satu bahaya.

2. Sedar atau tidak, apabila kita berlawak bodoh; sebenarnya melatih minda berfikir secara bodoh.

3. Melayan lawak bodoh juga boleh dikatakan berlatih bersama dengan pelawak bodoh.

4. Daripada banyak-banyak jenis lawak di pasaran, mengapa perlu terus memilih lawak kategori bodoh?

5. Owh ya, mungkin kerana anda inginkan pengiktirafan daripada kawan-kawan yang anda adalah pelawak/penghibur. Jika ini kesnya, ini adalah persoalan kedua; Anda sanggup mengorbankan otak yang sihat hanya untuk mendengar ketawa kawan-kawan terhadap lawak bodoh anda?

6. Memiliki otak yang lemau akibat terlalu banyak berlawak bodoh adalah satu bahaya; kerana tidak menyumbang untuk kejayaan di dunia dan di akhirat. Malah, berpotensi untuk mencipta kerosakan dan kezaliman.

7. Anda sayangkan otak anda? Maka tolonglah jangan berlawak bodoh, dan melayan lawak bodoh.




No comments:

Post a Comment