Monday, April 7, 2014

Pleasure of the Month: April 2014


Ada beberapa benda yang Syiman nak highlite sepanjang 1 April hinggalah sekarang.

1) McD's GCB

Ayam salai yang dihimpit dua roti empuk dibasahkan dengan sos putih special ini memang dah lama saya nanti-nantikan. Dengar kata, McD nak jadikan GCB sebagai menu kekal sekaligus membolehkan menikmati GSB setiap hari tanpa menunggu musim per tahun lagi. 




2) Captain America: The Winter Soldier

Rotten Tomatoes bagi markah 89%. Metacritic bagi 69%. Syiman pulak bagi A-. Jalan cerita yang menarik, tak meleret dan diselit dengan aksi-aksi mantap dan melajukan adrenalin. Terdapat elemen politik dan sosial sebagai penambah perisa menyedapkan pengalaman menonton. Itu belum ditambah elemen seksi oleh Scarlett Johansson sebagai Black Widow.



3) Burger King's Ninja Burger

Roti hitam seperti arang (Charcoal Bun) namun rasa tidak seperti arang, sebaliknya rasa seperti bun panggang. Dengan harga lebih kurang RM13, berbaloi untuk disantap demi pengalaman menikmati burger hitam. Plus, Grape Lime adalah termasuk di dalam pakej sebagai beverage.




4) Secret Recipe's Frutilicious dan American Brownies

Fruitilicious seperti biasa sentiasa menjadikan lidah anda orgasm bagi setiap suapan. American Brownies yang dibeli oleh Mia yang sempat saya rasa juga tidak ketinggalan dalam memberi kesedapan. Empuk dan penuh dengan coklat. Aaaaaaahhhhhh..........Sangat orgasm!



5) Pokemon X

Syiman masih lagi meneruskan perjalanan sebagai Pokemon Trainer yang bertanggungjawab dengan melatih Pokemon sebagai persediaan mereka untuk dimasukkan ke dalam Competitive Team. So far, dah lawan dengan banyak Trainer lain terutamanya daripada Japan dan mencatat kemenangan sebanyak 25 kali. Antara Pokemon yang menjadi keutamaan untuk dilatih sekarang termasuk lah Lucario, Porygon-Z, Kangaskhan dan Espeon. 



6) Nutella

Walaupun harga minyak sawit dah naik dan sedikit sebanyak menaikkan harga Nutella, Syiman terus pasrah untuk membeli Nutella demi nama sebuah kesedapan. Nyum-nyum.



7) Kit-Kat

Yup, jangan dilupakan tentang Kit-Kat. Masih lagi rangup dan lazat dengan ramuan antarabangsa. 


No comments:

Post a Comment