Friday, April 11, 2014

Syiman Syareman's Most Anticipated Movies 2014...So far!



1) Maleficent

Kak Jolie aka Angelina Jolie yang menawan lagi anggun itu akan membuat penampilan sebagai antagonis yang asal-usulnya adalah berhati suci. Namun disebabkan pengkhianatan, hati yang suci itu bertukar dendam yang tidak berkesudahan. 







2) X-Men: Days of Future Past

Asyik dok tengok abang-abang The Avengers beraksi, nak tengok jugak abang-abang dan kakak-kakak X-Men bermain dengan superpower mereka. Nak tengok Storm memanah petir, Professor X dengan kuasa minda, Magneto membaling magnet dan Wolverine mencakar-cakar dengan kuku besi. Bryan Singer kini kembali menjadi pengarah, menambah bonus kepada keghairahan untuk ke pawagam.








3) The Hunger Games: Mocking Jay part 1

Katnis Everdeen adalah harapan kepada golongan yang telah lama dilanyak penindasan oleh kerajaan yang tidak adil. Kita tidak akan melihat lagi perlawanan survival ala zaman batu sebaliknya Mocking Jay adalah futuristik dengan penggunaan teknologi canggih. Apakah cara Katnis menumpaskan kuasa jahat ini? Tak sabaq nak tengok!




4) The Hobbit: There and Back Again

Apakah pengakhiran kepada semua Hobbit yang terlibat dalam menyelamatkan Middle-Earth oleh kemusnahan oleh anasir kejam? Adakah Orlando Bloom akan berdarah dengan banyak? Adakah Gandalf dan Saruman akan sesama melempar magik hingga terlantun ke sana-sini? Banyak perkara masih menjadi persoalan besar. 



5) Guardians of The Galaxy

Marvel tahu yang kita masih belum puas dengan superhero yang ada sekarang. Guardian of The Galaxy mempelbagaikan lagi rangkaian superhero yang ada. Kalau dulu, superhero yang ada adalah terkenal. Kini Marvel semakin berani membawa superhero yang kurang popular. Tapi, siapa kisah? Yang penting superhero itu mantap dan seksi. 



No comments:

Post a Comment