Tuesday, May 20, 2014

Momen Cuti Sem: KLIA2


Macam-macam jenis aktiviti telah dilakukan sewaktu bercuti. Ada yang gigih menghabiskan pembacaan stok novel, main Internet, berjalan sana-sini, menanam anggur, malah ada yang menternak lemak dengan makan-minum-tidur sahaja. Saya? Saya berkerja di KLIA2 bermula daripada 22/4 hinggalah 6/6/2014.

Seperti mana yang semua dah tahu, KLIA2 baru sahaja dibuka untuk kegunaan majoritinya adalah oleh AirAsia. Perbelanjaan untuk pembinaan KLIA2 adalah sebanyak RM 4,000,000,000 (RM 4 billion) setelah beberapa kali pelengahan. KLIA2 adalah 4 kali ganda lebih besar daripada LCCT. 

Apa-apa pun, banyak benda yang berlaku yang mana syok untuk saya ceritakan di sini.

Saya bertekad untuk mencari kerja di mana-mana untuk mendapat sedikit duit supaya dapat menampung perbelanjaan pada semester mendatang. Kos sara hidup sekarang semakin tinggi, maka mahu tak mahu saya perlu berkerja. Selepas melayari mudah.my dengan carian 'kerja kosong+hostel', maka ditakdirkan lah saya terjumpa dengan iklan 'Aircraft International Cleaner'. Hostel disediakan di Kota Warisan, Salak Tinggi. Gaji adalah RM1300-Rm1400. 

Saya pun terus bergegas ke Salak Tinggi daripada Guar Chempedak. Di Kota Warisan, Salak Tinggi itu saya berkenalan dengan bos saya yang mana saya panggil Kak Aina. Pembantu beliau adalah Abang Hafiz. Disebabkan ada perkara yang tidak dapat dielakkan, saya tidak terjodoh dengan jawatan Aircraft International Cleaner sebaliknya saya dimasukkan ke Trolley Services. Saya redha.

Selesai sahaja beberapa proses, saya ditugaskan di KLIA2, yang masih lagi dalam proses pembinaan. Skop kerja saya pada waktu persediaan untuk pembukaan KLIA2 ini adalah menyusun dan membawa troli-troli berat dan ringan ke beberapa lokasi. Dan juga, saya ditugaskan untuk menjaga pintu ketibaan dan pelepasan.

Saya kenal dengan beberapa orang kawan namun penumpuan saya adalah pada Jauhari, Matt, Adam, Aidil Chew, Aeman dan beberapa kenalan baru. Saya akan ceritakan setiap karakter yang pelbagai ragam ini dalam siri yang seterusnya berkaitan KLIA2.

Sebagai pembuka beberapa siri aksi dan drama untuk cerita saya berkaitan KLIA2, saya sajikan anda beberapa gambar untuk tatapan. Hehe

Nantikan episod yang berkaitan, OK! ^_^











No comments:

Post a Comment