Sunday, June 29, 2014

Salam Ramadhan 1435H/2014M


Salam Ramadhan 1435H/2014M

Disebalik keinginan kita untuk berkunjung ke bazaar makanan buat santapan berbuka nanti, marilah kita fikir-fikirkan juga tentang makanan buat jiwa dan minda. Dalam Ramadhan lah masa yang ideal bagi pembinaan spiritual.

Peristiwa sebelum ini menunjukkan kita gelabah tak tentu arah apabila berhadapan isu halal-haram. Kita mengganggap kita lah yang umat yang paling sensitif sampai tak sedar yang sebenarnya tindakan kita yang gelabah itu hanya memalukan diri sendiri. Kita tak merai perbezaan pendapat apabila menyangkal secara total pandangan oleh Yusuf Al-Qaradhawi yang menyatakan DNA babi yang telah berubah strukturnya halal dimakan.

Ternampak lah disini bahawa ego-radikal-Islam kita telah membimbing kita ke arah jalan yang tidak tepat sebagai Muslim berkualiti.

Semua ini belum terlambat untuk diperbetulkan kerana Ramadhan adalah peluang kita. Ramadhan adalah bulan untuk melembut negativiti sikap-sikap mazmumah termasuk ego-radikal-Islam. Di bulan Ramadhan ini mari kita set kan kembali penjiwaan kita terhadap sesuatu kepada kesederhanaan. 


Selamat menyambut Ramadhan.
Selamat berbuka puasa.


Saturday, June 14, 2014

Momen Cuti Sem: KLIA2 - Analisis Karakter


Sepanjang saya berkerja di KLIA2, saya menetap di hostel yang telah ditetapkan oleh majikan. Di hostel saya berkenalan dengan ramai jenis orang yang memperlihatkan ramai ragam dan sikap yang mana saya akan ulas di sini. Analisis karakter yang dilakukan ini adalah pada watak-watak yang saya rasakan adalah kawan yang banyak membantu saya dalam kerja dan kehidupan sehari-hari.

Watak-watak yang terlibat adalah Mad, Aidil Chew, Adam/Perry Bell, Jauhari aka Jojo aka Jojoq, Izzat, Hadzrin dan Danial.

Aidil Chew adalah seorang bisu yang sensitif, kuat merajuk dan kuat melenting. Ada masanya Aidil Chew akan menjadi seorang yang kecoh tentang aktiviti seks (anda cuba bayangkan seorang bisu cuba bercerita tentang aksi-aksi seks). Kadang-kadang rimas  juga saya dibuatnya namun kebanyakan masa Aidil Chew adalah menyenangkan dan banyak membantu. Dia banyak mengajar saya bahasa isyarat yang digunakan oleh orang bisu untuk berkomunikasi. Owh yea, tidak dilupakan Aidil Chew adalah mualaf berketurunan Cina.

Mad aka Mortisz dan Adam aka Perry Bell adalah kawan rapat saya sepanjang menetap di hostel di Kota Warisan, Salak Tinggi ini. Mereka adalah kawan gelak dan juga kawan luahan perasaan saya. Adam adalah Drag Queen yang sentiasa nak berhias. Dia siap bawak banyak peralatan make-up ke hostel. Pernah satu hari saya telah dihias oleh Perry Bell (saya pun nak cuba menjadi cantik). Haha. Mad adalah seorang yang rajin dan banyak berfikir. Kematangan Mad membuatkan saya selesa untuk berkerja dengan dia; disebabkan itu saya selalu berganding bahu bersama di tempat kerja.

Jauhari adalah jiran saya dalam bilik. Mad suka memberi nickname kepada orang lain maka nickname yang diberi kepada Jauhari adalah Jojo. Saya pula membuat sedikit penambahan dengan memanggil Jauhari dengan nama Jojoq. Jojoq adalah orang tua (umur 33) yang bersuara budak-budak seperti orang yang tak pernah baligh. Dia cakap dia adalah seorang tabligh di kampung tapi saya berpendapat Jojoq adalah seorang tabligh yang kurang berilmu dan annoying. Sebagai jiran dalam bilik, saya selalu nampak kain Jojoq mengembang ditiup angin kipas yang menghala kami berdua.

Izzat dan Hadzrin adalah pelajar UiTM yang dah habis belajar; berasal daripada Perak. Mereka adalah riders yang sanggup bawa moto daripada Perak ke Salak Tinggi untuk berkerja di KLIA2. Nawaf dan Eman adalah dua orang bisu yang kacak. Danial dengan suara halus selalu bising-bising dengan penuh gelabah apabila dia sakit hati dengan satu-satu perkara.

Ada banyak lagi karakter yang saya nak cerita namun cukuplah hanya beberapa karakter tadi.

Pelbagai ragam dan aksi yang ditonjolkan oleh semua watak yang saya kenal di sini melahirkan dua perkara:


1) Saya dapati saya suka berkawan dan selesa bersama dengan orang bisu/pekak. Ramai juga yang saya kenal termasuk Aidil Chew, Hanizam, Nawaf dan Eman. Saya seronok melihat pergerakan bahasa badan dan tangan yang comel ditunjukkan oleh mereka sewaktu berkomunikasi.

2) Ternampaklah bahawa ramai antara kita adalah penganggur yang struggle untuk survive dalam hidup. Namun yang menyedihkan adalah ada dalam kalangan penganggur ini yang bersikap malas dan kurang azam untuk mengubah keadaan pengangguran mereka.


Apa-apa pun, momen berkawan dengan mereka semua adalah menyeronokkan. Saya dah mula rindukan mereka dan berharap untuk berjumpa lagi dengan mereka pada masa akan datang. Semoga mereka dan saya akhirnya sukses dalam mencapai matlamat hidup masing-masing.


Thursday, June 12, 2014

Syiman's Review: Maleficent


Nampaknya Disney sedang giat melakukan reformasi dalam takrifan 'true love'. 

Cinta sejati bukan lagi diraih daripada kucupan bibir oleh jantan kacak, sebaliknya daripada ciuman lesbo (Ok, sorry, frasa 'ciuman lesbo' mungkin agak kurang tepat). 

Selepas Frozen, Disney konsisten dengan konsep true love yang sama melalui Maleficent. Namun dalam filem ini, satu lagi reformasi dilakukan - watak yang selama ini kita kenal sebagai setan rupa-rupanya adalah angel. 

Kak Jolie (Angelina Jolie) sebagai Maleficent adalah tepat. Elegan, cool dan anggun.

Selamat menonton.


Plot citer: B+
Pengarahan: B+
Lakonan: B+
Cinematography: A





Wednesday, June 11, 2014

Syiman's Review - X-Men: Days of Future Past


Dalam banyak-banyak siri movie X-Men, saya paling suka X-Men dan X2. Bryan Singer sebagai pengarah kedua-dua filem itu pandai menggarap momen aksi penting oleh mutan dalam X-Men. Dengan itu, kembalinya Bryan Singer sebagai pengarah siri X-Men terbaru Days of Future Past adalah sangat saya nantikan.

Penglibatan Sentinel merancakkan lagi aksi mutan yang lebih panas dan ganas.

Kedua-dua faktor ini, iaitu Bryan Singer dan Sentinel; mengharuskan anda untuk menonton X-Men: Days of Future Past.

Rating daripada Metacritic adalah 74% yang mana membawa maksud 'generally favorable'. Rotten Tomatoes pula adalah 92%.


Plot Citer: A
Pengarahan: A
Lakonan: B+
Cinematography: A-





Wednesday, June 4, 2014

Momen Cuti Sem: KLIA2 - Rare Chocolate Bar


1. Sebagai pencinta coklat, saya sentiasa ingin mencuba pelbagai jenis coklat yang ada di dunia.

2. Sewaktu berkunjung ke Jaya Grocer di Level 2 KLIA2, saya sangat berasa teruja kerana menemui beberapa bar coklat yang susah ditemui di tempat lain di Malaysia. Bar coklat ini diimport khas.

3. Makanya, untuk 2 hari berturut-turut, saya mendapatkan 5 jenis bar coklat:


Butterfingers
Kit Kat Peanut Butter
BabyRun
3 Musketeers
Milky Way

Semua bar coklat ini telah menyebabkan saya tongue orgasm.

4. Dengan itu, eloklah saya berkongsi dengan anda gambar2 sebagai bukti dapatan bar coklat ini.

5. Butterfingers rasa seperti kuih kacang yang disalut coklat Nestle; Kit Kat Peanut Butter sangat rasa 'buttery'; BabyRun penuh dengan khasiat protein dan kalori; 3 Musketeers dan Milky Way adalah versi Mars yang lebih mantap.

6. Datang lah ke KLIA 2 untuk mendapatkan rare chocolate bar ini yea.

7. Semoga anda juga mendapat tongue orgasm.



Dr M sebagai Pengerusi Proton


1. Najib mengomen Dr. M sebagai Pengerusi Proton yang baru akan banyak membantu Proton ke arah yang lebih baik.

2. Kata-kata tidak akan membawa makna apa-apa jika tiada hasil yang dilahir.

3. Dengan itu, saya berharap Dr. M yang begitu lantang sebagai pengkritik kepada pengurusan yang lemah dapat mengembalikan zaman kegemilangan Proton. Proton pernah menguasai 80% pasaran domestik namun kini hanya sekitar 20% sahaja akibat diasak oleh persaingan daripada Perodua dan kereta antarabangsa.

4. Melalui pengaruh dan status sebagai Penasihat Proton sebelum ini, Dr. M semestinya tidak mahu memalukan  diri beliau dengan menjadikan Proton lebih teruk daripada keadaan sedia ada.

5. DRB-Hicom nampaknya sedar bahawa Dr. M yang sudah berumur hampir 90 tahun itu masih mampu untuk mengubah nasib Proton supaya tidak senasib MAS.

6. Persoalan: Adakah tindakan ini mampu menukar nasib Proton?

7. Saya berharap. Mari kita melihat dengan mata yang terbuka tentang perkara ini yea.