Saturday, June 14, 2014

Momen Cuti Sem: KLIA2 - Analisis Karakter


Sepanjang saya berkerja di KLIA2, saya menetap di hostel yang telah ditetapkan oleh majikan. Di hostel saya berkenalan dengan ramai jenis orang yang memperlihatkan ramai ragam dan sikap yang mana saya akan ulas di sini. Analisis karakter yang dilakukan ini adalah pada watak-watak yang saya rasakan adalah kawan yang banyak membantu saya dalam kerja dan kehidupan sehari-hari.

Watak-watak yang terlibat adalah Mad, Aidil Chew, Adam/Perry Bell, Jauhari aka Jojo aka Jojoq, Izzat, Hadzrin dan Danial.

Aidil Chew adalah seorang bisu yang sensitif, kuat merajuk dan kuat melenting. Ada masanya Aidil Chew akan menjadi seorang yang kecoh tentang aktiviti seks (anda cuba bayangkan seorang bisu cuba bercerita tentang aksi-aksi seks). Kadang-kadang rimas  juga saya dibuatnya namun kebanyakan masa Aidil Chew adalah menyenangkan dan banyak membantu. Dia banyak mengajar saya bahasa isyarat yang digunakan oleh orang bisu untuk berkomunikasi. Owh yea, tidak dilupakan Aidil Chew adalah mualaf berketurunan Cina.

Mad aka Mortisz dan Adam aka Perry Bell adalah kawan rapat saya sepanjang menetap di hostel di Kota Warisan, Salak Tinggi ini. Mereka adalah kawan gelak dan juga kawan luahan perasaan saya. Adam adalah Drag Queen yang sentiasa nak berhias. Dia siap bawak banyak peralatan make-up ke hostel. Pernah satu hari saya telah dihias oleh Perry Bell (saya pun nak cuba menjadi cantik). Haha. Mad adalah seorang yang rajin dan banyak berfikir. Kematangan Mad membuatkan saya selesa untuk berkerja dengan dia; disebabkan itu saya selalu berganding bahu bersama di tempat kerja.

Jauhari adalah jiran saya dalam bilik. Mad suka memberi nickname kepada orang lain maka nickname yang diberi kepada Jauhari adalah Jojo. Saya pula membuat sedikit penambahan dengan memanggil Jauhari dengan nama Jojoq. Jojoq adalah orang tua (umur 33) yang bersuara budak-budak seperti orang yang tak pernah baligh. Dia cakap dia adalah seorang tabligh di kampung tapi saya berpendapat Jojoq adalah seorang tabligh yang kurang berilmu dan annoying. Sebagai jiran dalam bilik, saya selalu nampak kain Jojoq mengembang ditiup angin kipas yang menghala kami berdua.

Izzat dan Hadzrin adalah pelajar UiTM yang dah habis belajar; berasal daripada Perak. Mereka adalah riders yang sanggup bawa moto daripada Perak ke Salak Tinggi untuk berkerja di KLIA2. Nawaf dan Eman adalah dua orang bisu yang kacak. Danial dengan suara halus selalu bising-bising dengan penuh gelabah apabila dia sakit hati dengan satu-satu perkara.

Ada banyak lagi karakter yang saya nak cerita namun cukuplah hanya beberapa karakter tadi.

Pelbagai ragam dan aksi yang ditonjolkan oleh semua watak yang saya kenal di sini melahirkan dua perkara:


1) Saya dapati saya suka berkawan dan selesa bersama dengan orang bisu/pekak. Ramai juga yang saya kenal termasuk Aidil Chew, Hanizam, Nawaf dan Eman. Saya seronok melihat pergerakan bahasa badan dan tangan yang comel ditunjukkan oleh mereka sewaktu berkomunikasi.

2) Ternampaklah bahawa ramai antara kita adalah penganggur yang struggle untuk survive dalam hidup. Namun yang menyedihkan adalah ada dalam kalangan penganggur ini yang bersikap malas dan kurang azam untuk mengubah keadaan pengangguran mereka.


Apa-apa pun, momen berkawan dengan mereka semua adalah menyeronokkan. Saya dah mula rindukan mereka dan berharap untuk berjumpa lagi dengan mereka pada masa akan datang. Semoga mereka dan saya akhirnya sukses dalam mencapai matlamat hidup masing-masing.


No comments:

Post a Comment