Sunday, June 29, 2014

Salam Ramadhan 1435H/2014M


Salam Ramadhan 1435H/2014M

Disebalik keinginan kita untuk berkunjung ke bazaar makanan buat santapan berbuka nanti, marilah kita fikir-fikirkan juga tentang makanan buat jiwa dan minda. Dalam Ramadhan lah masa yang ideal bagi pembinaan spiritual.

Peristiwa sebelum ini menunjukkan kita gelabah tak tentu arah apabila berhadapan isu halal-haram. Kita mengganggap kita lah yang umat yang paling sensitif sampai tak sedar yang sebenarnya tindakan kita yang gelabah itu hanya memalukan diri sendiri. Kita tak merai perbezaan pendapat apabila menyangkal secara total pandangan oleh Yusuf Al-Qaradhawi yang menyatakan DNA babi yang telah berubah strukturnya halal dimakan.

Ternampak lah disini bahawa ego-radikal-Islam kita telah membimbing kita ke arah jalan yang tidak tepat sebagai Muslim berkualiti.

Semua ini belum terlambat untuk diperbetulkan kerana Ramadhan adalah peluang kita. Ramadhan adalah bulan untuk melembut negativiti sikap-sikap mazmumah termasuk ego-radikal-Islam. Di bulan Ramadhan ini mari kita set kan kembali penjiwaan kita terhadap sesuatu kepada kesederhanaan. 


Selamat menyambut Ramadhan.
Selamat berbuka puasa.


No comments:

Post a Comment