Thursday, July 17, 2014

Syiman's Review: Dawn of The Planet of The Apes


Kecomelan dan kekacakan beruk-beruk dalam Dawn of The Planet of The Apes membuatkan saya tercair sebentar. Namun apa yang paling menarik adalah penegasan berkaitan moraliti yang membuatkan hati saya paling tersentuh. Ada beberapa babak dalam filem nie yang membuatkan saya menangis. 

Inilah movie yang sepatutnya diangkat sebagai filem terbaik kerana walaupun penggunaan teknologi dan kesan khas grafik digunakan secara mega namun tidak mengabaikan momen penjiwaan kemanusiaan. Maka dapatlah dikatakan Dawn of The Planet of The Apes adalah berjurang seperti langit dengan bumi apabila dibandingkan dengan Transformer 4. 

Kepimpinan Caesar terus dikagumi namun kini berhadapan dengan beberapa cabaran besar daripada pihak manusia namun secara halus oleh puak Apes sendiri. Aspek moraliti, keadilan, penganiayaan, survival, kecomelan binatang dan lain-lain disentuh secara indah dalam filem ini. 

Memang layaklah para pengkritik di Rotten Tomatoes menganugerahkan rating Dawn of the Planet of The Apes sebanyak 91% manakala Metacritic sebanyak 79%.

Pengarahan = A-
Plot Citer = A

Cinematography = A

Lakonan = A



No comments:

Post a Comment