Saturday, October 18, 2014

Chaotic Lenduz: The End of Sem 4


Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Nya kerana dengan limpah kurnia Nya kita berjaya menghabiskan semester 4 dengan penuh bergaya, penuh bermakna, penuh bulan, penuh nikmat, penuh mantap atau mana-mana sahaja panggilan yang sesuai untuk anda.

Semester 4 kali ini sekali lagi menyajikan kita dengan pelbagai momen dan kronologi drama dan plot ceritera. Menyelusuri lautan momen ini, kadang2 kita termuntah emosi dan perasaan yang menyebabkan tsunami pergolakan jiwa terus mengganas hingga kita terlupa untuk fokus kepada apa yang sebenarnya kita perlu fokus dalam medan akademik. 

Walau apapun yang berlaku, sekali lagi kita perlu bersyukur kerana kita berjaya melalui semua ini hingga berjaya menamatkan Sem 4. 

Subjek seperti Photo Communication mengajar untuk menangkap gambar-gambar menarik melalui beberapa teknik. Publishing and Media Design membawa kita kepada syarikat penerbitan terkemuka di Malaysia. Saya telah melawat syarikat penerbitan Pelangi di Johor, dan cukup gembira dengan lawatan itu kerana banyak input yang saya dapat di situ. Economics pulak adalah subjek hardcore sem 4 yang mengajar beberapa konsep ekonomi yang cukup penting untuk kita pelajari sebagai persiapan kepada pengurusan kewangan yang kukuh sewaktu memasuki alam pekerjaan, terutamanya.

Adalah diharapkan pengakhiran Sem 4 ini membawa kita sekali lagi kepada muhasabah kendiri, supaya kita terus menilai dan memperbaiki diri kita. Sesungguhnya, kita akan termasuk dalam golongan yang rugi apabila ego membutakan kita untuk melihat bahawa masih ada banyak ruang dan peluang untuk kita terus melakukan penambahbaikan dan penyucian daripada segala bentuk kekhilafan dan kedosaan. 

Alhamdulillah. ^_^ . Semoga permulaan semester 5 nanti kita mulakan dengan asas paradigma yang lebih murni. 




Sunday, October 12, 2014

Donquixote Doflamingo


Saya memang akui Doflamingo sememangnya kacak dan stylo. Apa yang mencacatkan kekacakan beliau adalah kejahatan terhadap manusia-manusia lain yang tidak bersalah.

Akibat dendam pada waktu silam, maka Doflamingo mula berikhtiar untuk sedaya upaya memangsakan orang lain untuk menyalurkan kesakitan yang pernah dirasai Doflamingo kepada mereka.

Doflamingo memang wajar untuk berasa sakit terutamanya pada masa mama beliau meninggal akibat kesusahan yang menimpa keluarga akibat tindakan tidak tepat oleh papa beliau. Daripada kehidupan ala diraja yang kaya raya, keluarga Doflamingo terus menjadi papa kedana. Ada satu masa Doflamingo terpaksa makan sampah bersama adik beradik beliau. Jiwa yang bergelojak dan sakit seharusnya dirasai oleh Doflamingo.

Sebagai cara untuk melegakan kesakitan yang parah pada jiwa Doflamingo itu, beliau mempunyai pilihan; untuk melaksanakan kebaikan atau kejahatan.

Sayangnya, Doflamingo memilih kejahatan.

Beliau lebih mempercayai jalan ke arah kejahatan sebaliknya merendah-rendahkan kemampuan yang boleh diberikan oleh kebaikan.

Alangkah baiknya jika Doflamingo yang kacak dan stylo itu melepaskan segala masa lampau beliau dan memilih kebaikan daripada kejahatan. Kejahatan mungkin akan menampakkan beliau lebih bergaya namun kebaikan lah yang mampu menunjukkan jalan ke syurga.


Maka, rasakanlah penangan Luffy dan Law yang bakal membelasah legasi setan Doflamingo!





Monday, October 6, 2014

The End for My Samsung G2 500GB?


Banyak kes yang berlaku kepada external hard disk saya, Samsung G2 500GB. Pertamanya, dulu dia penah menjadi mangsa satu aplikasi software yang menyebabkan berpuluh GB data untuk pelbagai filem (yang saya kumpul bertahun-tahun) hilang begitu sahaja. 

Dia juga penah dihubungkan dengan kabel yang tidak sesuai hingga menyebabkan dia tidak dapat dikenalpasti oleh komputer. Kesian dia kan.

Lepas tu pulak, pelbagai virus dan malware pernah membuat sarang dalam badan dia. Nasib baik lah saya ada Kaspersky untuk melawan jangkitan virus itu dengan efektif. 

Jadi itu lah pengalaman beliau sepanjang bertuankan seorang yang bernama Syareman ini. Saya beli dia di Low Yat dengan harga RM150 lebih kurang 4 tahun lepas. 

Dan hari ini dia tidak dapat dikenalpasti oleh komputer. Sewaktu dicucukkan ke komputer melalui kabel USB, kedengaran bunyi klik selama 5 saat dan kemudian kelipan lampu biru yang berterusan. 
Saya cuba berulang kali mencucuk dia ke dalam komputer namun keadaan yang sama masih berulang.

Lalu saya pun tanya lah Mr. Google. Ada sumber terdekat daripada Apple Inc. berkata simptom bunyi klik itu adalah petanda kepada 3 perkara: 1) tenaga untuk mengaktifkan hard disk itu tidak cukup  2) kabel yang digunakan tidak sesuai  3) sudah sampai hayat.

Apa-apa pun ada nasihat juga daripada sumber lain bahawa kabel yang digunakan harus ditukar kepada kabel lain dan external hard disk itu perlu dicuba untuk dihubungkan dengan komputer lain. Saya belum cuba lagi sebab saya ada hanya satu kabel dan juga saya hanya ada satu komputer. Nanti saya dah cuba saya akan update k. 

Jika sampai hayatnya . . .


bersambung ..............................................................................................................................




Sunday, October 5, 2014

October Things


Oktober kali ini datang bukan dengan tragedi sebaliknya dengan pelbagai benda yang menyebabkan adrenalin terembes laju. 

Pertamanya, dua artis yang memiliki keunikan vokal dan melodi musik tersendiri, Jessie J dan Taylor Swift akan meluncurkan album memasing. Jessie J dengan Sweet Talker manakalan Taylor Swift dengan 1989. Jessie J dah pun memperdengarkan kita dengan Bang Bang, kolaborasi dengan Arianna Grande dan Nicki Minaj manakala Taylor berbangga dengan lagu #1 di Hot 100 Billboard, Shake It Off. 




Owh ya, tidak dilupakan, Lady Gaga akan meluncurkan album duet bersama legendary Tony Bennet. 


Hurm. Itu je lah kowt. Movies? New products? Brands? Rasenye xde kowt pada Oktober nie. Konklusinya so far, Oktober ada 2 benda best - album baru Jessie J dan Taylor Swift! Ops tertinggal, dan Lady Gaga dengan Tony Bennet! :)

Berikut adalah video yang boleh anda tonton - Trio Jessie, Arianna dan Nicki di MTV VMA 2014, Shake It Off dan Anything Goes live 




Saturday, October 4, 2014

Syiman's Review - Annabelle


Pada mulanya saya ingat perempuan itu (watak utama) akan dianiaya oleh orang sekitarnya sebab diorang nampak mencurigakan (termasuklah Paderi dan pemilik kedai buku).

Rupa-rupanya walaupun mereka berlakon untuk kelihatan mencurigakan, namun mereka sebenarnya baik. Yang jahat adalah roh perempuan pengamal ajaran sesat yang masuk ke dalam patung Annabelle yang berjaya menyeru syaitan yang bermotif menawan mana-mana roh manusia.

Suspen dan menyeramkan, saya bagi scary scale adalah 3 daripada 5. Saya setuju dengan pengkritik di Rotten Tomatoes bahawa The Conjuring lebih efektif daripada segi jalan cerita dan penghayatan keseraman berbanding Annabelle.



Cinematography = B+
Pengarahan = B

Plot Citer = B
Lakonan = B


Musician Wanted




Mempersembahkan Top 10 Musician yang mana Syiman rasa sangat rindu . . .


1) Adele

Sampai sekarang saya masih tak jemu memutar lagu-lagu yang ada dalam 19 dan 21, album pertama dan kedua penyanyi daripada UK, Adele. Di sebalik semua orang berlumba-lumba untuk meletakkan elemen electronica, disco dengan penggunaan Auto-Tunes tidak terkawal, Adele menawarkan vokal dan musik yang unik untuk pendengaran oleh music lovers yang mahukan kelainan. 

Rumous Has It bahawa Adele sedang berada dalam proses terakhir rakaman album studio ke-3 dan pada bila-bila masa akan melancarkan album ini pada 2014, atau pun awal 2015. Saya rindukan lagu seperti Rolling in A Deep, Rumours Has It dan Found A Boy dalam 21 dan Crazy For You dan Chasing Pavement dalam 19. 

Adakah Adele akan mengambil langkah drastik dengan meletakkan sedikit elemen electronica dalam album terbaru nanti? Sangat teruja!




2) Beyonce

Beyonce kini sedang sibuk bersama suami tercinta Jay-Z dalam siri jelajah On The Run di sekitar America dan mungkin merebak pulak ke Eropah. Walaupun baru je mengeluarkan album secara mengejut, tapi SS masih menanti ape lagi yang Queen B nie nak buat lagi. 

Semua tentang Beyonce sangat menarik dan cantik. Fashion red carpet, siri perfume, sesi fotografi, dan pakaian sewaktu persembahan semuanya menarik tertarik perhatian. 

Beyonce dah berkolaborasi dengan Shakira, Lady Gaga, Sean Paul, Jay-Z dan lain-lain. Apa kata untuk melengkapkan kolaborasi, Beyonce harus bersama dengan Adele, Rihanna dan Madonna. 




3) Gwen Stefani

Gwen Stefani jangan lah lama-lama lagi dan segan silu untuk melancarkan album terbaru. Proses merakam lagu di studio bersama Pharrell Williams pun dah dalam proses terakhir kan. Jadi Gwen jangan lah tahan lama sangat untuk meluncur album itu sebab saya dah tak tahan nak dengar karya terbaru.




4) Madonna

Madonna akan sentiasa menjadi musician paling wanted. MDNA adalah kayu ukur sejauh mana Madonna masih lagi relevan dan signifikan dengan industri muzik global yang penuh dengan persaingan sengit oleh pop princess yang sexy mexy. 

Madonna ade memberi signal bahawa dalam album yang seterusnya akan menyaksikan beberapa kolaborasi bersama pop princess ini. Ini berdasarkan persembahan bersama Miley Cyrus, dan sesi fotografi bersama Katy Perry. 

Semestinya dalam siri jelajah konsert tiada siapa yang mampu menandingi Madonna namun mari kita lihat pulak prestasi album Madonna yang paling baru nanti. Madonna pasti tidak akan mengecewakan seperti mana sebelum nie. 




5) Taylor Swift

Yay Taylor Swift akan luncurkan album baru pada akhir bulan Oktober nie! Single terbaru Shake It Off adalah sedap didengar dan menjadi siulan harian saya buat masa sekarang. Tak sabar dan tak tahan nak dengar material terbaru Taylor Swift dalam album 1989. Love u, girl. Always sweet and gorgeous on red carpet and performance. And in video clips too!




6) Gorillaz

Gorillaz sentiasa datang dengan bunyi-bunyi unik. Samada ianya eksperimen mahupun serius, musik daripada Gorillaz sangat menghiburkan saya!




7) Ashlee Simpson


Saya mahukan sound yang sama ataupun lebih kurang sama dengan sound yang ada pada album pertama Ashlee Simpson, Autobiography. John Shank semestinya akan cuba menampilkan yang terbaik daripada Ashlee Simpson. 



8) Rihanna

Kejap seksi meksi, kemudian jadi baik dengan kanak-kanak, lepas tu berbaik pulak dengan jantan lama Chris Brown. Tidak ketinggalan sheer dress yang menampakkan segala butang yang ada pada badan. Semua tentang Riri adalah menarik perhatian. 

Umbrella, Diamonds, Stay, Rude Boy, Take A Bow dan banyak lagi lagu-lagu syok daripada Riri yang saya suka untuk dengar. Justeru, Riri perlu keluarkan lagu terbaru secepat mungkin untuk mengubat kerinduan ini. Dan juga kerinduan daripada para peminat. 




9) Norah Jones

Ada sesuatu yang tidak kena pada Norah Jones. Sebab apa momentum beliau semakin berkurang setelah mengeluarkan album Come Away With Me dan Feels Like Home? 

Saya harap magic daripada Norah Jones tidak hilang. Saya masih percayakan yang Norah Jones akan membuat comeback untuk terus mempelbagaikan dengan meriah industri musik global. 



10) Jessie J

Alive daripada Jessie J telah dilancarkan di UK dengan kejayaan yang suam. Alive tidak dipasarkan di US sebab pihak pengurusan di US berpendapat Alive tidak akan mendapat tempat di pasaran US. Dengan itu, sekali lagi Jessie J kena masuk studio untuk buat rakaman baru khas untuk pasaran US. Maka kuarlah yang terkini, Bang Bang, kolaborasi dengan Arianna Gandre dan Nicki Minaj. 

Please, I want Jessie J album!



Wednesday, October 1, 2014

Pleasures Plan


Di era yang mana Market Structure nya adalah didominasi oleh Monopolistic Competition akibat lambakan pelbagai material untuk memuaskan nafsu kepenggunaan kita semua, saya juga tidak ketinggalan untuk terus berkongsi tentang material yang sangat menekan butang teruja saya. 



1) Sony Cybershot W-Series



Saya tak nak Canon. Saya tak nak Nikon. Apa yang saya nak adalah sentiasa Sony Cybershot apabila ia berkaitan dengan kamera. Ramai kawan saya kata yang Nicon dan Canon lebih mantap daripada segi fungsi namun saya mementingkan juga kecantikan pada material. Hanya kecantikan yang terserlah pada Sony Cybershot yang menyebabkan saya teruja untuk memilikinya.

(Contoh, antara orang yang pandai tapi kurang cantik dengan orang yang kurang pandai tapi cantik, mana satu yang anda nak miliki? Semestinya yang kurang pandai tapi cantik kan. Walaupun kurang pandai, tapi masih pandai). 

Apa yang menyebabkan saya lebih teruja, harga siri W Sony Cybershot kini di paras yang berpatutan untuk pengguna terbanyak iaitu hanya dalam lingkungan RM350. Makanya, harus lah gajet ini dimasukkan dalam Belanjawan Peribadi. 



Sony Cybershot W810
Sony Cybershot W710


2) Topman's Bomber Jacket


Bukan saja koleksi Skinny Jeans Topman yang saya dambakan, tetapi koleksi jaket Topman jugak. Banyak yang menggeramkan terutamanya nanti yang akan keluar pada musim luruh. 

Bomber Jacket Topman akan menampakkan saya lebih cool (walaupun kurang cool) dan menampakkan sedikit sisi nakal yang pastinya saya mahu tunjulkan pada waktu malam. 




3) Topman's Jumper


Jumper pulak adalah satu platform pertembungan antara sisi cool dan nerd. Keseimbangan yang dihasilkan oleh Jumper menyebabkan saya tidak mahu ketinggalan untuk cuba mengenakan pada badan saya. 

Bukan sebarangan jumper yang saya mahukan. Saya mahu Topman's Jumper. 



4) Topman's BackPack

Harga untuk satu BackPack Topman adalah dalam lingkungan RM120. Yang warna burgundy dan navy blue nie cantik kan? Dan comel.



5) Topman's Black Stretch Skinny Jeans


Saya dah ada beberapa siri Topman Skinny Jeans dan saya boleh katakan yang paling best adalah siri Stretch Skinny Jeans. Tak ketat sangat walaupun ketat jugak. Kalau Spray on Skinny Jeans mmg ketat gile. 

Walaupun dah ada Topman Spray on Skinny Jeans yang berwarna hitam, saya masih mahu dapatkan Strecth Skinny Jeans yang warna hitam sebab saya mahu kurangkan keketatan supaya nampak lebih sopan dan kurang menimbulkan kegusaran awam. LOL



6) WD Extrenal Hardisk


External Hardisk saya dah penuh sangat dah dengan macam-macam video dan movies. Malah ada yang terpaksa saya buang untuk memberi ruang kepada video yang lebih best. Sekarang nie kapasiti hardisk Samsung 500GB saya dah tak tertampung lagi. Justeru, kena dapatkan lah HardDisk yang baru. Kali ini, saya nak WD. Cambest je WD kan. 



7) Pokemon Omega Ruby & Alpha Sapphire (ORAS)


Pengumuman banyak Mega Pokemon yang terbaru termasuklah Mega Gallade dan Mega Metagross sangatkan saya nantikan. Saya cuma menanti sekarang ini adalah Mega Milotic dan Mega Butterfree. 

Semestinya saya mahukan Kyogre yang mantap menyembur air untuk mewujudkan kemusnahan maksimum. Alpha Sapphire adalah pilihan saya. 


8) H&M's Polo T-Shirts


Simple dan kemas. Handsome dan kacak. Harus kena pakai H&M Polo T-Shirt. 



9) The Sims 4


The Sims kini bersambung lagi dengan ekstra kemantapan terutamanya pada permukaan kulit Sims yang lebih realistik dan seksi (itu jika anda cipta Sims anda sebagai seorang yang seksi). 

Kalau dulu untuk Expansion Packs kita boleh main dengan kuda, kucing dan anjing, bercucuk tanam, menjadi selebriti, berWooHoo di sana sini dan sebagainya, apakah yang bakal kita lakukan di The Sims 4? 





10) Private Structure


Mari kita teruskan lagi dengan keseksian yang seterusnya. Private Structure sentiasa menyelesakan pemakainya dan menyebabkan kita rasa yakin dan mantap untuk sepanjang masa. Sebab itu lah saya sangat suka dengan Private Structure dan akan terus setia sebagai pemakai Private Structure. 




Hi October


Eh, sekejap je kan dah masuk Oktober. 

Beberapa bulan yang lepas telah berlaku beberapa kronologi plot, babak dan momen yang sangat pelbagai pengisiannya. Ada yang memenatkan, ada yang menyedihkan, ada yang mencemaskan, ada yang menggusarkan dan semestinya ada yang menceriakan. Datangnya Oktober kini menawarkan kita dengan pencorakan kisah baru. 

Terima kasih Oktober kerana mengingatkan bahawa sekejap sahaja masa berlalu. Sekejap saja putaran masa hinggakan terasa Jun, Julai, Ogos dan September hanyalah sebagai tetamu yang singgah sebentar untuk bertegur khabar. 

Terima kasih Oktober kerana menjadi pemangkin untuk semangat baru setelah bertungkus lumus dan berpenat lelah menjalankan usaha demi survival dan objektif hidup sewaktu beberapa bulan yang lepas. 

Terima kasih Oktober kerana sempat berpesan bahawa dalam kehidupan, bagi setiap plot yang bertukar pasti ada harapan. Harapan itulah yang menjadi oksigen bagi kelangsungan nafas untuk jiwa supaya terus beristiqamah, bersyukur dan fokus ke arah mencapai objektif positif. 

Contohnya, babak sebelum ini adalah babak hujan lebat yang membanjirkan ladang. Peralihan untuk babak seterusnya pasti akan ada harapan bahawa cuaca akan bertukar menjadi cerah dan ideal untuk aktiviti bercucuk tanam. Sama juga seperti babak bagi episod terkini Naruto yang mana menyaksikan pergaduhan kawan baik yang tidak dapat dielakkan antara Naruto dan Sasuke. Sambungan untuk babak tersebut masih ada harapan bahawa Sasuke akhirnya sedar dengan kelompongan prinsip mega beliau lantas menjadi bromance kembali bersama Naruto. 

Dengan itu, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Oktober. Semoga tidak berlaku apa-apa tragedi Oktober.