Saturday, October 18, 2014

Chaotic Lenduz: The End of Sem 4


Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Nya kerana dengan limpah kurnia Nya kita berjaya menghabiskan semester 4 dengan penuh bergaya, penuh bermakna, penuh bulan, penuh nikmat, penuh mantap atau mana-mana sahaja panggilan yang sesuai untuk anda.

Semester 4 kali ini sekali lagi menyajikan kita dengan pelbagai momen dan kronologi drama dan plot ceritera. Menyelusuri lautan momen ini, kadang2 kita termuntah emosi dan perasaan yang menyebabkan tsunami pergolakan jiwa terus mengganas hingga kita terlupa untuk fokus kepada apa yang sebenarnya kita perlu fokus dalam medan akademik. 

Walau apapun yang berlaku, sekali lagi kita perlu bersyukur kerana kita berjaya melalui semua ini hingga berjaya menamatkan Sem 4. 

Subjek seperti Photo Communication mengajar untuk menangkap gambar-gambar menarik melalui beberapa teknik. Publishing and Media Design membawa kita kepada syarikat penerbitan terkemuka di Malaysia. Saya telah melawat syarikat penerbitan Pelangi di Johor, dan cukup gembira dengan lawatan itu kerana banyak input yang saya dapat di situ. Economics pulak adalah subjek hardcore sem 4 yang mengajar beberapa konsep ekonomi yang cukup penting untuk kita pelajari sebagai persiapan kepada pengurusan kewangan yang kukuh sewaktu memasuki alam pekerjaan, terutamanya.

Adalah diharapkan pengakhiran Sem 4 ini membawa kita sekali lagi kepada muhasabah kendiri, supaya kita terus menilai dan memperbaiki diri kita. Sesungguhnya, kita akan termasuk dalam golongan yang rugi apabila ego membutakan kita untuk melihat bahawa masih ada banyak ruang dan peluang untuk kita terus melakukan penambahbaikan dan penyucian daripada segala bentuk kekhilafan dan kedosaan. 

Alhamdulillah. ^_^ . Semoga permulaan semester 5 nanti kita mulakan dengan asas paradigma yang lebih murni. 




No comments:

Post a Comment