Sunday, October 12, 2014

Donquixote Doflamingo


Saya memang akui Doflamingo sememangnya kacak dan stylo. Apa yang mencacatkan kekacakan beliau adalah kejahatan terhadap manusia-manusia lain yang tidak bersalah.

Akibat dendam pada waktu silam, maka Doflamingo mula berikhtiar untuk sedaya upaya memangsakan orang lain untuk menyalurkan kesakitan yang pernah dirasai Doflamingo kepada mereka.

Doflamingo memang wajar untuk berasa sakit terutamanya pada masa mama beliau meninggal akibat kesusahan yang menimpa keluarga akibat tindakan tidak tepat oleh papa beliau. Daripada kehidupan ala diraja yang kaya raya, keluarga Doflamingo terus menjadi papa kedana. Ada satu masa Doflamingo terpaksa makan sampah bersama adik beradik beliau. Jiwa yang bergelojak dan sakit seharusnya dirasai oleh Doflamingo.

Sebagai cara untuk melegakan kesakitan yang parah pada jiwa Doflamingo itu, beliau mempunyai pilihan; untuk melaksanakan kebaikan atau kejahatan.

Sayangnya, Doflamingo memilih kejahatan.

Beliau lebih mempercayai jalan ke arah kejahatan sebaliknya merendah-rendahkan kemampuan yang boleh diberikan oleh kebaikan.

Alangkah baiknya jika Doflamingo yang kacak dan stylo itu melepaskan segala masa lampau beliau dan memilih kebaikan daripada kejahatan. Kejahatan mungkin akan menampakkan beliau lebih bergaya namun kebaikan lah yang mampu menunjukkan jalan ke syurga.


Maka, rasakanlah penangan Luffy dan Law yang bakal membelasah legasi setan Doflamingo!





No comments:

Post a Comment