Wednesday, October 1, 2014

Hi October


Eh, sekejap je kan dah masuk Oktober. 

Beberapa bulan yang lepas telah berlaku beberapa kronologi plot, babak dan momen yang sangat pelbagai pengisiannya. Ada yang memenatkan, ada yang menyedihkan, ada yang mencemaskan, ada yang menggusarkan dan semestinya ada yang menceriakan. Datangnya Oktober kini menawarkan kita dengan pencorakan kisah baru. 

Terima kasih Oktober kerana mengingatkan bahawa sekejap sahaja masa berlalu. Sekejap saja putaran masa hinggakan terasa Jun, Julai, Ogos dan September hanyalah sebagai tetamu yang singgah sebentar untuk bertegur khabar. 

Terima kasih Oktober kerana menjadi pemangkin untuk semangat baru setelah bertungkus lumus dan berpenat lelah menjalankan usaha demi survival dan objektif hidup sewaktu beberapa bulan yang lepas. 

Terima kasih Oktober kerana sempat berpesan bahawa dalam kehidupan, bagi setiap plot yang bertukar pasti ada harapan. Harapan itulah yang menjadi oksigen bagi kelangsungan nafas untuk jiwa supaya terus beristiqamah, bersyukur dan fokus ke arah mencapai objektif positif. 

Contohnya, babak sebelum ini adalah babak hujan lebat yang membanjirkan ladang. Peralihan untuk babak seterusnya pasti akan ada harapan bahawa cuaca akan bertukar menjadi cerah dan ideal untuk aktiviti bercucuk tanam. Sama juga seperti babak bagi episod terkini Naruto yang mana menyaksikan pergaduhan kawan baik yang tidak dapat dielakkan antara Naruto dan Sasuke. Sambungan untuk babak tersebut masih ada harapan bahawa Sasuke akhirnya sedar dengan kelompongan prinsip mega beliau lantas menjadi bromance kembali bersama Naruto. 

Dengan itu, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Oktober. Semoga tidak berlaku apa-apa tragedi Oktober. 


No comments:

Post a Comment