Sunday, November 30, 2014

Jalur Pemikiran: Konservatif vs Kontemporari


Jalur pemikiran yang ada di Malaysia adalah konservatif dan kontemporari. Kontemporari juga boleh dikatakan berkongsi garisan dengan liberal. Konservatif lebih mewakili kepada pemikiran daripada generasi tua sewaktu era 80an-90an yang tidak menggalakkan kepada pembentangan pendapat sebaliknya menurut perintah ketua semata-mata (Terima kasih, Mahathir). Kontemporari/liberal pula ranum di era modenisasi yang mana menuntut kepada satu perubahan untuk seiring dengan persaingan antarabangsa.

Boleh lah dikatakan bahawa konservatif adalah hasil tanaman para diktator dengan ideologi mereka. Mereka tidak suka jika ada orang lain yang cuba mencabar pemikiran konservatif mereka. Mereka tidak suka berhujah. Sebaliknya, mereka suka memaksa orang lain supaya turut sama berfikir seperti mereka. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang ramai anak muda yang semakin tidak suka pada pemikiran konservatif, mereka melakukan pelbagai teknik kotor termasuk menuduh pemikiran kontemporari/liberal sebagai ‘haram’, mencipta peraturan berat sebelah yang mencabul hak asasi dan menggunakan frasa palsu seperti ‘hak istimewa’. Ada juga yang berselindung dengan statistik rekaan dan hadis/ayat Quran yang digunakan luar daripada konteks/ditafsirkan secara salah.

Konservatif tidak berbahaya kepada kemajuan Malaysia jika mereka dapat menerima kepada keadaan kemunduran pemikiran mereka, dan juga kepada hakikat bahawa peminat mereka telah berkurang secara drastik. Namun status mereka adalah berbahaya kerana mereka melakukan pelbagai tipu daya dan muslihat untuk mengumpul puak konservatif. Seperti zombie tua bangka yang cuba menggigit orang muda.

Kontemporari/liberal cuba berhujah namun ditepis oleh konservatif dengan pelbagai alasan.

Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang betul-betul kuat untuk menempuh persaingan global jika terus dicengkam pemikiran konservatif. Orang tua konservatif perlu lah menerima hakikat yang jalur pemikiran mereka tidak lagi signifikan untuk Malaysia menongkah arus perdana. Orang muda konservatif perlu mengambil iktibar dengan membudayakan hujah dan tidak menjadi diktator.


Kontemporari/liberal, bersabarlah! Pemikiran ini sememangnya sedang mengumpul peminat seantero negara. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk terus konsisten dengan gaya hidup sihat sementara menunggu penghakisan total kepada konservatif yang semakin tidak diterima, walaupun mereka ghairah melalak di perhimpunan yang sebenarnya tidak lebih daripada sekadar wayang.


Sunday, November 16, 2014

Syiman’s Review: Quiet by Susan Cain



Quiet adalah satu lagi buku berkualiti yang telah berjaya saya habiskan. Saya rasa seronok kerana Quiet adalah antara koleksi self-help yang telah saya kumpul dan baca.

Quiet bukan self-help yang biasa. Quiet adalah penting sebab konteksnya adalah berkaitan permasalahan sosial antara dua golongan; iaitu introvert dan extrovert. Quiet juga membongkar kepada beberapa penemuan saintifik yang membawa para introvert supaya lebih mengenali dan menerima diri sendiri walaupun dalam persekitaran yang didominasi oleh extrovert.

Saya sebagai salah seorang introvert berasa lebih selesa untuk berada dalam persekitaran Extrovert Ideal. Saya juga sedar dengan menjadi introvert, saya mempunyai ‘silence power’ yang perlu dikeluarkan melalui teknik yang betul dalam keadaan yang mana golongan extrovert terus dominan dengan ‘keganasan’ mereka.

Ada beberapa perkara menarik yang diketengahkan dalam Quiet –

1    a) Boss yang introvert akan menjadi boss yang lebih baik dalam satu kumpulan yang majoritinya extrovert.

b) Terdapat lebih kurang sorang dalam tiga orang adalah intovert; atau 20-30% daripada jumlah populasi adalah introvert.

c) Introvert boleh menjadi pseudo-extrovert untuk mencapai matlamat.

d) Introvert lebih mudah untuk fokus dalam gerak kerja jangka masa panjang.

e) Antara contoh tokoh introvert yang terkenal adalah Mahatma Gandhi, Warren Buffet, Bill Gates, Al-Gore, JK Rowling, Albert Einstein

Saya sarankan semua orang terutamanya yang rasa dirinya pendiam, pemalu dan unik supaya membaca buku Quiet ini supaya anda dapat mengeluarkan Soft Power yang terpendam dalam diri dalam dunia yang sistemnya lebih memberi tumpuan pada extrovert.


Dunia kini sedar atau tidak sedang menghadapi Quiet Revolution. 


Saturday, November 15, 2014

Outward Bound School


I am Outward Bounder and proud to be one. Setelah berhempas pulas melakukan pelbagai aktiviti menarik dan mempelajari banyak perkara, saya akhirnya tamat berkursus dengan penuh jaya di Outward Bound School di Lumut pada 9-13 November yang lepas.

Untuk pengetahuan semua, hanset saya (dan juga hanset peserta yang lain) telah dirampas daripada kami sepanjang 5 hari kami berkursus di situ. Hal ini bertujuan supaya kami lebih fokus.

Apa yang saya belajar adalah kita sekarang terlalu bergantung kepada teknologi. Apabila hanset tiada di tangan kita, kita terus jadi risau sebab tak dapat WasApp, WeChat, Instagram dan sebagainya.

Teknologi yang memanjakan kita dengan banyak benda lagho ini menyebabkan kita jadi alpa dan leka. Lantas kita tersimpang daripada jalan yang membawa kita ke arah kemajuan.


Makanya, jangan lah nak bergantung sangat dekat hanset anda untuk melunaskan tugasan dan memuaskan kehendak sosial. Disiplinkan diri dengan fokus untuk terus komited kepada kejayaan.