Sunday, November 30, 2014

Jalur Pemikiran: Konservatif vs Kontemporari


Jalur pemikiran yang ada di Malaysia adalah konservatif dan kontemporari. Kontemporari juga boleh dikatakan berkongsi garisan dengan liberal. Konservatif lebih mewakili kepada pemikiran daripada generasi tua sewaktu era 80an-90an yang tidak menggalakkan kepada pembentangan pendapat sebaliknya menurut perintah ketua semata-mata (Terima kasih, Mahathir). Kontemporari/liberal pula ranum di era modenisasi yang mana menuntut kepada satu perubahan untuk seiring dengan persaingan antarabangsa.

Boleh lah dikatakan bahawa konservatif adalah hasil tanaman para diktator dengan ideologi mereka. Mereka tidak suka jika ada orang lain yang cuba mencabar pemikiran konservatif mereka. Mereka tidak suka berhujah. Sebaliknya, mereka suka memaksa orang lain supaya turut sama berfikir seperti mereka. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang ramai anak muda yang semakin tidak suka pada pemikiran konservatif, mereka melakukan pelbagai teknik kotor termasuk menuduh pemikiran kontemporari/liberal sebagai ‘haram’, mencipta peraturan berat sebelah yang mencabul hak asasi dan menggunakan frasa palsu seperti ‘hak istimewa’. Ada juga yang berselindung dengan statistik rekaan dan hadis/ayat Quran yang digunakan luar daripada konteks/ditafsirkan secara salah.

Konservatif tidak berbahaya kepada kemajuan Malaysia jika mereka dapat menerima kepada keadaan kemunduran pemikiran mereka, dan juga kepada hakikat bahawa peminat mereka telah berkurang secara drastik. Namun status mereka adalah berbahaya kerana mereka melakukan pelbagai tipu daya dan muslihat untuk mengumpul puak konservatif. Seperti zombie tua bangka yang cuba menggigit orang muda.

Kontemporari/liberal cuba berhujah namun ditepis oleh konservatif dengan pelbagai alasan.

Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang betul-betul kuat untuk menempuh persaingan global jika terus dicengkam pemikiran konservatif. Orang tua konservatif perlu lah menerima hakikat yang jalur pemikiran mereka tidak lagi signifikan untuk Malaysia menongkah arus perdana. Orang muda konservatif perlu mengambil iktibar dengan membudayakan hujah dan tidak menjadi diktator.


Kontemporari/liberal, bersabarlah! Pemikiran ini sememangnya sedang mengumpul peminat seantero negara. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk terus konsisten dengan gaya hidup sihat sementara menunggu penghakisan total kepada konservatif yang semakin tidak diterima, walaupun mereka ghairah melalak di perhimpunan yang sebenarnya tidak lebih daripada sekadar wayang.


No comments:

Post a Comment