Wednesday, December 31, 2014

Welcome. 2015


MH370, MH17, QZ8501. Banjir yang memangsakan lebih 220,000 orang di 5 buah negeri. Ringgit jatuh teruk, terburuk sejak krisis kewangan 1997. Lee Chong Wei, hero kebangsaan kita telah didiagnos mengambil bahan terlarang dan kedudukan no1 beliau telah dirampas sejak kalah banyak kali kepada Chen Long.

Semua di atas adalah peristiwa simbolik kepada 2014 yang akan melabuhkan tirai.

Prinsip saya adalah satu pengakhiran lebih penting daripada permulaan. Apalah gunanya segala amal ibadat oleh seorang ulama’ apabila di pengakhiran hayatnya adalah niat untuk menyertai maksiat. Apalah gunanya janji2 mula si pemimpin apabila akhirnya dicapati, bukan ditepati. Apalah gunanya duit bertaburan di sana sini apabila pengakhirannya jadi papa kedana akibat keborosan dan ketirisan daripada perbelanjaan tidak berhemah. Permulaan bagi setiap bayi yang lahir adalah suci namun sucikah beliau sampai ke tua?

Maka, justifikasi kepada penilaian adalah melihat kepada pengakhirannya.

Sedih sekali melihat 2014 berakhir dengan sebegini rupa hingga semua sambutan tahun baru dibatalkan. Ini menunjukkan 2014 adalah tahun yang tidak berapa baik buat Malaysia. Adakah ini petanda daripada Ilahi bahawa gerak kerja kita perlu lebih murni? Boleh jadi.

Marilah kita di 2015 yang sedang membuka ruang dan peluangnya; menginsafi segala agenda dan propaganda kita yang tidak sihat untuk diri sendiri dan masyarakat. Segala permulaan yang dilaksana pada 2015 hendaklah diunjurkan untuk merealisasi pengakhiran yang sukses. Jangan dengki, Jangan boros, Jangan gelabah. Banyakkan membaca. Banyakkan mendengar. Banyakkan momen spiritual.


Selamat menempuh 2015. Bismillahirrohmanirrohim. 


Tuesday, December 23, 2014

Suka Duka 2014



Seperti biasa pada bulan terakhir setiap tahun Syiman akan menyenaraikan beberapa momen suka duka yang signifikan untuk menggambarkan perjalanan kehidupan sepanjang tahun. Saya berpendapat anda juga wajar untuk mula menyenaraikan momen anda sebagai perbandingan antara suka dan duka. Ini adalah antara langkah untuk mengambil pengajaran bagi menempuh tahun baru 2015.


Suka

1. Yayasan Bank Rakyat jadi penaja untuk pengajian di UiTM.

2. Berkursus 5 hari di Outward Bound School di Lumut dengan pelbagai pengalaman dan kawan baru.

3. Mengekalkan CGPA dalam lingkungan 3.90.

4. Baca buku Quiet, The Art of Thinking Clearly, Dont Sweat The Small Stuff, How to Stop Worrying and Start Living

5. Mendapatkan Nintendo 2DS yang comel dan selesa dipegang. Main Pokemon X dengan Nintendo 2DS; dapat semua legendary Pokemon kecuali Meloetta (termasuklah Shiny Lugia, Giratina, Shaymin dan Mew). Pokemon Alpha Sapphire pun sangat best!

6. Kerja kat KLIA2 sewaktu cuti semester. Sepanjang hampir 2 bulan tu, dapat banyak pengalaman termasuklah dengan rakan sekerja dan makan banyak coklat rare di Jaya Store.

7. Setelah hampir 2 tahun tak berjumpa, akhirnya dapat jumpa balik dengan Prof Dr. Hjh Mesky yang banyak membantu berkaitan kajian buku beliau di Pelangi Publishing berjudul Jalan Seribu Liku.

8. Mula mengambil multivitamin untuk kesihatan.

9. Sony Cybershot W810 kini menjadi milikku, jadi pengganti kepada Sony Cybershot yang lepas.

Duka

1. Konflik dengan Polis Bantuan sewaktu kerja di KLIA2. Saya memang cenderung untuk mempunyai masalah dengan pihak autoriti yang bermasalah.

2. Konflik dengan pelbagai pihak lain yang cuba menyukarkan perjalanan kehidupan.

3. Samsung external harddisk 500GB mengalami kerosakan. Banyak files dan folders yang mengalami risiko kehilangan.

4. Tie Topman dan nail clipper daripada Watson hilang entah ke mana.

5. Beberapa falasi pemikiran yang belum disembuhkan.









Wednesday, December 3, 2014

Social Comparison Bias



Sebagai tanda kasih sayang saya kepada pembaca yang sudi membelek dan menelaah blog The Diary of Syiman Syareman, ingin lah saya berkongsi di sini tentang input terbaru yang saya dapat hasil daripada pembacaan The Art of Thinking Clearly tulisan Rolf Dobelli.

Dobelli menekankan dalam suasana persaingan yang semakin meninggi dalam mana-mana bidang, terdapat cognitive error (kesilapan pemikiran/kesilapan otak) yang dikenali sebagai social comparisan bias.

Ketua projek, bos atau pemimpin yang mengepalai sesuatu kumpulan akan berasa tercabar dengan orang yang lebih baik daripada beliau. Disebabkan itu, pemimpin ini tidak dapat menerima hakikat tentang potensi orang yang lebih baik ini dan beranggapan orang sebegini perlu disingkirkan/tidak diterima daripada kumpulan disebabkan kedudukan beliau akan tergugat. Itulah social comparison bias.

Dobelli berkata adalah menjadi satu kesalahan pemikiran dengan menjebakkan diri dalam social comparison bias sebab orang yang lebih baik itu lah mampu membawa kumpulan atau organisasi terus unggul dalam pencapaian baik yang telah dikecapi. Mengambil contoh ungkapan Guy Kawasaki (antara penggerak besar Apple Inc.), “A-players hire people even better than themselves”.

Disebabkan social comparison bias ini lah maka ada bukti saintifik yang menunjukkan banyak organisasi tidak mampu kekal lama dalam pencapaian cemerlang. Hal ini adalah orang yang lebih baik yang telah disingkirkan itu telah turut serta dalam organisasi pesaing.


Dengan itu, biarlah orang yang berbakat lebih baik daripada anda untuk turut serta berkerjasama dengan anda. Jangan terpedaya dengan ilusi kuasa/kedudukan yang ada pada anda kerana ia tidak akan kekal selama-lamanya.