Wednesday, December 3, 2014

Social Comparison Bias



Sebagai tanda kasih sayang saya kepada pembaca yang sudi membelek dan menelaah blog The Diary of Syiman Syareman, ingin lah saya berkongsi di sini tentang input terbaru yang saya dapat hasil daripada pembacaan The Art of Thinking Clearly tulisan Rolf Dobelli.

Dobelli menekankan dalam suasana persaingan yang semakin meninggi dalam mana-mana bidang, terdapat cognitive error (kesilapan pemikiran/kesilapan otak) yang dikenali sebagai social comparisan bias.

Ketua projek, bos atau pemimpin yang mengepalai sesuatu kumpulan akan berasa tercabar dengan orang yang lebih baik daripada beliau. Disebabkan itu, pemimpin ini tidak dapat menerima hakikat tentang potensi orang yang lebih baik ini dan beranggapan orang sebegini perlu disingkirkan/tidak diterima daripada kumpulan disebabkan kedudukan beliau akan tergugat. Itulah social comparison bias.

Dobelli berkata adalah menjadi satu kesalahan pemikiran dengan menjebakkan diri dalam social comparison bias sebab orang yang lebih baik itu lah mampu membawa kumpulan atau organisasi terus unggul dalam pencapaian baik yang telah dikecapi. Mengambil contoh ungkapan Guy Kawasaki (antara penggerak besar Apple Inc.), “A-players hire people even better than themselves”.

Disebabkan social comparison bias ini lah maka ada bukti saintifik yang menunjukkan banyak organisasi tidak mampu kekal lama dalam pencapaian cemerlang. Hal ini adalah orang yang lebih baik yang telah disingkirkan itu telah turut serta dalam organisasi pesaing.


Dengan itu, biarlah orang yang berbakat lebih baik daripada anda untuk turut serta berkerjasama dengan anda. Jangan terpedaya dengan ilusi kuasa/kedudukan yang ada pada anda kerana ia tidak akan kekal selama-lamanya. 



No comments:

Post a Comment