Wednesday, December 31, 2014

Welcome. 2015


MH370, MH17, QZ8501. Banjir yang memangsakan lebih 220,000 orang di 5 buah negeri. Ringgit jatuh teruk, terburuk sejak krisis kewangan 1997. Lee Chong Wei, hero kebangsaan kita telah didiagnos mengambil bahan terlarang dan kedudukan no1 beliau telah dirampas sejak kalah banyak kali kepada Chen Long.

Semua di atas adalah peristiwa simbolik kepada 2014 yang akan melabuhkan tirai.

Prinsip saya adalah satu pengakhiran lebih penting daripada permulaan. Apalah gunanya segala amal ibadat oleh seorang ulama’ apabila di pengakhiran hayatnya adalah niat untuk menyertai maksiat. Apalah gunanya janji2 mula si pemimpin apabila akhirnya dicapati, bukan ditepati. Apalah gunanya duit bertaburan di sana sini apabila pengakhirannya jadi papa kedana akibat keborosan dan ketirisan daripada perbelanjaan tidak berhemah. Permulaan bagi setiap bayi yang lahir adalah suci namun sucikah beliau sampai ke tua?

Maka, justifikasi kepada penilaian adalah melihat kepada pengakhirannya.

Sedih sekali melihat 2014 berakhir dengan sebegini rupa hingga semua sambutan tahun baru dibatalkan. Ini menunjukkan 2014 adalah tahun yang tidak berapa baik buat Malaysia. Adakah ini petanda daripada Ilahi bahawa gerak kerja kita perlu lebih murni? Boleh jadi.

Marilah kita di 2015 yang sedang membuka ruang dan peluangnya; menginsafi segala agenda dan propaganda kita yang tidak sihat untuk diri sendiri dan masyarakat. Segala permulaan yang dilaksana pada 2015 hendaklah diunjurkan untuk merealisasi pengakhiran yang sukses. Jangan dengki, Jangan boros, Jangan gelabah. Banyakkan membaca. Banyakkan mendengar. Banyakkan momen spiritual.


Selamat menempuh 2015. Bismillahirrohmanirrohim. 


No comments:

Post a Comment