Wednesday, January 28, 2015

Pre-57th Grammy: Syiman's Choice



Grammy Award yang ke-57 akan diadakan pada 8 Februari 2015 di Los Angeles, California. Waktu adalah pada 5pm PST. 

Apa yang paling menarik adalah Madonna termasuk dalam senarai performers untuk Grammy kali ini. Turut serta adalah Ariana Grande, Ed Sheeran dan Sam Smith.

Mari kita membuat sedikit analisis berkaitan pencalonan Grammy kali nie yang agak menarik:

ALBUM OF THE YEAR

Morning Phase - Beck
BEYONCE - Beyonce
x - Ed Sheeran
In The Lonely Hour -Sam Smith
G I R L - Pharrell Williams

Syiman's Choice: x - Ed Sheeran
Ed Sheeran mengagumkan bukan sahaja dengan teknik vokal malah teknik rap yang sangat menarik dan sedap untuk dilayan dan didengar. Sape yang enjoy dengar lagu Don't, Sing dan Thinking Out Loud? Ed telah menunjukkan versaliti dan bakat yang sangat menyerlah. He deserves to win this. Sebab ape? This is truly because NERD do it best! Dont ever ever try to deny this fact! :P




SONG OF THE YEAR

All About That Bass - Meghan Trainor
Chandelier - Sia Furler
Shake It Off - Taylor Swift
Stay With Me - Sam Smith
Take Me To Church - Hozier

Syiman's Choice: Stay With Me - Sam Smith
Waktu mula-mula saya dengar Stay With Me, saya ingatkan lagu ini dinyanyi oleh penyanyi kulit hitam. Apa yang saya betul sikit adalah agak2 saya yang lagu ini dinyanyikan oleh penyanyi berbadan chubby. Betullah tu kan. Lagi satu yang nyata adalah, NERD do it best! Tahun 2015 akan menyaksikan kebangkitan NERD! ;P



Hurm. Nampaknya saya akan berhenti di sini sebab itu lah pilihan saya yang paling ketara bagi pencalonan kali ini. Saya ucapkan gud lux kepada Beyonce, Iggy Azalea, Arctic Monkeys, The Black Keys, Pharrell Williams dan Taylor Swift yang ke semuanya adalah artis kegemaran saya. Saya menantikan 8 Februari dengan penuh keterujaan!


Friday, January 23, 2015

Polemik Polis . . . lagi


Ramai yang cakap bodoh tetapi saya lebih sopan. Jadi saya katakan mereka sebagai golongan yang tidak berpendidikan tinggi. 

Berdasarkan beberapa kes yang boleh kita lihat, semakin banyak kejadian telah 
terlihat yang mana polis sendiri mencabuli dasar undang-undang. Sangat ironi bukan? Seorang yang kita lantik untuk menjaga undang-undang telah mencabuli undang-undang tersebut. 

Terkini, Zamani Slam telah dibuli oleh polis; dipaksa menyanyi sewaktu 
penahanannya di lokap (cari di YouTube). Walaupun kita akui sememangnya Zamani kelihatan gembira sewaktu menyanyikan lagu itu dan vokal beliau pun masih lagi 
mantap, namun isu pokok tidak boleh dibiarkan - iaitu sikap segelintir puak polis 
yang tidak menjaga disiplin mereka untuk mematuhi adap dan etika sebagai seorang polis yang bertanggungjawab. 

Segelintir puak polis ini lah yang dibimbangi kerana telah terlihat betapa perlakuan 
mereka tidak menghormati orang lain dan juga tidak memahami asas undang-undang itu sendiri. 

Kita bimbang juga kerana bukan sahaja kes yang agak ringan seperti ini yang 
semakin berlegar di media, namun kes berat melibatkan polis seperti kematian dalam tahanan, penahanan polis yang salah dan sebagainya juga semakin banyak 
dilaporkan. 

Maka, saya semakin utuh dalam pendirian bahawa sudah tiba masanya badan polis 
bertransformasi. Pemilihan untuk menjadi anggota polis sepatutnya dalam kalangan yang berpendidikan tinggi. Ya, untuk menarik minat golongan yang berpendidikan 
tinggi (atau orang lain cakap yang ‘tidak bodoh’), maka sistem gaji untuk polis perlu
dirombak, menjadikan profesion polis diangkat darjatnya daripada hierarki sedia 
ada. 

Mahukah kita mengamanahkan orang yang bodoh undang-undang untuk menjaga undang-undang? Mahukah kita menggaji duit kita (duit yang dibayar kepada polis adalah duit rakyat) kepada orang yang bodoh? Betul2 selamatkah kita apabila keselamatan kita 
sebenarnya dijaga oleh orang yang bodoh? 




Thursday, January 15, 2015

Rebel Heart by Madonna



1. Paling dinanti-nanti adalah album terbaru Madonna, Rebel Heart. 

2. Madonna yang baru mengeluarkan 6 lagu baru di bawah pakej Rebel Heart kini boleh menarik nafas lega setelah kesemua lagu itu mendapat pujian dan kritikan positif. 

3. Berbeza dengan 2 album yang sebelum ini iaitu Hard Candy dan MDNA, album Madonna kali ini lebih kepada identiti Madonna yang asal yang tidak suka mengikut trend music sebaliknya kepada inovasi. 

4. Lagu single terbaru daripada Madonna iaitu Living for Love mendapat reaksi yang rata-ratanya sangat positif. Para pengkritik percaya album Madonna kali ini adalah dalam laluan yang betul untuk mencipta satu lagi rekod daripada Madonna. 

5. Promosi yang dijalankan juga adalah terancang dengan pelbagai strategi menarik. Kulit album Rebel Heart juga mendapat perhatian yang meluas di media sosial. 

6. Satu elemen yang tak pernah ketinggalan oleh Madonna - Kontroversi. Namun bagi setiap kontroversi datang dengan kualiti.