Friday, January 23, 2015

Polemik Polis . . . lagi


Ramai yang cakap bodoh tetapi saya lebih sopan. Jadi saya katakan mereka sebagai golongan yang tidak berpendidikan tinggi. 

Berdasarkan beberapa kes yang boleh kita lihat, semakin banyak kejadian telah 
terlihat yang mana polis sendiri mencabuli dasar undang-undang. Sangat ironi bukan? Seorang yang kita lantik untuk menjaga undang-undang telah mencabuli undang-undang tersebut. 

Terkini, Zamani Slam telah dibuli oleh polis; dipaksa menyanyi sewaktu 
penahanannya di lokap (cari di YouTube). Walaupun kita akui sememangnya Zamani kelihatan gembira sewaktu menyanyikan lagu itu dan vokal beliau pun masih lagi 
mantap, namun isu pokok tidak boleh dibiarkan - iaitu sikap segelintir puak polis 
yang tidak menjaga disiplin mereka untuk mematuhi adap dan etika sebagai seorang polis yang bertanggungjawab. 

Segelintir puak polis ini lah yang dibimbangi kerana telah terlihat betapa perlakuan 
mereka tidak menghormati orang lain dan juga tidak memahami asas undang-undang itu sendiri. 

Kita bimbang juga kerana bukan sahaja kes yang agak ringan seperti ini yang 
semakin berlegar di media, namun kes berat melibatkan polis seperti kematian dalam tahanan, penahanan polis yang salah dan sebagainya juga semakin banyak 
dilaporkan. 

Maka, saya semakin utuh dalam pendirian bahawa sudah tiba masanya badan polis 
bertransformasi. Pemilihan untuk menjadi anggota polis sepatutnya dalam kalangan yang berpendidikan tinggi. Ya, untuk menarik minat golongan yang berpendidikan 
tinggi (atau orang lain cakap yang ‘tidak bodoh’), maka sistem gaji untuk polis perlu
dirombak, menjadikan profesion polis diangkat darjatnya daripada hierarki sedia 
ada. 

Mahukah kita mengamanahkan orang yang bodoh undang-undang untuk menjaga undang-undang? Mahukah kita menggaji duit kita (duit yang dibayar kepada polis adalah duit rakyat) kepada orang yang bodoh? Betul2 selamatkah kita apabila keselamatan kita 
sebenarnya dijaga oleh orang yang bodoh? 




1 comment:

  1. saudara..zamani mengaku beliau tidak di buli..polis tu cuma peminat tegar zamani je..ini juga satu penyakit masyarakat kita..cepat sgt judge tanpa dengar cerita kedua2 belah pihak..

    ReplyDelete