Saturday, February 28, 2015

Senyum


Saya senyum lepas jaga daripada tidur. Saya senyum sewaktu mengatur aktiviti yang nak buat setiap hari. Saya senyum apabila menyesal selepas melakukan dosa. Saya senyum apabila melihat ketidakadilan yang berlaku dalam sistem. Saya senyum apabila saya hilang fokus akibat terlalu banyak bersosial. Saya senyum apabila berhadapan dengan pendrama keliru yang jadi bengong dilanda dilema. Semuanya saya senyum. Apa lagi yang saya senyum?

Owh yea. Saya senyum apabila saya tidak khusyuk. Saya senyum apabila saya tidak dapat tidur. Saya senyum berada dalam persekitaran yang ada penakut bercakap belakang. Saya senyum apabila banyak juga duit yang saya belanja untuk beli macam-macam. Saya senyum apabila saya masih tiada akaun Instagram. Saya senyum apabila saya dah kurang membaca sekarang. Saya senyum apabila Internet sebenarnya banyak melekakan saya. Saya senyum apabila saya selalu pishang dan kekurangan inspirasi. Saya senyum sewaktu Madonna jatuh tersembam di BRIT Awards baru-baru ini. 


Saya senyum untuk mengumpul kembali emosi yang perlu bagi menjana kembali mood yang tepat, ke arah menstabilkan kembali keseimbangan dan kesederhaan. 



Monday, February 9, 2015

Grammy Award 2015 by me (SS)


Yang berikut adalah analisis keputusan berkaitan Grammy Awards yang ke-57:

Yang paling mengejutkan adalah kemenangan pada Beck untuk Album of The Year melalui album Morning Phase. Saya tak menjangkakan kemenangan ini sebab saya tak kenal pun dia. Sebab yang saya bagi tu adalah kurang logik tapi betullah kan, sapa yang nak bagi kemenangan pada orang yang tak ramai orang tahu? Tapi itulah Grammy, justifikasi kepada kemenangan ini terletak pada juri dengan motif yang mungkin untuk menaikkan jualan album Beck yang mungkin ada saluran dalam. Saya lebih suka kalau Ed Sheeran menang namun rezeki tidak berpihak pada beliau.

Persembahan yang paling saya nantikan adalah Living For Love oleh Madonna. Memang syok. Anda boleh tengok persembahan beliau Youtube.

Sam Smith menang besar, iaitu membolot 3 daripada 4 kategori utama; Best New Artist, Song of The Year dan Record of The Year melalui lagu Stay With Me. Kalau Album of The Year tidak dirampas oleh Beck, Sam Smith akan buat record namun kira okey lah tu kan untuk Sam Smith. 


Begitulah liputan saya untuk Grammy Award 2015. 



Madonna di red carpet


Taylor Swift sewaktu berada di pentas 


Gwen Stefani di red carpet


Katy Perry di red carpet


Miley Cyrus di red carpet


Taylor Swift di red carpet



I Can't Sleep


Hai.

Saya Syareman. Apa yang saya nak cerita sekarang adalah saya tak boleh nak tdo. Entah lah sebab apa, saya masih tak boleh tidur walaupun dah macam-macam posisi saya buat di atas katil. 

Mungkin disebabkan ada banyak benda yang menerjah ke kotak pemikiran. Saya fikir tentang status kewangan, musim midterm yang ada 3 test, assignments, hari penentuan DSAI pada hari Selasa nie, Grammy Awards sekejap lagi, koleksi Pokemon yang tak lengkap lagi, lama tak jumpa Prod Dr Hjh Mesky, nak balik Kedah tyme cuti raya cina, ramalan masa depan dan lain-lain permasalahan. 

Selepas itu saya sebenarnya sudah pun mengosongkan kotak pemikiran ini sewaktu di perbaringan namun dalam kekosongan itu saya masih tak boleh tdo. 

Jadi, saya sekarang nak ambik keputusan untuk study sampai lah esok pagi dan terus pergi kelas.

Itulah cerita saya sekarang nie ye. Saya masih ingat pesanan Dale Carnegie dalam How to Stop Worrying and Start Living; anda tidak akan mati kalau tak cukup tidur. Lepas kelas boleh la qado balik tidur. 






Thursday, February 5, 2015

"Fire your Indonesian Maid"


Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama hari ini meluahkan rasa marah beliau terhadap sebuah iklan produk membersih rumah di Malaysia yang dikatakan menghina pekerja rakyat Indonesia .

Sama ada Gabenor Jakarta itu sangat marah atau marah biasa-biasa sahaja, saya sebenarnya bersetuju dengan langkah "Fire your Indonesian Maid" ini. Dan bagi saya, langkah ini bukan untuk menghina bibik-bibik sedia ada yang sedang menetap di rumah majikan masing2 di Malaysia, namun untuk kepentingan kita juga.

Saya bukanlah anti-Indonesia. Malah sebenarnya, saya suka cara dan sikap orang Indonesia. Saya pernah kawan dan berkerja dengan orang Indonesia dan dia adalah baik. 

Pengalaman saya dengan bibik-bibik Indonesia sebelum ini, perasaan tidak selesa pasti ada sewaktu berada di bawah 'seliaan' mereka. Ada bibik yang berlagak mengalahkan tuan rumah. Ada yang banyak complaint. Ada yang lari daripada rumah. Mengikut nisbah pengalaman saya, Daripada 5 orang bibik yang saya kenal, kelima-limanya bermasalah. Maksudnya, mengikut nisbah dan statistik, pernyataan berkaitan bibik Indonesia bermasalah adalah satu pernyataan yang kuat. 

Baru-baru ini juga terpampang di berita tentang aduan oleh agensi pembantu rumah yang tidak suka dengan kenaikan kos untuk membawa bibik Indonesia ke Malaysia.

Alternatif kepada ketiadaan bibik Indonesia yang dipecat adalah merombak sistem pembantu rumah di Malaysia. Kita rombak lah sistem; iaitu dengan menggunakan wanita-wanita Malaysia yang telah pun diiktiraf sebagai antara yang tercantik di dunia. Apa kata kita guna sistem part time yang mana kita guna servis pembantu rumah tempatan mengikut jam. 

Sistem alternatif ini bukan sahaja menjimatkan kos kita malah dapat mengembangkan ekonomi domestik. Maka, "Fire your Indonesian Maid". :)





Sunday, February 1, 2015

Count your blessings, not your troubles


Terngiang-ngiang pesanan oleh Dale Carnegie dalam buku beliau How to Stop Worrying and Start Living: "Count your blessings, not your troubles!". Menyemat pesanan tersebut dalam hati, maka saya ingin senaraikan kira-kira saya tentang nikmat yang saya dapat hari ini. 

Saya dapat banyak shiny Pokemon. Lucario, Cofagrigus dan Vivillion. 

Ok. Itu adalah tentang Pokemon. Kisah selepas itu adalah saya keluar hang out dengan housemates. Kitorang menyewa kereta half day untuk keluar jalan2 ke bandar Melaka. 

Kami tengok wayang (Vila Nabilla), g shopping mall baru;The Shore, menyantap ice-cream pasu, g lepak kat pantai Klebang, cuci mata kat Jonker Walk dan mcm2 lagi lah.

Apa yang berlaku hari ini adalah penguat kepada komitmen saya bahawa saya akan terus count my blessings, not my troubles. :)