Thursday, February 5, 2015

"Fire your Indonesian Maid"


Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama hari ini meluahkan rasa marah beliau terhadap sebuah iklan produk membersih rumah di Malaysia yang dikatakan menghina pekerja rakyat Indonesia .

Sama ada Gabenor Jakarta itu sangat marah atau marah biasa-biasa sahaja, saya sebenarnya bersetuju dengan langkah "Fire your Indonesian Maid" ini. Dan bagi saya, langkah ini bukan untuk menghina bibik-bibik sedia ada yang sedang menetap di rumah majikan masing2 di Malaysia, namun untuk kepentingan kita juga.

Saya bukanlah anti-Indonesia. Malah sebenarnya, saya suka cara dan sikap orang Indonesia. Saya pernah kawan dan berkerja dengan orang Indonesia dan dia adalah baik. 

Pengalaman saya dengan bibik-bibik Indonesia sebelum ini, perasaan tidak selesa pasti ada sewaktu berada di bawah 'seliaan' mereka. Ada bibik yang berlagak mengalahkan tuan rumah. Ada yang banyak complaint. Ada yang lari daripada rumah. Mengikut nisbah pengalaman saya, Daripada 5 orang bibik yang saya kenal, kelima-limanya bermasalah. Maksudnya, mengikut nisbah dan statistik, pernyataan berkaitan bibik Indonesia bermasalah adalah satu pernyataan yang kuat. 

Baru-baru ini juga terpampang di berita tentang aduan oleh agensi pembantu rumah yang tidak suka dengan kenaikan kos untuk membawa bibik Indonesia ke Malaysia.

Alternatif kepada ketiadaan bibik Indonesia yang dipecat adalah merombak sistem pembantu rumah di Malaysia. Kita rombak lah sistem; iaitu dengan menggunakan wanita-wanita Malaysia yang telah pun diiktiraf sebagai antara yang tercantik di dunia. Apa kata kita guna sistem part time yang mana kita guna servis pembantu rumah tempatan mengikut jam. 

Sistem alternatif ini bukan sahaja menjimatkan kos kita malah dapat mengembangkan ekonomi domestik. Maka, "Fire your Indonesian Maid". :)





No comments:

Post a Comment