Monday, February 9, 2015

I Can't Sleep


Hai.

Saya Syareman. Apa yang saya nak cerita sekarang adalah saya tak boleh nak tdo. Entah lah sebab apa, saya masih tak boleh tidur walaupun dah macam-macam posisi saya buat di atas katil. 

Mungkin disebabkan ada banyak benda yang menerjah ke kotak pemikiran. Saya fikir tentang status kewangan, musim midterm yang ada 3 test, assignments, hari penentuan DSAI pada hari Selasa nie, Grammy Awards sekejap lagi, koleksi Pokemon yang tak lengkap lagi, lama tak jumpa Prod Dr Hjh Mesky, nak balik Kedah tyme cuti raya cina, ramalan masa depan dan lain-lain permasalahan. 

Selepas itu saya sebenarnya sudah pun mengosongkan kotak pemikiran ini sewaktu di perbaringan namun dalam kekosongan itu saya masih tak boleh tdo. 

Jadi, saya sekarang nak ambik keputusan untuk study sampai lah esok pagi dan terus pergi kelas.

Itulah cerita saya sekarang nie ye. Saya masih ingat pesanan Dale Carnegie dalam How to Stop Worrying and Start Living; anda tidak akan mati kalau tak cukup tidur. Lepas kelas boleh la qado balik tidur. 






No comments:

Post a Comment