Friday, March 20, 2015

Tips untuk orang Jiwa Kacau


Jika ada sesuatu yang tidak kena pada diri anda seperti selalu mimpi pelik2, tidur tak lena, makan tak kena, mandi tak basah, selalu fikir tentang masalah, susah nak buat keputusan, selalu dalam dilema, keliru, celaru, huru-hara, selalu menangis, tak tenteram, selalu rasa nak marah2 orang lain; maka anda adalah golongan orang yang Jiwa Kacau.

Jangan berada dalam sindrom penafian, terimalah anda kini telah termasuk dalam golongan Jiwa Kacau.

Saya nie amatlah tak suka tengok orang2 yang jiwa kacau terus berjiwa kacau. Saya cuba untuk tolong orang yang berjiwa kacau, maka saya di sini nak bagi sikit tips:

Check balik prinsip hidup anda.

Orang yang tak berprinsip atau tak konsisten dalam prinsip hidupnya sangat berisiko untuk menjadi orang Jiwa Kacau. Ketiadaan prinsip yang kukuh menyebabkan anda terikut-ikut perbuatan yang terumbang ambing seperti tak jaga masa, tak tepati janji, tak menyokong suara majoriti, cakap dan tikam belakang bila tak puas hati dan lain-lain. Jadilah orang yang ‘principle-centered’ sebab melalui prinsip lah anda akan terus jadi teguh untuk berfokus walaupun dilanda ribut masalah dan dugaan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ‘principle-centered’, sila baca buku 7 Habits of Highly Effective People tulisan Stephen R Covey. Saya cadangkan antara prinsip yang boleh diamalkan adalah ‘Do It with FUN’ atau ‘buat satu2 kerja dengan gembira’. Prinsip ini harus dipegang secara konsisten.



Check balik status spiritual anda.

Saya maksudkan sprititual adalah semangat anda untuk mendekatkan diri dengan perihal ketuhanan. Apakah penjiwaan anda tentang konsep ketuhanan? Adakah anda berdoa setiap hari? Adakah anda selalu menceritakan masalah anda kepada-Nya? Apakah bentuk kepercayaan anda kepada Tuhan; sebagai contoh adakah anda percaya bahawa Tuhan adalah satu-satunye sumber pertolongan mutlak bagi setiap permasalahan anda? Kayakan pemikiran anda dengan kepercayaan ketuhanan kerana ia adalah makanan kepada spiritual anda. Dan, setiap hari, berdoalah kepada-Nya bagi setiap permasalahan anda.



Tahap kesabaran anda?
Cuba ukur tahap kesabaran anda skrg. Kalau anda selalu memandang sesuatu dgn pandangan negatif, maka apa yang dikeluarkan daripada mulut anda pun adalah negatif. Asyik-asyik nak komplen. Asyik-asyik nak bersedih. Asyik-asyik nak berdrama. Asyik-asyik nak bikin kecoh. Ini semua menunjukkan anda sangat jauh daripada kesabaran. Paradigma untuk bersabar adalah terletak pada hati. Seperti mana ahli bina badan yang pergi ke gim untuk berlatih, samalah jugak dengan anda. Anda perlu BERLATIH untuk bersabar. Pantau sikap anda dalam menghadapi sesuatu dan bagi setiap situasi, jika anda rasa nak marah, nak jadi kelam-kabut, pegang diri anda, dan ingatkan diri bahawa anda sedang berlatih untuk bersabar. Lama-kelamaan, conditioning yang anda buat nie akan menyebabkan anda jadi salah seorang penyabar tegar.




Ok baiklah. Saya rasa mcm panjang lah pulak tips untuk orang Jiwa Kacau nie kan. Disebabkan saya tak nak anda penat membaca tulisan saya, maka eloklah saya berhenti di sini dahulu. Fikir-fikirlah tips di atas. Jumpa lagi. 

Wednesday, March 18, 2015

Lets have fun in what we do, why should u be so serious?


Dalam kita bertungkus lumus untuk melakukan satu2 kerja, kita lakukan dengan perasaan gembira. Mengapa perlu terlalu serius untuk menyiapkan kerja sampai kita rasa sangat stress?

Dengan melakukan kerja dengan rasa gembira, kita akan rasa puas apabila kerja itu dah siap. Berlainan dengan perasaan marah/terlalu serius apabila melakukan kerja, bukan sahaja kerja yang dibuat itu jadi tak tentu arah, malah walaupun kerja itu dah siap, perasaan marah itu tidak akan hilang. Tidak akan hilang sebab kerja yang kita buat itu tak berkualiti.

Baik cuba analisis sendiri kerja2 seharian anda. Sebagai contoh, ada tugasan/assignment yang untuk anda siapkan. Kalau anda ada rasa gembira untuk siapkan tugasan itu, anda akan lakukannya dengan berfokus dan konsisten. Anda akan siapkannya dengan kerja yang siap yang berkualiti. Ini adalah kerana anda lakukannya dengan gembira. Kalau anda lakukan dengan perasaan sedih, marah, terlalu serius, maka perasaan negatif itu akan terbawa2 dan akhirnya melekat pada tugasan anda. Nampaklah hasil kerja yang tak berkualiti. Perasaan negatif itu pun lama-kelamaan jadi makin teruk.
Saya tahu dalam hidup ini memang ada pelbagai cabaran dan dugaan yang membuatkan kita rasa mcm2 perasaan negatif. Tapi, cuba dan berusahalah untuk menjadi orang yang gembira sewaktu melakukan kerja.

Untuk post yang seterusnya saya akan bagi tips yang mana mungkin boleh anda ikut supaya menjadi lebih gembira sewaktu melakukan kerja. Post yang bertajuk Tips untuk orang Jiwa Kacau.


Terima kasih.


Thursday, March 5, 2015

3



Saya terpanggil untuk mengulas tentang 3 figura yang sedikit sebanyak menyumbang kepada pembentukan personaliti saya. Mereka adalah Rafael Nadal, Madonna dan Anwar Ibrahim. 
Rentetan dan putaran masa menyaksikan banyak perkara mencabar telah menimpa 3 individu besar ini. Bagi setiap peristiwa ini, adalah perlu untuk kita belajar dan membuat pemerhatian untuk meluaskan perspektif. 

Rafael Nadal

Melalui pelbagai rekod sewaktu di zaman kegemilangan beliau pada 2 tahun lepas, kini Rafael Nadal aka dengan panggilan Rafa kini terpaksa berpuas hati di tempat #4 kedudukan profesional. Momentum juara Rafa dikekang dek kerana pelbagai kecederaan; mungkin sebab Rafa terlalu gigih berlatih untuk terus menyarung gelaran Raja Tenis. Kini harapan masih ada untuk Rafa memandangkan kecederaan yang dialami menunjukkan penunjuk positif untuk pulih. Bersedialah kau, Novak Djokovic!

Ya, Novak Djokovic adalah Raja Tenis terbaru, namun apalah pencapaian Novak jika dibandingkan dengan Rafa yang telah pun melengkapkan kejuaraan dalam semua 4 Grand Slam utama dan pingat emas Olimpik. Rafa juga telah dilamar Giorgio Armani untuk menjadi model seluar dalam dan juga Shakira dalam video klip Gypsy. Novak ado ke? 




Madonna

Madonna kini tampil bukan sahaja untuk menyuap kita dengan musik terbaru beliau tetapi untuk mengajak kita berfikir dengan lebih mendalam ttg pelbagai isu dari kebebasan bersuara, hak asasi hinggalah ageism. Paling mencabar buat Madonna semestinya kes kebocoran album terbaru beliau iaitu Rebel Heart di internet oleh hackers yang dengki dengan hakikat bahawa Madonna masih "The Hottest Music Bitches" walaupun umur sudah 50 lebih dan seorang ibu anak empat. Melalui beberapa siri persembahan termasuk di Grammy dan BRIT Awards, serta slot tv di The Ellen Degeneress Show, harapan juga masih ada pada Madonna untuk terus mencorak industri music dengan penuh sukses melalui Rebel Heart.


Ya, memang banyak puteri-puteri pop yang lahir yang lebih popular seperti Ariana Grande, Rihanna, Katy Perry, Miley Cyrus dan lain-lain, pencapaian mereka tidak akan tercapai seperti Madonna yang telah pun mempunyai rekod 300 juta jualan album seluruh dunia. Dan, konsert jelajah beliau - Confessions Tour, Sticky & Sweet Tour dan MDNA Tour semuanya menerjah carta konsert jelajah terlaris seluruh dunia. 




Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim adalah individu penting buat Malaysia. Mengapa? Ini adalah kerana tanpa beliau, maka akan terbiar sepi lah isu-isu pokok kenegaraan seperti hak asasi, keadilan dalam sistem, tata kelola kerajaan. Kata lah dan tuduh lah Anwar apa sahaja - peliwat, gila seks, pengacau; Anwar terus diingati sebagai sosok pemimpin Pakatan Rakyat yang berjaya meraih undi majoriti rakyat terbanyak. Pemenjaraan terbaru beliau di Sungai Buloh membangkitkan kemarahan rakyat dan sebenarnya memberi kemenangan kepada PR? Semua ini akan terjawab sewaktu PRU ke-14. 

Ya, Mahathir dan Najib lebih daripada segi kuantiti followers di Facebook, dan juga telah menjadi Perdana Menteri berbanding Anwar yang hanya Timbalan Perdana Menteri sewaktu dalam kerajaan. Namun sebagai Ketua Pembangkang, rekod beliau lebih cemerlang; kredibiliti dan keberkesanan beliau jelas lebih menyerlah apabila Pakatan Rakyat kini menawan kukuh negeri terkaya Selangor (termasuk KL). PR juga adalah saluran kepada kelahiran pemimpin muda seperti Nurul Izzah, Rafizi Ramli, N Surendran dan Lateefa Koya yang banyak membuka minda masyarakat mengenai masalah korupsi. 




Ketiga-tiganya adalah pejuang. Mereka tidak pernah putus asa untuk terus menongkah rintangan sebab harapan sentiasa ada. Itulah prinsip pejuang yang perlu kita ikut.