Thursday, March 5, 2015

3



Saya terpanggil untuk mengulas tentang 3 figura yang sedikit sebanyak menyumbang kepada pembentukan personaliti saya. Mereka adalah Rafael Nadal, Madonna dan Anwar Ibrahim. 
Rentetan dan putaran masa menyaksikan banyak perkara mencabar telah menimpa 3 individu besar ini. Bagi setiap peristiwa ini, adalah perlu untuk kita belajar dan membuat pemerhatian untuk meluaskan perspektif. 

Rafael Nadal

Melalui pelbagai rekod sewaktu di zaman kegemilangan beliau pada 2 tahun lepas, kini Rafael Nadal aka dengan panggilan Rafa kini terpaksa berpuas hati di tempat #4 kedudukan profesional. Momentum juara Rafa dikekang dek kerana pelbagai kecederaan; mungkin sebab Rafa terlalu gigih berlatih untuk terus menyarung gelaran Raja Tenis. Kini harapan masih ada untuk Rafa memandangkan kecederaan yang dialami menunjukkan penunjuk positif untuk pulih. Bersedialah kau, Novak Djokovic!

Ya, Novak Djokovic adalah Raja Tenis terbaru, namun apalah pencapaian Novak jika dibandingkan dengan Rafa yang telah pun melengkapkan kejuaraan dalam semua 4 Grand Slam utama dan pingat emas Olimpik. Rafa juga telah dilamar Giorgio Armani untuk menjadi model seluar dalam dan juga Shakira dalam video klip Gypsy. Novak ado ke? 




Madonna

Madonna kini tampil bukan sahaja untuk menyuap kita dengan musik terbaru beliau tetapi untuk mengajak kita berfikir dengan lebih mendalam ttg pelbagai isu dari kebebasan bersuara, hak asasi hinggalah ageism. Paling mencabar buat Madonna semestinya kes kebocoran album terbaru beliau iaitu Rebel Heart di internet oleh hackers yang dengki dengan hakikat bahawa Madonna masih "The Hottest Music Bitches" walaupun umur sudah 50 lebih dan seorang ibu anak empat. Melalui beberapa siri persembahan termasuk di Grammy dan BRIT Awards, serta slot tv di The Ellen Degeneress Show, harapan juga masih ada pada Madonna untuk terus mencorak industri music dengan penuh sukses melalui Rebel Heart.


Ya, memang banyak puteri-puteri pop yang lahir yang lebih popular seperti Ariana Grande, Rihanna, Katy Perry, Miley Cyrus dan lain-lain, pencapaian mereka tidak akan tercapai seperti Madonna yang telah pun mempunyai rekod 300 juta jualan album seluruh dunia. Dan, konsert jelajah beliau - Confessions Tour, Sticky & Sweet Tour dan MDNA Tour semuanya menerjah carta konsert jelajah terlaris seluruh dunia. 




Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim adalah individu penting buat Malaysia. Mengapa? Ini adalah kerana tanpa beliau, maka akan terbiar sepi lah isu-isu pokok kenegaraan seperti hak asasi, keadilan dalam sistem, tata kelola kerajaan. Kata lah dan tuduh lah Anwar apa sahaja - peliwat, gila seks, pengacau; Anwar terus diingati sebagai sosok pemimpin Pakatan Rakyat yang berjaya meraih undi majoriti rakyat terbanyak. Pemenjaraan terbaru beliau di Sungai Buloh membangkitkan kemarahan rakyat dan sebenarnya memberi kemenangan kepada PR? Semua ini akan terjawab sewaktu PRU ke-14. 

Ya, Mahathir dan Najib lebih daripada segi kuantiti followers di Facebook, dan juga telah menjadi Perdana Menteri berbanding Anwar yang hanya Timbalan Perdana Menteri sewaktu dalam kerajaan. Namun sebagai Ketua Pembangkang, rekod beliau lebih cemerlang; kredibiliti dan keberkesanan beliau jelas lebih menyerlah apabila Pakatan Rakyat kini menawan kukuh negeri terkaya Selangor (termasuk KL). PR juga adalah saluran kepada kelahiran pemimpin muda seperti Nurul Izzah, Rafizi Ramli, N Surendran dan Lateefa Koya yang banyak membuka minda masyarakat mengenai masalah korupsi. 




Ketiga-tiganya adalah pejuang. Mereka tidak pernah putus asa untuk terus menongkah rintangan sebab harapan sentiasa ada. Itulah prinsip pejuang yang perlu kita ikut. 

No comments:

Post a Comment