Friday, March 20, 2015

Tips untuk orang Jiwa Kacau


Jika ada sesuatu yang tidak kena pada diri anda seperti selalu mimpi pelik2, tidur tak lena, makan tak kena, mandi tak basah, selalu fikir tentang masalah, susah nak buat keputusan, selalu dalam dilema, keliru, celaru, huru-hara, selalu menangis, tak tenteram, selalu rasa nak marah2 orang lain; maka anda adalah golongan orang yang Jiwa Kacau.

Jangan berada dalam sindrom penafian, terimalah anda kini telah termasuk dalam golongan Jiwa Kacau.

Saya nie amatlah tak suka tengok orang2 yang jiwa kacau terus berjiwa kacau. Saya cuba untuk tolong orang yang berjiwa kacau, maka saya di sini nak bagi sikit tips:

Check balik prinsip hidup anda.

Orang yang tak berprinsip atau tak konsisten dalam prinsip hidupnya sangat berisiko untuk menjadi orang Jiwa Kacau. Ketiadaan prinsip yang kukuh menyebabkan anda terikut-ikut perbuatan yang terumbang ambing seperti tak jaga masa, tak tepati janji, tak menyokong suara majoriti, cakap dan tikam belakang bila tak puas hati dan lain-lain. Jadilah orang yang ‘principle-centered’ sebab melalui prinsip lah anda akan terus jadi teguh untuk berfokus walaupun dilanda ribut masalah dan dugaan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ‘principle-centered’, sila baca buku 7 Habits of Highly Effective People tulisan Stephen R Covey. Saya cadangkan antara prinsip yang boleh diamalkan adalah ‘Do It with FUN’ atau ‘buat satu2 kerja dengan gembira’. Prinsip ini harus dipegang secara konsisten.



Check balik status spiritual anda.

Saya maksudkan sprititual adalah semangat anda untuk mendekatkan diri dengan perihal ketuhanan. Apakah penjiwaan anda tentang konsep ketuhanan? Adakah anda berdoa setiap hari? Adakah anda selalu menceritakan masalah anda kepada-Nya? Apakah bentuk kepercayaan anda kepada Tuhan; sebagai contoh adakah anda percaya bahawa Tuhan adalah satu-satunye sumber pertolongan mutlak bagi setiap permasalahan anda? Kayakan pemikiran anda dengan kepercayaan ketuhanan kerana ia adalah makanan kepada spiritual anda. Dan, setiap hari, berdoalah kepada-Nya bagi setiap permasalahan anda.



Tahap kesabaran anda?
Cuba ukur tahap kesabaran anda skrg. Kalau anda selalu memandang sesuatu dgn pandangan negatif, maka apa yang dikeluarkan daripada mulut anda pun adalah negatif. Asyik-asyik nak komplen. Asyik-asyik nak bersedih. Asyik-asyik nak berdrama. Asyik-asyik nak bikin kecoh. Ini semua menunjukkan anda sangat jauh daripada kesabaran. Paradigma untuk bersabar adalah terletak pada hati. Seperti mana ahli bina badan yang pergi ke gim untuk berlatih, samalah jugak dengan anda. Anda perlu BERLATIH untuk bersabar. Pantau sikap anda dalam menghadapi sesuatu dan bagi setiap situasi, jika anda rasa nak marah, nak jadi kelam-kabut, pegang diri anda, dan ingatkan diri bahawa anda sedang berlatih untuk bersabar. Lama-kelamaan, conditioning yang anda buat nie akan menyebabkan anda jadi salah seorang penyabar tegar.




Ok baiklah. Saya rasa mcm panjang lah pulak tips untuk orang Jiwa Kacau nie kan. Disebabkan saya tak nak anda penat membaca tulisan saya, maka eloklah saya berhenti di sini dahulu. Fikir-fikirlah tips di atas. Jumpa lagi. 

No comments:

Post a Comment