Wednesday, April 29, 2015

Catatan sewaktu Cuti 2



Ini adalah part II cerita saya berkaitan cuti kali ini yang mana saya akan luangkan banyak di Kedah.

Apa yang saya akan lakukan?

Semestinya saya akan membuat perancangan tentang semester akan datang, iaitu semester terakhir saya di Lendu. Saya adalah salah seorang committee untuk event terakhir kami di Lendu, iaitu tentang Melayu. Saya ditugaskan sebagai penulis bagi Yearbook bagi batch kami. Selain itu, subjek2 untuk sem terakhir ini boleh tahan jugak. Makanya, semuanya perlu dirancang dengan baik supaya output bagi projek sem depan adalah baik dan berkualiti.

Melatih diri untuk menjaga solat adalah satu perkara yang perlu saya titik beratkan. Saya tahu saya adalah pendosa tegar, maka solat lah sebagai pengimbangnya. Setiap titik dosa yang kita lakukan perlu dineutralkan dengan pahala. Dan solat itu besar pahalanya jika dilakukan dengan khusyuk dan ikhlas.

Saya nak buat sesi fotografi di sawah padi sebab berdasarkan pemerhatian saya pada pic2 orang yang gila selfie di sawah2, gambar mereka memang cantik. Maka saya tidak mahu ketinggalan, saya nak jugak mempunyai gambar menarik di sawah padi. Lagipun dah alang-alang saya ada di Kedah yang sana-sini ada sawah padi, maka ini adalah satu kesempatan yang baik.

Menonton movie: Saya download banyak sangat movie sewaktu saya singgah di rumah auntie saya di Setia Alam sebelum datang ke Kedah. The Babadook, Birdman, A Most Violent Year, Interstellar, Jupiter Ascending, Nightcrawler dan banyak lagi.

Hayati music: Owh yea, saya pun ada download beberapa music album baru iaitu Trouble in Paradise-La Roux, If Youre Reading This Its Too Late-Drake dan Nick Jonas-Nick Jonas.





Blogging. Sebelum ini saya rasa seperti kekurangan inspirasi untuk menulis. Saya hilang mood, mungkin sebab saya dilanda kesibukan luar biasa sewaktu menjalani semester yang sebelum ini. Walaubagaimanapun, saya kini semakin stabil dan mood menulis semakin kembali. Maka, nanti kanlah post2 blog yang mungkin menarik daripada saya yea. 

Sebenarnya ada banyak lagi benda yang saya nak buat sewaktu cuti namun tak perlulah saya nak senaraikan semuanya di sini. Apa yang tertulis di atas adalah perkara utama yang sana nak buat sepanjang cuti.

Perancangan ini adalah penting bagi mengelakkan kita hilang arah. Apabila minda hilang arah, maka mulalah macam-macam benda lagho yang dia nak fikir dan ransang body untuk buat. Konklusinya, mari kita merancang bagi tiap-tiap sesuatu sebagai pengisian masa yang bermanfaat.




Catatan sewaktu Cuti


Cuti kali ini saya ambil keputusan untuk tidak berkerja dan hanya meluangkan masa yang terluang di rumah, di Kedah. Saya dah penat berkerja part-time di KFC, Hong Kong Roast dan KLIA2. Cukup2 lah saya nak hadap bos2 seperti Sir Tana, Puan Aina dan Ron.  Apa yang saya mahu lakukan adalah mengambil kesempatan yang ada untuk memikirkan tentang beberapa perkara. Bukan sahaja fikir, tetapi nak buat beberapa perkara.

Semalam saya ada buat perancangan kewangan. Saya memang risau dengan status kewangan saya. Yer lah, kita perlukan duit untuk hidup. Saya tidak mahu lagi boros dan ikut kehendak hati sewaktu berbelanja. Banyak juga benda yang saya korbankan termasuklah Gaming PC, The Sims 4, Topman, H&M dan juga lain-lain. Kalau ikutkan hati, memang dah lama saya beli boots Topman, suit H&M dan bag Zara. Tapi, duit lebih diperlukan ke arah memberdaya momentum saya sebagai pelajar berjaya.

Benda yang seterusnya saya fikir adalah tentang sejauh mana saya nak belajar. Saya akan menghabiskan pengajian pada bulan November tahun ini. Mengambil inspirasi daripada sepupu saya yang mempunyai PhD pada umur 30 dan berkerja sebagai pensyarah di USIM dengan gaji RM7000, saya berniat untuk meneruskan pengajian sampai saya PhD. Bolehkah saya bertahan?

Kawan-kawan menjadi perhatian saya. Tanpa mereka saya tidak dapat mengharungi semester saya di UiTM dengan pelbagai pengisian yang sepatutnya. Namun, berlaku beberapa ‘penyusunan semula’. Saya harap walaupun kita berlainan group namun masih kekal kawan seperti biasa.


Apa yang saya nak buat pada cuti kali nie? Hurm.. saya akan sambungkan ke part II ok? :D


Kisah minggu lepas yg saya nak cerita sekarang


Minggu lepas, saya menyambut hari lahir saya dengan pelbagai aktiviti yang dimuatkan dalam satu pakej komprehensif dirancang oleh seseorang.

Apa yang saya buat dalam pakej komprehensif itu?

Pertama, saya berjalan-jalan ke Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade untuk ambil angin terakhir di situ sebelum memulakan cuti semester di Kedah nanti. Di Dataran Pahlawan, kami sempat menonton movie Furious 7 (hehe baru nak tonton). Movie tu mmg best.

Kedua, saya dibelanja satu kek butterscotch almond cheesecake yang saya tak dapat habiskan sebab dah penuh perut. Bergelojak perut saya dengan krim dan cheese. Mual dan sedap. Itu yang kita mahukan dalam setiap cheesecake yang kita masukkan dalam mulut dan perut.

Ketiga, yang paling penting dan memorable saya rasakan, iaitu trip kami ke Ayer Keroh. Di Ayer Keroh, kami melepakkan diri di Windmill Station, restoran yang juadahnya boleh tahan sedapnnya. Ok maaf bukan boleh tahan, tapi memang sedap dan lazat juadahnya. Saya makan chicken chop dengan strawberry milkshake. Nyum2. Di Ayer Keroh, saya teringat kembali memori lama yang menjengah sewaktu zaman2 muda remaja baru nak up. Haha.

Keempat, penting juga dan kena dengan hobi saya, iaitu saya dapat satu buku bestseller di mph, berjudul Diagnosis2. Buku ini mengisahkan tentang kisah-kisah yang ditulis oleh para doktor perubatan berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Kisah-kisah ini memotivasi dan menginsafkan.

Kelima, berbalik kepada Ayer Keroh tadi, kami pergi solat Maghrib di Masjid Al-Alami di situ. Selepas itu, kami pergi main boling di MITC International Bowling Centre. Wow, harga untuk student RM3.50 sahaja per game. Tapi tyme itu adalah weekend jadi kami guna harga normal. Saya agak kekok melontar bola boling sebenarnya namun permainan berlangsung dengan agak baik tanpa apa-apa kejadian tidak diingini.

Saya mengucapkan terima kasih kepada perancang pakej komprehensif ini sebab pakej ini memang impresif. Saya hargainya dan saya menanti bulan Jun untuk datang menampakkan dirinya. :P

Eh jap jap. Ada moral yang saya nak kongsi daripada kisah saya ini. Apa yang saya cuba sampaikan adalah, apabila kita menyambut hari lahir kita, sambutlah dengan bermanfaat. Syukuri umur anda yang bertambah setiap tahun. Dan juga beringatlah bahawa umur adalah tidak lebih daripada number.

Bersyukur kepada hakikat yang anda masih hidup dengan nikmat berbanding orang yang tidak bernasib baik; hidup dalam keadaan serba kekurangan dan juga yang meninggal dunia dalam keadaan pengakhiran yang tidak berapa baik.


Alhamdulillah. 





Thursday, April 23, 2015

Sem 5: Pencerahan kepada siapa adalah siapa


Auntie : Syiman dah yang sem ke bpe?

Syiman : Nak sem last dah.

Auntie : Wah, cepat kan dah nak habis. Rasa mcm mula-mula masuk sem 1.


Indeed, auntie. Putaran masa memang pantas. Saya sangat-sangat bersyukur sebab dalam ramai-ramai orang yang tidak boleh meneruskan rentak di Lendu, saya masih ada di sini untuk menghabiskan baki sem terakhir yang bermula pada awal bulan Jun. 

Sem 5 adalah sem pencerahan. Pencerahan kepada personaliti sebenar siapa adalah siapa. Masing-masing menunjukkan perangai masing2 dengan lebih jelas tanpa segan silu.

Semester ini saya belajar banyak subjek yang menarik dan berprojek dengan ramai yang best. Broadcasting, Event Management, Communication Research, Entrepreneurship dan Advertising.

Yang berikut adalah gambar yang menggambarkan projek saya sepanjang sem ini:








Memang meriah. Lebih menarik saya rasakan adalah pada semester depan sebab semester depan adalah pengakhiran bagi semua 6 sem. Lebih banyak projek yang menuntut kepada konsistensi dan kestabilan emosi. Saya menanti Sem 6 membuka tirai supaya saya dapatkan corakkan dengan sabar dan kreatif. 



Tuesday, April 21, 2015

26th


26 tahun yang saya lalui adalah satu pencerahan kepada satu kesyukuran: betapa saya saya beruntung untuk masih hidup dan survive.

Ada yang telah kembali di usia yang masih muda. Ada yang meninggalkan dunia akibat penyakit yang menyakitkan. Ada yang mati di jalan raya dengan situasi mengerikan. Ada yang dibunuh oleh jentera kegananasan seperti IS.

Marilah kita bersyukur bagi setiap tahap usia kita, dan beringat bahawa Allah tidak sesekali memberikan kehidupan kepada kita dengan sia-sia. Maksudnya, kita mempunyai tujuan yang perlu dilunaskan sewaktu kita masih hidup.


Selamat hari jadi kepada semua yang bakal menyambut hari lahir masing-masing pada tahun ini. 


Friday, April 17, 2015

Polo T-shirt


Sebelum ini saya pernah memberitahu minat saya pada Chicken Wings dan Skinny Jeans.

Kali nie, saya nak kongsi satu lagi minat saya, iaitu Polo T-Shirt. 

Saya suka pakai Polo T-Shirt dengan shorts ataupun skinny jeans. Dipadankan dengan sneakers Converse.

Polo T-shirt daripada H&M:




Saya tgh tunggu Topman kuarkan siri Polo T-shirt yang terbaru. Sebelum nie saya terlepas siri Polo T-Shirt Aztec. Kalau ade siri yang cantik lagi daripada Topman, saya akan pastikan yang saya tak akan terlepas lagi. Nie adalah Topman Polo T-shirt:




Satu lagi perkongsian daripada saya. Polo t-shirt. :)



Friday, April 3, 2015

Najib kena lah Jawab


Saya agak terkejut sebab Tun M kini bersuara sama persis pembangkang. Bukan sikit-sikit, tetapi sebijik. Apa yang dibawa oleh saudara Rafizi Ramli kini disaing oleh Tun M. 


Siapa bunuh Altantuya?
Apa jadi dengan 1MDB?
Sebab apa beli jet dengan kos mewah?

Apa sumber kekayaan PM?

Semua soalan2 di atas disahkan oleh Tun M sebagai soalan yang berasas (walaupun sejak awal lagi memang berasas sejak dipersoal oleh pembangkang dan Rafizi Ramli). 

Mahu tidak mahu, Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri yang berjiwa rakyat yang sangat prihatin dengan permasalahan rakyat, harus menjawab secara komprehensif, bukan sekadar dengan menepis dengan jawapan "merepek", "karut", "tipu", "fitnah" dan sebagainya. 



Thursday, April 2, 2015

Kita hidup bukan untuk popular



Ada orang yang sanggup buat apa saja untuk jadi popular. Ada yang sanggup berhabis duit untuk ikut trend yang popular. Ada yang sanggup cetus drama untuk menarik perhatian. Ada yang sanggup tikam belakang orang lain untuk menjadi lebih popular. Ada yang nak sangat jadi popular sampai mengabaikan objektif hidup yang lain. 

Tidak semua yang boleh berhadapan dengan populariti. Menjadi seorang yang popular memerlukan persediaan ke arah keseimbangan elemen yang lain. 

Disebabkan cabaran ini lah maka Zayn Malik tidak boleh lagi untuk berhadapan dengan tekanan sebagai orang yang popular. Zayn mengumumkan yang beliau keluar daripada One Direction akibat stress yang dihadapi sepanjang berada dalam boy band itu.


Tengok, mata kita melihat bahawa Zayn adalah seorang yang sangat bertuah - popular, kacak, kaya, suara sedap dan lain2, tetapi seksanya untuk menjadi popular itu siapa yang tahu? Akhirnya kita tahu juga daripada pengumuman oleh Zayn ini.

Justeru, boleh lah kita rasionalkan di sini bahawa dalam kehidupan, tak perlulah kita nak kejar populariti, publisiti dan perhatian. Jika harga kepada populariti dan perhatian adalah melalui pengorbanan spiritual dan mental yang aman, maka lupakan lah matlamat untuk menjadi popular. 

Popular bukan untuk dikejar, sebaliknya akan datang sendiri apabila kerja kita adalah hasil daripada keseimbangan elemen yang lain - mental, emotional, fizikal dan spiritual.