Wednesday, April 29, 2015

Kisah minggu lepas yg saya nak cerita sekarang


Minggu lepas, saya menyambut hari lahir saya dengan pelbagai aktiviti yang dimuatkan dalam satu pakej komprehensif dirancang oleh seseorang.

Apa yang saya buat dalam pakej komprehensif itu?

Pertama, saya berjalan-jalan ke Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade untuk ambil angin terakhir di situ sebelum memulakan cuti semester di Kedah nanti. Di Dataran Pahlawan, kami sempat menonton movie Furious 7 (hehe baru nak tonton). Movie tu mmg best.

Kedua, saya dibelanja satu kek butterscotch almond cheesecake yang saya tak dapat habiskan sebab dah penuh perut. Bergelojak perut saya dengan krim dan cheese. Mual dan sedap. Itu yang kita mahukan dalam setiap cheesecake yang kita masukkan dalam mulut dan perut.

Ketiga, yang paling penting dan memorable saya rasakan, iaitu trip kami ke Ayer Keroh. Di Ayer Keroh, kami melepakkan diri di Windmill Station, restoran yang juadahnya boleh tahan sedapnnya. Ok maaf bukan boleh tahan, tapi memang sedap dan lazat juadahnya. Saya makan chicken chop dengan strawberry milkshake. Nyum2. Di Ayer Keroh, saya teringat kembali memori lama yang menjengah sewaktu zaman2 muda remaja baru nak up. Haha.

Keempat, penting juga dan kena dengan hobi saya, iaitu saya dapat satu buku bestseller di mph, berjudul Diagnosis2. Buku ini mengisahkan tentang kisah-kisah yang ditulis oleh para doktor perubatan berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Kisah-kisah ini memotivasi dan menginsafkan.

Kelima, berbalik kepada Ayer Keroh tadi, kami pergi solat Maghrib di Masjid Al-Alami di situ. Selepas itu, kami pergi main boling di MITC International Bowling Centre. Wow, harga untuk student RM3.50 sahaja per game. Tapi tyme itu adalah weekend jadi kami guna harga normal. Saya agak kekok melontar bola boling sebenarnya namun permainan berlangsung dengan agak baik tanpa apa-apa kejadian tidak diingini.

Saya mengucapkan terima kasih kepada perancang pakej komprehensif ini sebab pakej ini memang impresif. Saya hargainya dan saya menanti bulan Jun untuk datang menampakkan dirinya. :P

Eh jap jap. Ada moral yang saya nak kongsi daripada kisah saya ini. Apa yang saya cuba sampaikan adalah, apabila kita menyambut hari lahir kita, sambutlah dengan bermanfaat. Syukuri umur anda yang bertambah setiap tahun. Dan juga beringatlah bahawa umur adalah tidak lebih daripada number.

Bersyukur kepada hakikat yang anda masih hidup dengan nikmat berbanding orang yang tidak bernasib baik; hidup dalam keadaan serba kekurangan dan juga yang meninggal dunia dalam keadaan pengakhiran yang tidak berapa baik.


Alhamdulillah. 





No comments:

Post a Comment