Thursday, April 2, 2015

Kita hidup bukan untuk popular



Ada orang yang sanggup buat apa saja untuk jadi popular. Ada yang sanggup berhabis duit untuk ikut trend yang popular. Ada yang sanggup cetus drama untuk menarik perhatian. Ada yang sanggup tikam belakang orang lain untuk menjadi lebih popular. Ada yang nak sangat jadi popular sampai mengabaikan objektif hidup yang lain. 

Tidak semua yang boleh berhadapan dengan populariti. Menjadi seorang yang popular memerlukan persediaan ke arah keseimbangan elemen yang lain. 

Disebabkan cabaran ini lah maka Zayn Malik tidak boleh lagi untuk berhadapan dengan tekanan sebagai orang yang popular. Zayn mengumumkan yang beliau keluar daripada One Direction akibat stress yang dihadapi sepanjang berada dalam boy band itu.


Tengok, mata kita melihat bahawa Zayn adalah seorang yang sangat bertuah - popular, kacak, kaya, suara sedap dan lain2, tetapi seksanya untuk menjadi popular itu siapa yang tahu? Akhirnya kita tahu juga daripada pengumuman oleh Zayn ini.

Justeru, boleh lah kita rasionalkan di sini bahawa dalam kehidupan, tak perlulah kita nak kejar populariti, publisiti dan perhatian. Jika harga kepada populariti dan perhatian adalah melalui pengorbanan spiritual dan mental yang aman, maka lupakan lah matlamat untuk menjadi popular. 

Popular bukan untuk dikejar, sebaliknya akan datang sendiri apabila kerja kita adalah hasil daripada keseimbangan elemen yang lain - mental, emotional, fizikal dan spiritual. 






No comments:

Post a Comment