Thursday, May 28, 2015

Loser? No!



Anda bukan loser seperti mana yang anda sangkakan.

Anda berasa demikian sebab anda bandingkan diri anda dengan orang lain. Justeru, berhenti bandingkan diri anda dengan orang lain. Ada beberapa sebab mengapa anda perlu berhenti:

Anda fikir yang masalah anda lebih besar berbanding orang lain. Anda tengok orang lain happy tetapi anda tidak. Anda lihat orang lain seolah-olah seperti tiada masalah, sedangkan anda ada 1001 masalah untuk diselesaikan. Ironinya, semua daripada kita ada masalah yang tersendiri. Rosmah walaupun kaya raya dan ada kuasa, tetapi kena kutuk tiap-tiap hari tanpa henti. Kawan baik anda yang kacak, walaupun kacak tetapi mereka tidak immune daripada masalah dlm plbgai bentuk- kewangan, sosial, self-esteem, self-confidence, self-worth, dll.

Ada orang yang kutuk anda, menyebabkan anda sakit hati. Kutukan mereka tidak mencerminkan kebenaran. Mereka mengutuk bermatlamat untuk bagi anda sakit hati, bukan untuk menegakkan kebenaran. Maka, janganlah serius sangat mendengar kutukan mereka sebaliknya kutuk balik diorang yang tak sedar diri tu. Ingat diorang tu perfect sangat?

Kalau anda rasa kehidupan anda teruk, ada yang lagi teruk daripada anda. Pelarian Rohingya, orang kebulur di Afrika, orang gila, dll. Malah kalau anda nak pandang sangat kehidupan orang lain yang baik, masih belum tentu kehidupan mereka pada masa depan akan terus baik. Boleh jadi yang kaya akan muflis, yang kacak akan hodoh, yang bahagia akan merana. Bersyukur lah dengan kehidupan anda, hargai apa dan siapa yang anda ada sekarang.

Gagal? Sekali gagal tidak membuatkan anda jadi seorang loser. Malah beribu kali gagal tak bermaksud anda loser. Thomas Edison beribu kali gagal buat mentol pun terus mencuba sampai berjaya. Gagal hanyalah persepsi. Kalau anda tidak putus asa dan terus mencuba, anda tidak akan pernah gagal.

Menggangap anda sebagai seorang loser hanya merugikan diri sendiri, sedangkan orang lain sedang berlumba-lumba untuk menambahbaik kehidupan masing2. Kita semua stress dengan kehidupan. Kita semua ada masalah. Kita semua ada isu dengan diri sendiri. Jangan rasa anda tu teruk sangat, kita semua adalah sama.


Yang membezakan adalah usaha kita, dan bagaimana kita menghargai apa dan siapa yang kita ada sekarang. 


Thursday, May 14, 2015

Top 5 : Women 2015



 5. Miranda Kerr

Miranda Kerr masih cantik seperti biasa, seperti sewaktu menjadi Angels. Perpisahan dengan Orlando Bloom tidak memperlahankan langkah cemerlang Kerr dalam dunia permodelan dan business. Memiliki brand sendiri iaitu KORA Organics. Menggantikan Gisele Bundchen sebagai wajah H&M yang baru.



4. Madonna

Tahun 2015 adalah sangat mencabar buat Madonna. Seperti biasa, Madonna terus dicurah hujan kontroversi. Disebabkan beberapa faktor seperti album leak oleh hacker Israel, album terkini Madonna iaitu Rebel Heart tidak sukses seperti album yang terdahulu. Walaubagaimanapun, Rebel Heart Tour mendapat demand tinggi, menunjukkan masih ramai peminat yang mahu melihat Madonna beraksi di pentas live. Rebel Heart Tour akan bermula pada Ogos ini. Di usia 56, Madonna dilihat masih bergetah dan ligat beraksi untuk meneruskan kelangsungan legasi pop beliau.




3. Nurul Izzah

Nurul Izzah gempar di media antarabangsa mahupun lokal apabila beliau ditangkap dan ditahan semalaman di pusat tahanan polis gara-gara disiasat untuk kes hasutan. Semoga peristiwa itu mematangkang Nurul Izzah dalam karier politik beliau. Nurul Izzah adalah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat. Berdasarkan perwatakan dan style tersendiri beliau (gaya bertudung dan gaya berbaju kurung/berkebaya), boleh lah dikatakan Nurul Izzah adalah ahli politik wanita Malaysia yang tercantik. Lebih mencantikkan lagi penampilan beliau adalah gaya berdebat beliau di Parlimen yang sangat berkarisma; mewarisi daripada bapa beliau. Cuba tengok gaya Nurul Izzah berdebat dengan Azalina di Parlimen (boleh tgk di Youtube).



2. Taylor Swift

Diakui memang Taylor Swift secara protokolnya (mengikut jualan album dan hits) adalah Queen of Pop yang terbaru. Transformasi genre daripada country kepada pop adalah satu tindakan yang bijak, namun sejauh mana Taylor Swift boleh membawa para peminatnya kepada kelangsungan inspirasi? Faktor usia muda Taylor Swift adalah antara penyumbang kepada kejayaan beliau buat masa kini. Tahniah.



1. Scarlett Johansson


Beliau adalah Black Widow yang kita semua suka. Justeru tak perlu lah rasanya untuk saya explain lebih2; Scarlett Johansson sememangnya layak untuk dinobat #1 untuk kali ini. J





Saturday, May 9, 2015

Syiman’s Review: It Follows, Babadook, Avengers 2



It Follows is da future of horror films. Same goes to The Babadook. Sebab apa saya cakap mcm tu? Mari saya rangkumkan kepada beberapa perkara:

1) Cinematography yg sangat cantik dan kemas.
2) Keberkesanan lakonan.
3) Penataan music yang ideal untuk bikin suspens dan misteri.
4) Bukan cliché seperti horror films yang lain.
5) Berfokus lebih kepada idea tanpa mengetepikan mood seram.

Untuk kedua-dua filem ini, saya bagi 4 bintang daripada 5 bintang.
Markah di Rotten Tomatoes: The Babadook 98%, It Follows 96%.







Menyelit di bawah review kali ini adalah filem Avengers 2: Age of Ultron yg saya tengok 2 minggu lepas:

Avengers kali ini lebih banyak karakter. Apa yang paling saya kagum ialah dalam banyak2 pertembungan plot dan drama karakter; jalan cerita disusun dengan kemas. Salah satu filem 2015 yang wajib ditonton! :D


Syiman’s – 78.7%
Rotten Tomatoes – 74%


Wednesday, May 6, 2015

Bulat dan Pe'ah


Suka lah untuk saya khabarkan di sini bahawa sepanjang masa saya bercuti di Kedah, banyak masa saya habiskan dengan 2 ekor kucing betina saya yang bernama Bulat dan Pe’ah. Bagi memeriahkan lagi suasana, mereka mengambil keputusan untuk melahirkan 7 ekor anak kucing yang comel-comel dan kuat meow.

Tapi sekarang bukan masa untuk bercerita tentang perihal 7 ekor anak kucing itu, tapi saya lebih mahu untuk bercerita tentang Bulat dan Pe’ah.

Bulat dan Pe’ah mempunyai personaliti yang kontra. Bulat suka meow, banyak cakap, suka lompat2 sana sini, sukakan perhatian dan banyak sangat berdrama. Paham-paham lah yea drama kucing tu mcm mana (sape yang bela kucing mesti paham). Berlainan dengan Pe’ah, ia sangat pendiam, sensitif kepada persekitaran (selalu selesema dan bersin), berkomunikasi melalui nonverbal ques/body language (pandangan mata), dan tak berdrama. Bulat suka didukung tetapi Pe’ah tak berapa suka. Mesti ada ja benda yang nak dibuat oleh Bulat. Pe’ah pula kalau lepas makan minum, jilat badan dan tiada lagi benda nak dibuat, ia akan duduk melepak depan pintu sambil memandang kiri dan kanan panorama di luar.

Boleh lah dikatakan yang Bulat adalah extrovert, manakala Pe’ah adalah introvert.

Walaupun mereka berbeza personaliti, saya sayangkan kedua-duanya. Kalau kedua-dua suka buat drama, pening jugak saya dibuatnya. Kalau dua-dua diam, bosan jugak saya dibuatnya. Mereka saling melengkapi. Kepelbagaian ini yang saya hargai.

Dengan itu, apa yang sana nak bagitau di sini adalah saya sayangkan Bulat dan Pe’ah. Semoga korang terhibur yea mendengar kisah saya kali nie. :D 






Tuesday, May 5, 2015

Justin Bieber berubah untuk siapa?


Terkini Justin Bieber kelihatan semakin besar dengan kenaikan berat badan yang agak drastik. Sewaktu Justin era adik-adik dulu, kelihatan kecil. Namun sekarang Justin sudah jauh berubah.

Saya akui badan Justin adalah elok sewaktu beliau menjadi model Calvin Klein tetapi yang terkini, Justin kelihatan membesar secara tidak natural, seolah-olah seperti dipaksa untuk membesar.

Pic sewaktu Justin jadi model Calvin Klein dan pic2 sebelum:








Pic terkini Justin:





Adakah Justin Bieber melakukan perubahan ini disebabkan desakan Beliebers mahupun haters? Sejarah menunjukkan bahawa haters terutamanya menumpukan kritikan mereka terhadap gaya rambut, saiz badan, saiz pe*** dan style music Justin. Tak tahu lah dengan saiz pe*** (tu kena tanya Selena Gomez kot), tetapi setahu saya kesemua kritikan itu telah disambut oleh Justin dengan perubahan. Justin berubah disebabkan desakan mereka.

Perubahan itu bagus namun apa yang ternampak perubahan tersebut masih tidak mampu mendiamkan haters, media dan pengkritik daripada terus mempermain dan memperolok Justin di social media. Timbul spekulasi yang mengatakan pic model Justin untuk Calvin Klein sebenarnya diphotoshop. Jualan rendah album Justin yang terbaru, Journal pun tidak terkesan dengan perubahan ini.

Makanya Justin perlu muhasabah diri balik samada perubahan yang dilakukan cenderung kepada mana: untuk kepuasan diri sendiri, atau untuk kepuasan haters. Jika untuk kepuasan diri sendiri, maka baguslah untuk Justin namun jika untuk haters, percayalah; haters takkan pernah puas untuk membenci.


Sunday, May 3, 2015

Manny vs Mayweather


Semalam di Las Vegas berlaku pertembungan antara Manny Pacman, eh sorry typo - Pacquiao dan Floyd Mayweather.

Bagi sesape yang tak tau sapa diorang nie, maka rajin kan lah diri tu menaip nama2 mereka ini di Google.

Saya suka dengan fakta bahawa Floyd Mayweather sepanjang dalam karier sebagai professional boxer, tidak pernah kalah dalam kesemua 48 pertembungan dengan boxer (ahli tinju) yang lain.

Saya sangat menyokong kuat perkara dan sesiapa yang berkaitan dengan Asia (sebab saya Asian), maka saya sangat berharap Manny (Filipina) menang dalam pertembungan ini. Malangnya, Mayweather meneruskan kelangsungan rekod tanpa kalah beliau.

Satu lagi fakta yang menarik adalah, Manny terjun dalam bidang professional boxing ini selepas kawan baik beliau meninggal dunia atas sebab yang saya tak ketahui lagi. Kawan baik beliau adalah juga salah seorang proffesional boxer.







Justin Bieber pun x nak kalah, nak tumpang publisiti Mayweather yang baru je menang. :D


Saturday, May 2, 2015

Faktor Politic


Sesiapa yang mengeluarkan politik sebagai faktor kehidupan telah melakukan satu kesilapan.

Mengapakah demikian?

Okay sebagai penerangan, cuba anda fikirkan tentang situasi yang mana pemimpin yang kita lantik tidak pun mentadbir dengan baik. Hutang negara saban tahun kelihatan makin bertimbun tanpa rangka kerja jelas untuk membayarnya. Polisi kerajaan yang diperkenal tidak membantu ke arah pembangunan masyarakat yang sihat.

Semua ini adalah politik. Boleh kah anda hanya menjadikan ekonomi dan sosial sebagai faktor kehidupan tanpa melibatkan politik? Persoalan tentang politik sebagai salah satu faktor kehidupan ini berbangkit sebab ada kenyataan daripada sesetengah pihak yang cuba mengelak rakyat terbanyak daripada berbicara soal politik. Kata beliau, biar orang politik saja yang berbicara soal politik.

Cuba bayangkan situasi ini pula: Menteri Pendidikan yang kita pilih tidak pun menjadi seorang menteri pendidikan yang baik. Polisi yang diperkenalkan tidak membantu mahasiswa dan mahasiswi untuk mencapai tahap yang setanding dengan mahasiswa global. Sistem yang diguna pakai tidak relevan ke arah persaingan sengit global. Dana yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan pendidikan ditarik oleh orang politik dan digunakan untuk tujuan lain. Jadi, bolehkah kita hanya belajar dan hanya membiarkan kesan2 perihal politik ini terhadap proses pembelajaran kita?

Politik, ekonomi, sosial adalah gabungan yang interrelated, membawa maksud berkait antara satu sama lain dan perlu dimasukkan ke dalam faktor kehidupan, bagi setiap keputusan.

Adalah silap untuk kita semua daripada tidak membicarakan perihal politik. Adalah silap untuk membiarkan kes-kes seperti perbelanjaan mewah kerajaan terhadap jet, motif pembunuhan Altantuya, penggunaan akta-akta yang tidak relevan seperti Akta Hasutan, mati dalam tahanan polis, pemenjaraan terhadap Ketua Pembangkang, kebebasan media yang dikawal orang politik, ketidakadilan pilihanraya dan lain2 isu semasa tanpa menjadi cakap2 kita.

Lain kali kalau anda terdengar ada yang berkata “Jangan politikkan perkara ini” bagi isu-isu yang berlegar, maka sebenarnya orang itu tidak paham bahawa politik, ekonomi dan sosial adalah gabungan interrelated yang saling melengkapi.

Boleh jadi juga ayat “Jangan politikkan perkara ini” adalah ayat keramat sebagai alasan untuk melarikan diri daripada menjawab isu pokok.