Wednesday, May 6, 2015

Bulat dan Pe'ah


Suka lah untuk saya khabarkan di sini bahawa sepanjang masa saya bercuti di Kedah, banyak masa saya habiskan dengan 2 ekor kucing betina saya yang bernama Bulat dan Pe’ah. Bagi memeriahkan lagi suasana, mereka mengambil keputusan untuk melahirkan 7 ekor anak kucing yang comel-comel dan kuat meow.

Tapi sekarang bukan masa untuk bercerita tentang perihal 7 ekor anak kucing itu, tapi saya lebih mahu untuk bercerita tentang Bulat dan Pe’ah.

Bulat dan Pe’ah mempunyai personaliti yang kontra. Bulat suka meow, banyak cakap, suka lompat2 sana sini, sukakan perhatian dan banyak sangat berdrama. Paham-paham lah yea drama kucing tu mcm mana (sape yang bela kucing mesti paham). Berlainan dengan Pe’ah, ia sangat pendiam, sensitif kepada persekitaran (selalu selesema dan bersin), berkomunikasi melalui nonverbal ques/body language (pandangan mata), dan tak berdrama. Bulat suka didukung tetapi Pe’ah tak berapa suka. Mesti ada ja benda yang nak dibuat oleh Bulat. Pe’ah pula kalau lepas makan minum, jilat badan dan tiada lagi benda nak dibuat, ia akan duduk melepak depan pintu sambil memandang kiri dan kanan panorama di luar.

Boleh lah dikatakan yang Bulat adalah extrovert, manakala Pe’ah adalah introvert.

Walaupun mereka berbeza personaliti, saya sayangkan kedua-duanya. Kalau kedua-dua suka buat drama, pening jugak saya dibuatnya. Kalau dua-dua diam, bosan jugak saya dibuatnya. Mereka saling melengkapi. Kepelbagaian ini yang saya hargai.

Dengan itu, apa yang sana nak bagitau di sini adalah saya sayangkan Bulat dan Pe’ah. Semoga korang terhibur yea mendengar kisah saya kali nie. :D 






No comments:

Post a Comment