Saturday, May 2, 2015

Faktor Politic


Sesiapa yang mengeluarkan politik sebagai faktor kehidupan telah melakukan satu kesilapan.

Mengapakah demikian?

Okay sebagai penerangan, cuba anda fikirkan tentang situasi yang mana pemimpin yang kita lantik tidak pun mentadbir dengan baik. Hutang negara saban tahun kelihatan makin bertimbun tanpa rangka kerja jelas untuk membayarnya. Polisi kerajaan yang diperkenal tidak membantu ke arah pembangunan masyarakat yang sihat.

Semua ini adalah politik. Boleh kah anda hanya menjadikan ekonomi dan sosial sebagai faktor kehidupan tanpa melibatkan politik? Persoalan tentang politik sebagai salah satu faktor kehidupan ini berbangkit sebab ada kenyataan daripada sesetengah pihak yang cuba mengelak rakyat terbanyak daripada berbicara soal politik. Kata beliau, biar orang politik saja yang berbicara soal politik.

Cuba bayangkan situasi ini pula: Menteri Pendidikan yang kita pilih tidak pun menjadi seorang menteri pendidikan yang baik. Polisi yang diperkenalkan tidak membantu mahasiswa dan mahasiswi untuk mencapai tahap yang setanding dengan mahasiswa global. Sistem yang diguna pakai tidak relevan ke arah persaingan sengit global. Dana yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan pendidikan ditarik oleh orang politik dan digunakan untuk tujuan lain. Jadi, bolehkah kita hanya belajar dan hanya membiarkan kesan2 perihal politik ini terhadap proses pembelajaran kita?

Politik, ekonomi, sosial adalah gabungan yang interrelated, membawa maksud berkait antara satu sama lain dan perlu dimasukkan ke dalam faktor kehidupan, bagi setiap keputusan.

Adalah silap untuk kita semua daripada tidak membicarakan perihal politik. Adalah silap untuk membiarkan kes-kes seperti perbelanjaan mewah kerajaan terhadap jet, motif pembunuhan Altantuya, penggunaan akta-akta yang tidak relevan seperti Akta Hasutan, mati dalam tahanan polis, pemenjaraan terhadap Ketua Pembangkang, kebebasan media yang dikawal orang politik, ketidakadilan pilihanraya dan lain2 isu semasa tanpa menjadi cakap2 kita.

Lain kali kalau anda terdengar ada yang berkata “Jangan politikkan perkara ini” bagi isu-isu yang berlegar, maka sebenarnya orang itu tidak paham bahawa politik, ekonomi dan sosial adalah gabungan interrelated yang saling melengkapi.

Boleh jadi juga ayat “Jangan politikkan perkara ini” adalah ayat keramat sebagai alasan untuk melarikan diri daripada menjawab isu pokok.




No comments:

Post a Comment