Tuesday, May 5, 2015

Justin Bieber berubah untuk siapa?


Terkini Justin Bieber kelihatan semakin besar dengan kenaikan berat badan yang agak drastik. Sewaktu Justin era adik-adik dulu, kelihatan kecil. Namun sekarang Justin sudah jauh berubah.

Saya akui badan Justin adalah elok sewaktu beliau menjadi model Calvin Klein tetapi yang terkini, Justin kelihatan membesar secara tidak natural, seolah-olah seperti dipaksa untuk membesar.

Pic sewaktu Justin jadi model Calvin Klein dan pic2 sebelum:








Pic terkini Justin:





Adakah Justin Bieber melakukan perubahan ini disebabkan desakan Beliebers mahupun haters? Sejarah menunjukkan bahawa haters terutamanya menumpukan kritikan mereka terhadap gaya rambut, saiz badan, saiz pe*** dan style music Justin. Tak tahu lah dengan saiz pe*** (tu kena tanya Selena Gomez kot), tetapi setahu saya kesemua kritikan itu telah disambut oleh Justin dengan perubahan. Justin berubah disebabkan desakan mereka.

Perubahan itu bagus namun apa yang ternampak perubahan tersebut masih tidak mampu mendiamkan haters, media dan pengkritik daripada terus mempermain dan memperolok Justin di social media. Timbul spekulasi yang mengatakan pic model Justin untuk Calvin Klein sebenarnya diphotoshop. Jualan rendah album Justin yang terbaru, Journal pun tidak terkesan dengan perubahan ini.

Makanya Justin perlu muhasabah diri balik samada perubahan yang dilakukan cenderung kepada mana: untuk kepuasan diri sendiri, atau untuk kepuasan haters. Jika untuk kepuasan diri sendiri, maka baguslah untuk Justin namun jika untuk haters, percayalah; haters takkan pernah puas untuk membenci.


No comments:

Post a Comment