Thursday, May 28, 2015

Loser? No!



Anda bukan loser seperti mana yang anda sangkakan.

Anda berasa demikian sebab anda bandingkan diri anda dengan orang lain. Justeru, berhenti bandingkan diri anda dengan orang lain. Ada beberapa sebab mengapa anda perlu berhenti:

Anda fikir yang masalah anda lebih besar berbanding orang lain. Anda tengok orang lain happy tetapi anda tidak. Anda lihat orang lain seolah-olah seperti tiada masalah, sedangkan anda ada 1001 masalah untuk diselesaikan. Ironinya, semua daripada kita ada masalah yang tersendiri. Rosmah walaupun kaya raya dan ada kuasa, tetapi kena kutuk tiap-tiap hari tanpa henti. Kawan baik anda yang kacak, walaupun kacak tetapi mereka tidak immune daripada masalah dlm plbgai bentuk- kewangan, sosial, self-esteem, self-confidence, self-worth, dll.

Ada orang yang kutuk anda, menyebabkan anda sakit hati. Kutukan mereka tidak mencerminkan kebenaran. Mereka mengutuk bermatlamat untuk bagi anda sakit hati, bukan untuk menegakkan kebenaran. Maka, janganlah serius sangat mendengar kutukan mereka sebaliknya kutuk balik diorang yang tak sedar diri tu. Ingat diorang tu perfect sangat?

Kalau anda rasa kehidupan anda teruk, ada yang lagi teruk daripada anda. Pelarian Rohingya, orang kebulur di Afrika, orang gila, dll. Malah kalau anda nak pandang sangat kehidupan orang lain yang baik, masih belum tentu kehidupan mereka pada masa depan akan terus baik. Boleh jadi yang kaya akan muflis, yang kacak akan hodoh, yang bahagia akan merana. Bersyukur lah dengan kehidupan anda, hargai apa dan siapa yang anda ada sekarang.

Gagal? Sekali gagal tidak membuatkan anda jadi seorang loser. Malah beribu kali gagal tak bermaksud anda loser. Thomas Edison beribu kali gagal buat mentol pun terus mencuba sampai berjaya. Gagal hanyalah persepsi. Kalau anda tidak putus asa dan terus mencuba, anda tidak akan pernah gagal.

Menggangap anda sebagai seorang loser hanya merugikan diri sendiri, sedangkan orang lain sedang berlumba-lumba untuk menambahbaik kehidupan masing2. Kita semua stress dengan kehidupan. Kita semua ada masalah. Kita semua ada isu dengan diri sendiri. Jangan rasa anda tu teruk sangat, kita semua adalah sama.


Yang membezakan adalah usaha kita, dan bagaimana kita menghargai apa dan siapa yang kita ada sekarang. 


2 comments: