Wednesday, June 17, 2015

Berbeza tapi Bersatu




1. Kalau anda ambil berat untuk membuat pemerhatian terhadap sekeliling anda, pastinya anda perasan yang anda sedang dikelilingi oleh orang yang sibuk bergaduh.

2. Dan kalau perasan lah jugak, pergaduhan ini bukan sahaja antara Melayu sahaja (intra-kaum), malah secara inter-kaum.

3. Contoh pergaduhan intra-kaum semestinya antara Najib-Mahathir, Nazri Aziz-Tengku Mahkota Johor, puak ‘ulama’-professional PAS.

4. Contoh pergaduhan inter-kaum juga berlaku – yang terbesar adalah antara Lim Guan Eng dengan Abdul Hadi Awang. MCA-DAP.

4a. Adalah tidak tepat untuk mengatakan hanya orang Melayu sahaja bergaduh.

5. Adalah OK untuk kita berbeza pandangan namun berlaku beberapa perkara. Najib enggan berdialog mengenai perbezaan ini (rujuk #Nothing2Hide). Nazri Aziz bagi pulak amaran/ugutan kepada Tengku Mahkota Johor atas kritikan beliau terhadap kerajaan. Kem Abdul Hadi Awang/puak ulama’ nak buat pusingan u-turn apabila tak sanggup untuk bertanggungjawab utk melepaskan jawatan di Pulau Pinang setelah putuskan hubungan dengan DAP.

6. Nampak tak di sini bahawa pergaduhan ini menyaksikan ada pihak yang tidak berprinsip secara sihat. Pihak ini nak bergaduh tetapi mereka tiada prinsip yang jelas. Sekiranya mereka mempunyai prinsip yang jelas, mereka akan bergaduh secara sihat, iaitu menerima perbezaan pandangan dengan berhujah dan bertanggungjawab; bukan dengan melarikan diri, bukan dengan mengugut, bukan dengan tak tetap pendirian.

7. Itulah yang saya maksudkan dengan ‘Berbeza tapi Bersatu’.


8. Pergaduhan ini akan terus berlangsung namun masih tidak tentu pengakhirannya akan jadi macam mana. Apa yang kita boleh buat adalah dengan melihat mereka bergaduh dan mengambil pengajaran daripadanya. 









No comments:

Post a Comment