Wednesday, July 1, 2015

Bersabarlah...



1. Semua orang dah tahu rasenye yang bersabar adalah sikap terpuji.

2. Malangnya ramai yang gagal untuk bersabar.

3. Bersabarlah apabila anda dihimpit masalah kewangan sebab Dia memberi rezeki daripada arah yang tidak disangka-sangka (65:3).

4. Bersabarlah apabila kawan-kawan anda mula berperangai pelik sebab ini lah masanya untuk anda meluangkan masa untuk diri sendiri, bermuhasabah.

5. Bersabarlah dalam menelaah pelajaran sebab nanti ganjarannya anda akan tergolong dalam kalangan Dean List.

6. Bersabarlah untuk terus konsisten menjadi diri sendiri, sebab tiada guna bersama dengan orang yang tidak ikhlas.

7. Bersabarlah memerhati pemimpin-pemimpin kita dok bergaduh tiap2 hari tanpa henti sebab pergaduhan mereka sebenarnya meransang ke arah Malaysia yang lebih matang.

8. Bersabarlah apabila orang yang anda sayang telah dijemput oleh Penciptanya kerana pengorbanan daripada cinta sangat besar kuasanya sebagai sumber motivasi dan inspirasi. 


9. Bersabarlah…sebab pengakhiran yang baik adalah bergantung kepada sejauh mana anda bersabar. Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian melainkan orang yang berpesan kepada kebenaran dan berpesan kepada kesabaran (103:1-3).




No comments:

Post a Comment