Tuesday, August 25, 2015

Penghabisan


Sem yang terakhir nie kan mmg aq rasa agak bz. Macam2 assignment nk kena buat. Apa yang pasti, aq tak sabar dah untuk menghabiskan baki hari-hari sem 6 ini dengan penuh jaya.

Antara sebabnya adalah aq makin pening dengan plot drama dan twist cerita yang tak dapat diterima oleh orang yang berfikir secara rasional.

Dan hari ini aq telah menjadi saksi jika aq terus melayan drama ini, maka aq tak boleh fokus untuk terus sukses. Aq akan kalah daripada terus mencorak pencapaian.

Sesungguhnya kita dikelilingi oleh bukan sahaja kawan2 malah watak2 bodoh, pendengki, bossy, gelabah, pemalas, tak reti menghargai, pencapub, penikam belakang dll. Maka, adalah bahaya untuk tidak fokus dan terperangkap dalam mainan rekaan semua watak2 hodoh ini.

Aq berazam untuk beristiqamah dalam fokus aq yang ingin konsisten dalam gpa 3.9 aq dan tidak lagi memberi ruang untuk sesiapa menggoncang ketahanan ini.

Amin. Jom sama2 beristiqamah.

Thursday, August 13, 2015

Mahalnya KFC sekarang


1. Kalau dulu mkn Snack Plate dan Cheezy Wedges adalah dalam lingkungan rm14; sekarang dah jadi rm19.

2. Beberapa siri ayam spicy yang gagal. Kempen seperti Lets End Hunger yg memaksa orang untuk menderma.

3. Pergaduhan antara pekerja KFC dgn customer, yg telah pun viral di social media.

4. Semua ini menunjukkan kebobrokan pengamalan KFC yg tidak kompetitif dengan restoran seangkatan dengannya.

5. Alternatifnya ada. Burger King sudah tampil dengan Cheezy Wedges. McD ada ayam goreng.

6. Justeru, sy kini di ambang untuk menurunkan tahap lawatan saya ke KFC. Mungkin setahun sekali sahaja.

Bye KFC.

Wednesday, August 12, 2015

Ilusi Social Media


1. Di internet kita dapat lihat bertumbuhnya banyak social networking seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Fb, twitter, instagram, snapchat, wechat dan byk lg adalah antara contohnya.

2. Segerombolan bala pengikut social networking melambakkan pic selfie dan wefie mereka di internet dengan kemeriahan yg berterusan.

3. Ada yang nampak fake. Pic mereka terlalu banyak diedit. Ada persona yg ditunjukkan dalam pic tidak menggambarkan personaliti sebenar mereka.

4. Ada yg cuba mempengaruhi persepsi orang ramai bahawa mereka sangat popular dengan menggunakan beberapa teknik utk mengumpul jumlah likes beratus dan beribu.

5. Realitinya, semua ini ilusi.

6. Saya hanya ingin berpesan, berhati-hatilah dgn ilusi oleh bala pengikut social networking yg fake ini.

7. Sebabnya, ilusi ini akan merabunkan mata daripada melihat bahawa apa yg lebih penting adalah menjadi diri sendiri, bukan memuja org lain.

Sunday, August 9, 2015

Duta Ria

1. Saya kini di Segambut meraikan open house. Di akhir2 Syawal makin galak penganjur open house yg ingin menjamu kita dgn juadah mereka.

2. Apa-apa pun, yg paling penting setiap kali kita dtg ke open house, pastikan kita tongue orgasm.

3. Saya dah pun orgasm ngn beberapa cucuk sate ngn kuah kacang yg sgt sedap, kepingan timun segar, secret recipe white chocolate macadamia dan moist chocolate cake.

4. Syukur.