Tuesday, September 29, 2015

Syiman's Review: The Intern


1. Saya suka idea yg terdapat filem terbaru Anne Hattaway dan Robert De Niro; The Intern. Premis ideanya adalah - "Never gets old".
2. Umur hanya lah angka.
3. Orang muda perlu hormat orang yg lebih tua. Walaupun seperti mereka tidak seiring dgn trend semasa namun mereka lebih berpengalaman dlm hidup.
I like this movie quite a lot. I watch this movie with Omar n Naema. Thanks!

Thursday, September 17, 2015

Lesson Learned in Lendu


Di saat2 pengakhiran semester 6 di Lendu, ingin lah sy membuat sedikit ulasan berkaitannya. Kali ini, aspek yang akan sy sentuh adalah ttg #lessonlearned , iaitu ttg apa yang sy belajar di sini.

Akan bosanlah jadinye kalau saya ulas #lessonlearned nie drpd sudut subjek akademik. Maka apa kata sy ulas drpd sudut orang kt sini.

What I learned from them:
__________________________

1. Ada banyak student tidak berfokus kepada tujuan asal mereka di universiti iaitu excel dalam akademik. Mereka alpa kepada gaya hidup sosial yg melekakan. Alpa nk melacur dengan boypren girpren sbg contoh.

2. Ada makhluk yg bertopengkan kawan tapi sebenarnya bukan kawan pun. Dia tak hormat kita, ikut suka kepala otak dia, memanipulasi kita, dan bila sampai masa - dia sanggup tikam belakang kita. Kita boleh hepy tengok dia shine tapi bila kita nk shine sikit, dia langsung tak teringin nk rasa hepy. Daripada awal dia bukannya percaya kat kita pun.

3. Ada watak yang x hargai penggunaan masa dan tenaga orang lain. Kita dah buat byk progress dan persiapan projek. Dia boleh buang semua progress itu di saat2 last minute. Bayangkn perasaan orang yg dah mencurah tenaga dan masa untuk projek itu. Nampak tak betapa orang ini bukan sahaja suka buang masa dan tenaga orang lain, malah suka hati je dia ikut kepala otak dia sendiri. Kita mmg tak boleh kerja dan team dengan orang mcm nie untuk projek pd masa depan.

4. Ada orang yang perasan high class. Dia ingat dia level atasan yang statusnya melebih-lebih. Pemikiran yang mcm ini lah penyebab dia merendah dan memikir negatif terhadap orang lain. Sedangkan kita semua masih berada di satu tahap level yg sama. Kita semua pelajar.

5. Ada yang mendedikasikan hidupnya di Lendu untuk berdrama. Setiap semester mesti ada je drama yang dia nak cetus. Dia nak perhatian semua beralih kepada dia. Dia suka kalau orang follow skrip dan kisah drama rekaan dia (merangkap pelakon drama juga) daripada awal hingga akhir. Dia nk orang tahu sebab apa dia breakup ngn boypren dia, sebab apa dia tak makan daging, sebab apa dia senang dpt penyakit dll. Dia bercita-cita nk jadi the next Kim Kardashian. Okey kalau nk drama, tapi janganlah nk jaja drama murahan.

What I hope they learned from me:
__________________________________

1. Saya pentingkan sinergi dlm teamwork. Apabila berkumpulan, maka tiada siapa2 perlu jadi boss kepada siapa2. Semua kerja digabung oleh kelebihan oleh setiap individu yg terlibat. Bukan hanya berdasar kepada kepala otak sorang individu. Saya tak akan buang masa dan tenaga usaha team members. Input yang diberi daripada awal mestilah diguna sebagai output.

2. Saya masih konsisten dalam akademik  sy walaupun mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan. Walaupun bertukar group, walaupun bercurahan peluh sbg pejalan kaki sampai lah ke akhir pengajian. Sebabnye, sy berfokus kepada tujuan asal saya masuk universiti.

3. Saya boleh berkerja dgn semua. Dalam kelas saya, saya rasa saya dah penah rasa group dengan semua orang. Saya terbuka untuk berkolaborasi dengan sesiapa.

4. Saya x pernah merendahkn orang lain melainkan dia sendiri menunjukkan diri dia sebagai pemalas dan suka buat hal. Sebab tu lah saya boleh kerja dgn semua.

Thursday, September 10, 2015

Situasi yang menanti KFC


1. Saya simpati dengan keadaan yg menimpa KFC.

2. KFC adalah signifikan untuk mendapat simpati daripada saya sebab sy membesar dengan KFC. Ibubapa saya selalu bawa kami sekeluarga makan KFC.

3. Tapi apabila dah besar, saya tak lagi berminat sangat untuk makan KFC. Ada 2 sebab: 1) service kaunter yang sgt teruk 2) harga yang makin mahal.

4. Inilah yang menjadi kontra antara KFC dan McD.

5. Cashier KFC sgt byk cakap malah tak jaga adab memberi servis. Sistem servis kaunter tak sistematik. Cashier yang ambik order dan dia lah juga yg packing makanan.

6. Jika dulu set Snack Plate bwh rm10 kini dah mencecah rm14. Sedangkan set utama di McD kekal dalam lingkungan rm10.

7. Jika KFC terus kekal dengan servis kaunter teruk dan harga mencanak naik..maka bersedialah berhadapan dgn hukuman daripada pelanggan.

8. Pelanggan yang bijak tidak akan menyokong restoran yg mengabaikan kepentingan mereka.

Sunday, September 6, 2015

Syiman's Review: Game of Thrones


1. Maka khatamlah saya dalam menyaksi Game of Thrones (GOT) daripada season 1 sampai 5.

2. GOT mmg byk elemen bogel, seks, dan ganas tapi bukan itu yang menjadi faktor utama yg membuatkan saya puas melayan GOT.

3. Elemen yang paling tuntas adalah pada premisnya yang menekan pada kehidupan penuh dengan ketidakadilan.

4. Pemimpin berkualiti mati dalam keadaan tragik. Muslihat mengatasi bakat. Penindasan dan kezaliman menjadi teknik halal bagi meraih kuasa.

5. GOT bagi saya inspirasi bahawa untuk sukses maka kita tak boleh mengharap kepada keadilan. Kita tak boleh jadi baik sangat. Semua ini adalah kerana kita dikelilingi watak-watak pemuslihat dengan agenda masing2. Kita kena pandai bezakan kawan sebenar dalam kalangan kawan.

6. I have fun watching Game of Thrones. Recommended watching for all. But beware lah yea ttg elemen bogel, seks dan ganas dlm GOT. hihi. 😅

Saturday, September 5, 2015

Cakap je Besar


1. Saya tertarik untuk menganalisis 2 jenis watak kawan yg saya kenal.

2. Sorang tu dia sangat suka cakap besar. Omputih cakap Bragging. Dia punya lah menjaja diri dia sebagai tahu dan mahir dalam pelbagai perkara. Tapi, apa yang saya nampak dia tak lah semahir dan sehebat apa yang dia kata tentang dirinya.

3. Sorang kawan saya lagi dia tak pernah pun cakap dia hebat. Humble. Tapi saya selalu nampak dia menghasilkan karya dan output yang mengagumkan.

4. Paling annoying tentang kawan Bragging sy ini adalah; sudah la cakap besar, malah suka merosakkan karya/output orang lain. Dia tak dapat terima kenyataan yang dia tak semahir apa yang dia kata.

5. Paling membahayakan, saya dapati dia mempunyai perspektif mindset yg tak bermoral. Dia lebih menjurus kepada muslihat berbanding bakat.

6. Saya tak tahu apa yang perlu saya buat terhadap kawan saya yang jenis Bragging ini. Semoga dia selamat sewaktu berjalan dalam laluan kegelapan yang dia sendiri pilih.

7. Owh yea, lagi satu lah kan, stop bragging. Berhenti lah cakap besar. Sembang melebih. Cukup2 lah mendarahkan telinga saya dengan cakap besar anda.

Thursday, September 3, 2015

Siapa yang ada kereta


1. Kesian pada kebanyakan orang yg ada kereta.

2. Saya sebenarnya paham ttg beban kewangan diorang dalam membayar duit ansuran kereta. Belum masuk duit minyak lagi.

3. Kos untuk ada kereta adalah mahal. Bebanan ini nampaknya memberi kesan yang agak besar kpd pemilik kereta terutamanya dalm kalangan pelajar; yg masih belum bergaji.

4. Maka nampaklah bahawa walaupun pemilik kereta ini senang untuk pergi ke mana2, tapi mereka masih tak hepy. Ada yang sakit jiwa, ada yg tak reti nk bg tumpang kawan2, ada yg x boleh fokus dalam pelajaran sbb terfikir ttg kos pemilikan kereta.

5. Saya tahu pemilik kereta juga berpeluh tapi saya lagi berpeluh drpd mereka. Kesian juga kepada saya sbgai pejalan kaki, tapi kepada pemilik kereta nie? Hurm. All da best.