Thursday, September 17, 2015

Lesson Learned in Lendu


Di saat2 pengakhiran semester 6 di Lendu, ingin lah sy membuat sedikit ulasan berkaitannya. Kali ini, aspek yang akan sy sentuh adalah ttg #lessonlearned , iaitu ttg apa yang sy belajar di sini.

Akan bosanlah jadinye kalau saya ulas #lessonlearned nie drpd sudut subjek akademik. Maka apa kata sy ulas drpd sudut orang kt sini.

What I learned from them:
__________________________

1. Ada banyak student tidak berfokus kepada tujuan asal mereka di universiti iaitu excel dalam akademik. Mereka alpa kepada gaya hidup sosial yg melekakan. Alpa nk melacur dengan boypren girpren sbg contoh.

2. Ada makhluk yg bertopengkan kawan tapi sebenarnya bukan kawan pun. Dia tak hormat kita, ikut suka kepala otak dia, memanipulasi kita, dan bila sampai masa - dia sanggup tikam belakang kita. Kita boleh hepy tengok dia shine tapi bila kita nk shine sikit, dia langsung tak teringin nk rasa hepy. Daripada awal dia bukannya percaya kat kita pun.

3. Ada watak yang x hargai penggunaan masa dan tenaga orang lain. Kita dah buat byk progress dan persiapan projek. Dia boleh buang semua progress itu di saat2 last minute. Bayangkn perasaan orang yg dah mencurah tenaga dan masa untuk projek itu. Nampak tak betapa orang ini bukan sahaja suka buang masa dan tenaga orang lain, malah suka hati je dia ikut kepala otak dia sendiri. Kita mmg tak boleh kerja dan team dengan orang mcm nie untuk projek pd masa depan.

4. Ada orang yang perasan high class. Dia ingat dia level atasan yang statusnya melebih-lebih. Pemikiran yang mcm ini lah penyebab dia merendah dan memikir negatif terhadap orang lain. Sedangkan kita semua masih berada di satu tahap level yg sama. Kita semua pelajar.

5. Ada yang mendedikasikan hidupnya di Lendu untuk berdrama. Setiap semester mesti ada je drama yang dia nak cetus. Dia nak perhatian semua beralih kepada dia. Dia suka kalau orang follow skrip dan kisah drama rekaan dia (merangkap pelakon drama juga) daripada awal hingga akhir. Dia nk orang tahu sebab apa dia breakup ngn boypren dia, sebab apa dia tak makan daging, sebab apa dia senang dpt penyakit dll. Dia bercita-cita nk jadi the next Kim Kardashian. Okey kalau nk drama, tapi janganlah nk jaja drama murahan.

What I hope they learned from me:
__________________________________

1. Saya pentingkan sinergi dlm teamwork. Apabila berkumpulan, maka tiada siapa2 perlu jadi boss kepada siapa2. Semua kerja digabung oleh kelebihan oleh setiap individu yg terlibat. Bukan hanya berdasar kepada kepala otak sorang individu. Saya tak akan buang masa dan tenaga usaha team members. Input yang diberi daripada awal mestilah diguna sebagai output.

2. Saya masih konsisten dalam akademik  sy walaupun mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan. Walaupun bertukar group, walaupun bercurahan peluh sbg pejalan kaki sampai lah ke akhir pengajian. Sebabnye, sy berfokus kepada tujuan asal saya masuk universiti.

3. Saya boleh berkerja dgn semua. Dalam kelas saya, saya rasa saya dah penah rasa group dengan semua orang. Saya terbuka untuk berkolaborasi dengan sesiapa.

4. Saya x pernah merendahkn orang lain melainkan dia sendiri menunjukkan diri dia sebagai pemalas dan suka buat hal. Sebab tu lah saya boleh kerja dgn semua.

No comments:

Post a Comment