Friday, October 16, 2015

Clever-Stupid. Mari Bezakan



Bagi setiap elemen akan ada pasangan nya yang saling melengkapi. Betullah bahawa setiap sesuatu dijadikan berdua. Lovers-Haters. Clever-Stupid. Introvert-Extrovert. Beauty-Ugly. Devil-Angel.

Mari kita mendalami dengan lebih tentang elemen Clever-Stupid.

Saya tak tahu lah apa silap saya - mungkin saya tak pandai nak menilai, terlalu naif dan baik, keliru terhadap objektif golongan fake, dan mempunyai keinginan untuk berkerjasama dengan mereka. Saya mempunyai kecenderungan untuk memilih orang yang bodoh/bangang/bebal sebagai kawan kerjasama.

Jangan salah faham. Definisi bodoh/bangang/bebal itu adalah sangat meluas dan subjektif. Pendefinisian saya terhadap golongan ini adalah orang yang berfikiran biasa-biasa (mediocre), yang typical. Disebabkan ciri mereka yang mediocre dan typical ini lah, maka mereka sentiasa membangkang setiap usaha kita untuk lebih cemerlang berbanding biasa. Mereka juga bukan lah yang kawan yang prihatin terhadap emosi dan perasaan kita, malah sentiasa mencari cara secara sengaja mahupun tidak sengaja merosakkan mood kita dengan kata-kata yang tidak relevan. Kalau kita down, golongan bodoh/bangang/bebal ini sebenarnya tersenyum di dalam hati. Harap jelas berkaitan pendefinisian ini.

Walau bagaimanapun, saya sebenarnya bersyukur apabila dipertemukan dengan spesies golongan bangang ini. Saya kini lebih terperinci dalam memilih jenis kawan yang saya mahukan. Saya lebih berhati-hati dalam menilai siapa yang sebenarnya kawan dan siapa sebenarnya musuh dalam selimut (bukan Ju-On). Sedikit sebanyak panduan untuk berhadapan dengan orang bodoh telah saya ulas, merujuk kepada tulisan dalam artikel The Ultimate Guide toHandling Stupid People.


Semua ini saya lakukan sebab saya mahu berfokus kepada objektif hidup yang telah saya gariskan bagi 5 tahun akan datang. Apa garisan objektif hidup tersebut? Bersambung. 


No comments:

Post a Comment