Monday, October 12, 2015

Life in Lendu - A Conclusion Perhaps





Tadi last paper untuk semester 6, Marketing Communication. Berakhirnya paper tadi, maka berakhirlah life kat UiTM Lendu.

Seperti mana kebiasaan, saya memang suka buat review. Maka meneruskan tradisi ini, saya tertarik untuk menulis serba sedikit tentang life kat UiTM Lendu ini.

Bercakap tentang perkara yang negatif memang lah seronok dan tapi tak guna lah untuk bercakap tentang semua itu lagi sebab semuanya dah berakhir. Tiada guna kita terus membawa dendam dan amarah kepada kehidupan yang seterusnya. Saya optimis untuk terus melangkah dengan mengambil pengajaran daripada pelbagai peristiwa yang berlaku di Lendu.

Highlight #1 – Kawan-kawan

Terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak memberi inspirasi dan menolong sepanjang saya berada di sini. Mereka lah yang sedikit sebanyak membantu untuk saya terus konsisten dalam mengecap kejayaan akademik. Geng-geng part 1 n part 2 – Mia, Merah, Mukhriz dan Ash. Waktu yang kita selalu overnite. Hihi. Waktu kita sama-sama bolot menang kategori sewaktu Pesta BM dan English Week.

Nabeela yang teliti dan komited dalam kerja, banyak menyenangkan kerja melalui komitmen yang beliau berikan. Saya suka masa kita berbual tentang prinsip dan idea. Anda adalah seorang yang baik.

Team Clap Production sewaktu subjek Broadcasting. Rasa selesa berkerja ngan korang sebagai satu team – Afiqah, Ira, Zepa, Nabeela, Ahseng dan saya. Thanks kepada yang mendapatkan Ashraf Muslim untuk projek kita. Thanks kepada yang terlibat dalam pengurusan. Korang memang best.

Saya suka berkawan dengan Syamil, buat kerja sama-sama di McD tyme Flash. Momen lepak kat bilik, g makan sama-sama. Plan nak stay sama-sama tyme degree. Bergurau tentang si dia. Haha.

Eyl pulak, thanks sebab tyme Part 4 banyak menumpangkan saya pergi ke kelas dan buat assignment. Saya hargai sumbangan dan pertolongan anda.

Mia. Thanks kepada semua pertolongan dan kerjasama yang kita pernah buat dalam projek bersama. Ada banyak memori dengan Mia di Lendu, termasuklah bersahur dan berbuka puasa sama-sama di rumah anda, overnite berkali-kali, sesi luahan perasaan heart to heart, karok dan banyak lagi lah momen.

Team Advertising Be WILD – Rozia Shikin Jannah. Thanks sebab korang memang sporting especially sewaktu sesi shooting. Hasilnya mendapat pujian daripada Mdm Nomi.

Mukhriz, anda adalah antara budak Kelantan yang bagus pernah saya jumpa. Thanks sebab bersama-sama cari rumah untuk disewa sewaktu Part3. Stay bersama Hanafi.

Tidak dilupakan kepada kawan-kawan lain yang secara langsung mahupun tidak langsung terlibat dalam membantu saya di sini.

Owh yea, lagi seorang adalah Sara aka Yayunk. Saya hargai masa anda bersama saya, lepaking dan pelbagai lagi momen keluar bandar especially tyme Part 5 dan Part 6. Cuma agak pelik sedikit sebab di pengakhiran part 6 anda macam lain macam sikit dengan saya. Hihi. Btw, u r nice girl, Sara. Suka gosip mosip dengan anda. 

Saya tak mengjangkakan akan rapat dengan Omar. Omar adalah kawan yang sporting, menyenangkan, mudah, dan banyak membantu. Dia tidak kedekut dengan pertolongan dan komited dengan minat yang mendalam terhadap fotografi dan bisnes. Thanks.



Highlight #2 – Lecturer

Semua lecturer yang penah ajar kelas 6G, adalah best – Mdm Shidah, Mdm Aini Faezah, Miss Linda, Sir Fakhrulnizam, Sir Hanapi, Sir Didi dll. Thanks kepada segala tunjuk ajar dan ilmu yang diberikan.

Tapi ada dua lecturer yang saya rasa paling selesa dan rapat dengan saya – Sir Abdul Latiff dan Mdm Nomi. Thanks kepada motivasi dan masa anda terhadap saya. Dan thanks sebab bersetuju jadi referee saya untuk Projek Lendu ke London.

Sir Zari Niezam – anda adalah seorang Penasihat Akademik yang sangat rock. Hihi. Thanks kepada nasihat dan pengajaran melalui gaya yang cukup selamba.

Mdm Azura – Dia adalah seorang lecturer yang saya suka. Bukan sebab utamanya adalah beliau bagi saya A+ tapi sebab saya suka cara beliau mengajar. Namun kami tak sempat rapat sebab beliau hanya sekali sahaja mengajar saya dan beliau bukan antara lecturer yang mengajar Part6.





Highlight #3 – Lain-lain

Ade banyak juga la momen lain termasuklah dengan Polis Bantuan dan Librarian. Namun semua itu saya tak suka nak ingat. Hihi.

Saya juga ada kesempatan sementara untuk bersama dengan team kelab Debat – Saya ingat lagi Dayah, Akmal, Hazwan, Scya, Wawan dll. yang sentiasa berhujah dengan lantang sewaktu perdebatan berlansung.

Team Yearbook. Thanks kepada editor Syaa dan lain-lain. Saya hargai untuk menjadi antara committee Yearbook. Memang best photoshoot kat tangki air tertinggi di UiTM Lendu. Haha
_________________________________________________________________________

Nampak tak kat sini bahawa tulisan saya kali ini bukanlah nak review sangat pun pihak2 yang terlibat sepanjang pengajian saya di sini. Ia adalah lebih kepada penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada mereka. J

Seperti mana yang saya beritahu di atas tadi, tak perlulah saya bercakap tentang perkara-perkara negatif dan buruk yang berlaku sebab semuanya dah berakhir. Dan bagi saya, ini adalah pengakhiran yang baik.

Saya terus komited untuk terus melangkah dalam dunia akademik selagi yang termampu. Adalah penting saya mendapatkan segala ilmu berkaitan di universiti dan berjaya sebagai pelajar cemerlang. InsyaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar. Mudah-mudahan.


Saya ambil kesempatan ini untuk mendoakan yang terbaik buat semua. Good Luck dan Have a nice Life. 



No comments:

Post a Comment