Thursday, October 15, 2015

The Ultimate Guide to Handling Stupid People by Dan Waldschmidt


Dalam pencarian material untuk berhadapan dengan orang yang sangat suka menyakitkan hati dan mengelirukan saya dengan kata-kata merepek dan dusta mereka, saya terjumpa dengan satu artikel yang sangat menolong. 

Apa yang dikatakan oleh Dan Waldschmidt sangat tepat dan padat, iaitu tentang bagaimana kita nak menangani kebobrokan dan kebodohan yang dicetuskan oleh orang yang bangang. 

Frasa pertama dalam artikel ini pun menarik: 

The cosmos is full of stupid people.

Definisi oleh Dan tentang orang yang bodoh bangang stupid ini adalah 'They are the idiots and morons who emotionally combat you at every turn. They are not your mentors, your coaches, or concerned friends and advocates'.

Mereka adalah orang yang suka bersikap ragu-ragu terhadap kemampuan kita dengan selalu menghembus kata-kata yang mematikan motivasi kita. Mereka suka melihat kita keliru dan sedih. Dia kelihatan sebagai kawan tapi bukanlah kawan pun. Dia suka sebenarnya untuk lihat kita jatuh tersembam ke tanah. 

Nasihat Dan, ada 6 cara untuk berhadapan dengan orang bodoh bangang ba** ini iaitu:

1) Anggap semua kata-kata yang tersembur daripada mulut orang bangang ini adalah bukan fakta. Sekadar pendapat dia semata-mata.

2) Tak perlu berharap tinggi kepada orang bangang ini. 'Expect incessant ridicule, distorted emotional misrepresentation, and hyperbolic injustice'

3) Bersyukur kerana peranan orang bangang ini adalah sebenarnya untuk menjadikan anda kuat dan lebih cemerlang. 

4) Tak perlu nak berdebat dengan orang yang bodoh. Elakkan bercakap kosong dengan orang bangang ini sebab untuk setiap peluang mereka akan cuba merosakkan emosi anda. 

5) Persetankan segala kebodohan daripada orang bodoh. 'Shut them out of your mind. Completely'.

6) Elakkan dibuli oleh orang bodoh. Lawan melalui strategi. 

Maka, melalui 6 cara ini dapatlah kita berhadapan dengan orang bodoh bangang stupid idiot moron ini. Selamat maju jaya. Semoga kita berjaya mengecapi keamanan dan keharmonian tanpa kehadiran orang yang bodoh disekeliling kita. Alangkah indahnya dunia dan hidup ini tanpa mereka. Selamatkan pencemaran alam sekitar dengan menjauhi orang bodoh. 


No comments:

Post a Comment