Thursday, November 26, 2015

NasihatKini 1


Sahabatku, Kawan-Kawan sekalian,

1. Elakkan jadi kawan yang fake. Kalau betul nak berkawan, maka kawan secara betul2, secara ikhlas. Kalau kawan dengan bermotif untuk tak nak tengok kawan tu lebih sikit daripada anda, maka lebih afdal untuk tidak berkawan. Jika anda rasa akan terbit rasa cemburu yang menyebabkan anda merancang plot-plot halus untuk menjatuhkan kawan anda itu, maka lebih baik lah bagi anda tidak berkawan dengannya. Pergilah kawan dengan orang yang sekufu, yang mediocre sama seperti anda. Pergilah cari kawan yang sama bodo, yang sama nakal, yang sepadan dengan anda, yang boleh buat anda gembira, bukan kawan yang buat anda rasa sakit hati dan tidak senang hati dengan pencapaian dan kejayaan diraih oleh kawan anda. Kalau anda rasa nak stay dan terus berkawan dengannya, maka jangan jadi fake. Jadilah yang jujur, iaitu dengan menegur dan berdepan dengan kawan anda itu. Lihat, dapatkan dan cuba faham perspektif daripada kawan yang anda sakit hati itu. Kalau anda rasa tak mampu, tak boleh dan tak mahu mendalami dan memahami perspektif kawan anda itu, maka seperti yang saya katakan tadi, lebih afdal tak payah berkawan la. Baik tidak berkawan daripada menjadi kawan palsu.

2. Kita mempunyai tanggungjawab untuk memilih pemimpin yang betul-betul layak untuk memimpin kita dan negara. Jangan semborono mengundi dalam memilih pemimpin. Justeru, untuk membuat pilihan itu maka kita perlu mendalami dan mengikuti isu-isu politik. Semua daripada kita perlu sekurang-kurangnya mengetahui tentang peristiwa politik semasa, tidak terkecuali – mahasiswa, orang kampung, orang bandar, remaja belia, ibu-ibu, surirumah; semua. Hujah tentang hanya ahli politik perlu tahu dan bercakap tentang politik adalah satu hujah daripada ahli politik yang takut dan karut. Pilih pemimpin yang tegas dan rasional dalam buat keputusan, yang tak sembunyi-sembunyi dan tertutup  buat keputusan penting untuk rakyat. Bagi saya, PM Malaysia sekarang tidak mempunyai kredibiliti dan kualiti sebagai pemimpin yang mampu memacu Malaysia ke arah yang lebih baik. Terlalu banyak skandal. Terlalu banyak misteri dan isu tak terjawab. Nilai duit Malaysia jatuh, skandal 1MDB yang tak berkesudahan, dana ‘derma’ 2.6 billion dalam AKAUN PERIBADI. Presiden Pas sekarang juga bukan pemimpin nasional yang baik, sebabnya beliau selalu mengeluarkan kenyataan dan melakukan tindakan mengelirukan rakyat.  Situasi yang menunjukkan Abdul Hadi dan Najib nampak semakin rapat menunjukkan bahawa pemimpin yang sekufu daripada segi tahap kualitinya sentiasa cenderung untuk bersama. Erti kata lain, anda pilih pemimpin yang kurang kualiti, maka dia akan bentuk kumpulan pimpinan yang kurang kualiti. Begitulah sebaliknya. Lihat la team Kabinet sekarang. Cuba sebut Menteri yang betul-betul nampak krebilitinya, yang tak keluarkan kenyataan lawak yang menyakitkan hati rakyat. Ada tak? Maka, berhati-hati dan pilih dengan teliti pemimpin yang kita mahu sepaya dia dapat memimpin kita dengan baik.


3. Sama-sama lah kita berusaha secara tepat melalui perancangan konstruktif dalam banyak aspek kehidupan kita. Kalau kita lihat, sebenarnya banyak peluang dan ruang yang ada di sekeliling kita. Cuma terpulang kepada diri kita samada maju jadi pemalas atau rajin untuk mendapat peluang itu. Perlu diingat, tiada laluan pantas untuk meraih kejayaan. Kita mesti bermula secara perlahan, melangkah satu demi satu anak tangga kejayaan. Saya buat pemerhatian di sini bahawa di lubuk-lubuk bandar dan pusat ekonomi seperti Damansara dan Bukit Bintang misalnya, bangsa minoriti seperti Cina dan India lebih kelihatan menyerlah sebagai penggerak ekonominya. Mana Melayu? Melayu perlu menyerlah dalam ekonomi di bandar-bandar besar, dan berasa teruja untuk make a living di situ. Melayu perlu sedemikian sebab Melayu di Malaysia adalah majoriti. Mereka perlu bersiap sedia untuk bersaing dengan yang lain. Mereka tidak boleh berasa selesa untuk hidup dalam suasana cukup-cukup makan di kampung dan pekan/bandar kecil. Mereka juga tak boleh terpedaya dengan skim cepat kaya dan skim MLM yang sebenarnya bukan bisnes sebenar pun. Untuk melakukan persiapan ke arah berasa teruja merebut peluang ekonomi di bandar-banda besar, maka Melayu tidak boleh malas. Melayu tak boleh berasa selesa dengan apa yang ada. Banyakkan baca buku, dapatkan nasihat daripada kawan-kawan yang boleh dipercayai, mengikuti peluang perkerjaan semasa secara online dan mulakan penghijrahan anda melalui perancangan teliti. Semua ini penting adalah kerana Melayu adalah majoriti. 

New n Fresh


Saya ada membuat sedikit perubahan pada design blog ini. Saya harap pembaca yang suka baca blog ini dapat menerima dengan gembira dan terus membaca apa-apa yang memberi inspirasi dan manfaat kepada anda di sini. 

Saya sajikan di sini beberapa video sebagai tanda kesukaan saya terhadap design terbaru yang telah berlaku di blog ini. Video ini adalah berkaitan pemuzik gitar elektrik dan akustik yang saya suka. Selamat mendengar. 







Tuesday, November 3, 2015

Program Pengisian Cuti




Sewaktu cuti final sem yang telah pun masuk kepada 3 minggu lamanya, bertebaran lah kawan kawan batch saya mencari perkerjaan bagi mencari sedikit fulus bagi menampung tuntutan kewangan mereka menjelang sesi pengajian akan datang. Saya? Saya rasa macam malas sangat nak berkerja. Bukan malas tak nak buat apa-apa. Sebaliknya, saya ada program cuti saya yang tersendiri walaupun tidak berkerja. 


Saya nak abiskan membaca koleksi good books yang saya tak sempat abiskan lagi disebabkan sibuk menelaah buku akademik sebelum ini. Saya akan abiskan buku Don’t Sweat The Small Stuff by Richard Carlson, Free by Chris Anderson, Rich Dad Por Dad by Robert T. Kiyosaki dan The Tipping Point by Malcolm Gladwell.


Di samping itu, dalam lappie saya masih mengandung puluhan movies yang sampai sekarang tak sempat untuk ditontoni walaupun dah lama download. Baru-baru ini saya dah pun menonton Knock Knock, Rio 2, Poltergeist, Magic Mike XXL, Spy dan Nymphomaniac vol 1 dan vol 2. Owh yea, di wayang pulak saya dah tengok Crimson Peak. 


Musik sentiasa menjadi sumber hiburan utama saya. Dibuai lautan melodi dan lirik yang mengasyikkan adalah momen yang sangat best sewaktu berada di perbaringan. Saya akan mendengar album terbaru Janet Jackson – Unbreakable. Tidak dilupakan bulan November adalah lubuk peluncuran album daripada artis-artis ternama, termasuk musim kali ini oleh Justin Bieber, One Direction dan Adele. Semua itu akan saya layan melalui iPod dan Sony headset saya. 


Saya ada jugak merancang untuk mengambil kesempatan terhadap waktu terluang ini dengan berjalan-jalan di sekitar Kedah dan juga tempat lain. Saya telah pun mengorak langkah ke beberapa tempat termasuk lah ke Kulim Bandar Baharu untuk menambah pengalaman (Owh yea, Kulim je lah yang mampu sekarang nie. Paris, London, Tokyo, Barcelona dll masih belum mampu lagi..hihi). Saya teruja untuk berjalan ke Penang dan Langkawi selepas ini. Saya akan berada di Setia Alam dan Melaka sekitar 2 minggu terakhir November ini. 


Alhamdulillah program pengisian cuti saya berjalan dengan agak baik sekarang. Tengoklah, kalau saya ada mood untuk berkerja, maka saya akan pergi mencari kerja. 




Top 10 Things of Rite Now 3/11/15




Justin Bieber


Gambar bogel Justin Bieber sewaktu bercuti yang tersebar meluas di Internet amat sesuai dijadikan sebagai justifikasi bahawa beliau sememangnya memiliki ‘alat’ yang boleh tahan besar dan panjang, seterusnya menafikan desas-desus cetusan haters beliau yang mengatakan JB memiliki alat yang kecil. Ayah JB sempat memberi respon bahawa beliau berbangga memiliki seorang anak yang memiliki alat yang sedemikian saiznya. Nampaknya Beliebers akan terus turut berbangga dengan JB yang akan meluncurkan album baru – Purpose pada 13 November ini.  Single terbaru Bieber; What Do You Mean?, telah berjaya memanjat ke carta teratas Billboard Hot 100. Kejayaan terkini JB turut mendapat respon Selena Gomez, bekas kekasih JB yang berkata beliau menumpang gembira dengan apa yang dikecapi oleh JB sekarang, berbanding musim suam-suam kuku JB sebelum ini. 



One Direction


Boyband daripada UK, One Direction mungkin masih bersedih atas peninggalan Zayn Malik daripada 1D namun pencapaian semasa mereka menunjukkan 1D masih terus cemerlang walaupun tanpa Zayn Malik. Album terbaru mereka – Made in the A.M. akan bersaing dengan Justin Bieber pada minggu 13hb November ini. Singles terbaru mereka – Drag Me Down dan Perfect kini meletup di merata carta musik. Sama-samalah kita saksikan siapa yang akan menang samada – JB atau 1D pada minggu 13hb nanti. 




Adele


Penantian para peminat yang penuh sabar menunggu kemunculan Adele setelah hilang beberapa tahun daripada persada musik akan terubat kerana Adele akan meluncurkan album juga pada bulan November ini iaitu dalam minggu 20hb. Hello, single terbaru Adele telah pun mencipta beberapa rekod termasuk sebagai video musik di Youtube yang terpantas meraih view terbanyak dalam masa 24 jam dilancar; menunjukkan kepada kita bahawa Adele sememangnya diraikan kerana telah membalas kerinduan para peminat. 



Rebel Heart Tour by Madonna


Madonna adalah living legend yang sentiasa memeriahkan persada musik dengan provokasi secara berseni kini dalam siri jelajah konsert Rebel Heart. Seperti siri jelajah konsert Madonna sebelum ini termasuklah Confessions, Sticky & Sweet dan MDNA; Rebel Heart adalah sebuah ekstravaganza lagu-lagu hits Madonna beradun dengan lagu terkini dalam album terbaru beliau dengan tajuk yang sama – Rebel Heart. Rebel Heart Tour adalah konsert yang bersaiz arena, satu strategi yang unik berbanding kebanyakan artis yang melakukan konsert bersaiz stadium. Para peminat Madonna akan lebih rapat dengan idol mereka itu sewaktu persembahan. Adakah Madonna akan sekali lagi berjaya menempatkan jelajah konsert terbaru beliau ini dalam kelompok Top 10 konsert jelajah musik terlaris di dunia seperti Sticky & Sweet dan MDNA? Sama-samalah kita saksikan sewaktu Rebel Heart Tour berakhir pada tahun 2016. 



1989 World Tour by Taylor Swift


Taylor Swift turut tidak ketinggalan mengaktifkan diri dalam siri jelajah terbaru untuk meluaskan pengaruh beliau sebagai ratu pop terbaru. Album terbaru Taylor Swift, 1989 telah pun terjual berjuta-juta unit seluruh dunia, dengan singles yang menjadi siulan ramai termasuk yang terkini – Wildest Dreams. Adakah Taylor Swift kali ini akan berjaya mencipta rekod sebagai konsert jelajah musik terlaris oleh penyanyi wanita mengalahkan Madonna, setelah disensasikan dengan begitu hebat oleh media termasuk oleh Forbes? Hingga tercapai rekod itu, maka baru saya akan berasa Taylor Swift sememangnya layak dengan gelaran ‘ratu pop terbaru’.



Polis Evo


Rekod filem box-office peringkat Malaysia berjaya dipecahkan lagi oleh filem Polis Evo lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak yang berjaya mengutip RM17.3 juta selepas 42 hari tayangan. Filem ini diterbitkan oleh Astro Shaw, yang juga menerbitkan The Journey, filem yang sebelum ini adalah filem terlaris di Malaysia. 




Spectre


Kehangatan filem terbaru James Bond, Spectre kian terasa menjelang momen penayangannya pada 5 November ini. Apakah yang cuba disampaikan bagi filem kali ini? Dan adakah kejayaan yang sama akan diraih oleh Spectre sebagaimana yang berjaya dicapai oleh Skyfall? 


Free by Chris Anderson


Saya sedang membaca dan cuba menamatkan secepat mungkin sebuah buku yang sangat seronok dibaca iaitu Free. Free adalah berkaitan dunia kita telah secara signifikan dicorak secara digital – dipengaruhi oleh Internet dan dengan itu, teknik marketing juga secara relevannya telah berubah melalui pengenalan harga yang radikal, iaitu percuma bagi produk dan servis yang ditawarkan. Premis buku ini adalah walaupun percuma, namun syarikat yang menawarkan harga yang radikal ini masih mampu mengaut keuntungan melalui beberapa strategi yang berasas kepada pemahaman terhadap dunia digital yang kita jalani sekarang. 



Kedah


Kedah adalah negeri kelahiran saya dan saya sangat suka malah berbangga menjadi anak jati Kedah. Ibu dan ayah saya masing-masing berasal daripada Kedah. Sejak dua menjak ini saya selalu berangkat ke bahagian selatan tanah air seperti Selangor, KL, dan Melaka untuk tujuan belajar. Hari ini, saya berasa lega dan gembira sebab berada dalam musim cuti, seterusnya memberi kesempatan untuk saya melepak dengan penuh selesa lagi di rumah keluarga saya di Kedah. Sekitar minggu pertama kembalinya saya Kedah kali ini, saya telah pun berjalan merata termasuk ke Guar Chempedak, Sungai Petani dan Kulim. Saya dah lama tak merasa udara di Langkawi jadi saya rancang saya nak jejakkan kaki ke sana dalam masa yang terdekat. 


Musim Hujan


Malaysia dilanda jerebu akibat kebakaran hutan yang terjadi di Indonesia. Syukur, musim hujan telah tiba sekali lagi menyegarkan kembali udara tanpa asap jerebu yang menyesakkan nafas. Hampir setiap hari pasti akan ada hujan yang mencurah ke tanah. Saya pula memang sukakan bunyi hujan, sebab bunyi itu menenangkan saya. Saya harap musim hujan ini akan berterusan. Bagi Kelantan yang dilanda banjir, saya harap kerajaan negeri dan kerajaan pusat mengambil inisiatif yang perlu supaya tidak berulang lagi kes sedemikian.